kuih cara berlauk

Kuih cara berlauk adalah adunan tepung yang tidak manis. Adunan tepung itu diperbuat daripada santan dan mempunyai warnanya tersendiri.

Biasanya kuih ini disediakan di dalam acuan berbentuk atau bebunga yang unik, dan semasa membakarnya, kuih ini akan dihiasi dengan campuran daging yang cincang yang ditumis bersama bawang merah atau bawang besar, kadangkala mempunyai udang.

Cili merah dan bawang goreng pula merupakan hiasan di atas setiap biji kuih cara berlauk ini. Sering dijadikan sebagai pembuka selera ataupun makanan ringan.

KUIH CARA BERLAUK DAGING

kuih cara berlauk daging

Bahan-bahan A: inti

  • 250g daging cincang
  • 1 & 1/2 sudu besar rempah daging Babas
  • 1 biji bawang Holland (saiz sederhana)
  • Garam dan gula untuk perasa
  • Daun bawang atau daun sup (dihiris)
  • 2 tangkai cili merah (dipotong kecil)
  • 1 sudu besar minyak sapi atau minyak masak biasa

Cara penyediaan:

  1. Inti: cairkan daging sejuk beku ataupun basuh, bersihkan dan cincang daging segar dengan halus. Dadukan bawang Holland.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang tadi sehingga kekuningan atau layu. Campurkan sedikit air ke dalam rempah daging. Kemudian, tumis rempah daging sehingga masak dan berbau wangi.
  3. Masukkan daging cincang dan kacau sehingga masa sempurna dan sedikit kering sebelum anda perasakan ia.
  4. Adunan: masukkan kesemua bahan (B) ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Tapis bahan-bahan dikisar untuk dapatkan hasil adunan yang lebih cantik.
  5. Kalau anda guna adunan yang kecil, panaskan minyak di dalam kuali dan tuang adunan sehingga 3/4 penuh ke dalam acuan. Biarkan permukaan masak seketika dan letakkan inti, daun sup atau daun bawang, dan cili merah. Kalau letak awal-awal nanti intinya akan tenggelam ke dalam adunan.
  6. Sambung bakar dengan penutup untuk masak adunan tadi selama 5 minit pada api sederhana.
  7. Cara untuk adunan yang lebih besar dan guna ketuhar: panaskan ketuhar pada suhu 180°C selama 10 minit. Letakkan acuan anda di atas dapur dan sapukan sedikit minyak sehingga ia memanas. Apabila sudah panas, turunkan api dan tuang adunan sehingga 3/4 penuh ke dalam acuan.
  8. Dalam 5 ke 8 minit, sudukan inti ke dalam setiap adunan dengan perlahan. Mula dari bahagian tengah acuan dan sambung ke setiap lekuk. Akhir sekali, tabur daun sup atau daun bawang dan cili merah.
  9. Bila dah nampak bahagian tepi garing. masukkan ia ke dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 20 minit atau sehingga ia garing mengikut citarasa anda. Gunakan api atas bawah untuk cara ini.
  10. Kuih cara berlauk daging sudah boleh dihidang.

KUIH CARA BERLAUK UDANG

kuih cara berlauk udang

Bahan-bahan A: inti

  • 250g udang (dibuang kulit dan dicincang kasar)
  • 1 sudu besar udang kering (dibilas)
  • 2 ke 3 batang daun bawang (dihiris halus)
  • 2 tangkai cili merah (dihiris)
  • 1/2 cawan bawang goreng

Bahan-bahan B: adunan

Cara penyediaan:

  1. Goreng udang segar dan udang kering tanpa minyak. Tapis dan buang air yang keluar semasa gorengan.
  2. Campurkan kesemua bahan-bahan (A) bersama bersama udang segar dan udang kering yang telah dimasak. Ketepikan.
  3. Campurkan kesemua bahan-bahan (B) dan gaul rata. Tapi jikalau terdapat ketulan daripada tepung.
  4. Masukkan separuh daripada inti (lebih kurang 3/4 cawan) ke dalam adunan. Gaul sebati.
  5. Oleskan minyak ke acuan kuih cara anda. Sendukkan 3 sudu besar adunan ke dalam setiap acuan.
  6. Kukus selama 20 minit. Apabila sudah dikukus, sejukkan selama 1 & 1/2 ke 2 jam. Keluarkan kuih anda daripada acuan. Hiaskan kuih anda dengan lebihan inti. Sedia untuk dihidang.

Nota:

  • Resepi ini menggunakan udang kering yang halus. Jikalau anda menggunakan jenis yang besar, tumbuk atau cincang halus sebelum goreng. Kemudian, masukkan udang segar dan masak sehingga naik bau.

KUIH CARA BERKEJU

kuih cara berlauk cheese

Bahan-bahan A: adunan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin (pilihan)
  • 1 & 1/2 cawan santan (kurang pekat)
  • Secubit garam
  • Pewarna makanan kuning

Bahan-bahan B: inti

  • 1 cawan ayam cincang
  • 1 biji besar bawang Holland (didadu)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 sudu besar cili giling
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit garam dan serbuk perasa

Bahan-bahan C: hiasan

  • Daun bawang atau daun sup
  • Cili merah besar
  • 2 ke 3 kepingan keju (dipotong kecil)

Cara penyediaan:

  1. Kisar kesemua bahan-bahan (A) sehingga licin dan halus. Tapis jika perlu dan tuang di dalam jug kecil. Ketepikan.
  2. Sediakan inti. Tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga kekuningan. Tuangkan cili giling dan masukkan serbuk kari daging.
  3. Kemudian, masukkan ayam cincang, air, dan taburkan garam juga serbuk perasa. Kacau sehingga kering atau masak sempurna. Ketepikan.
  4. Panaskan acuan pada api rendah. Sapukan sedikit minyak dan tuang adunan sehingga 3/4 penuh daripada acuan. Biarkan ia seketika.
  5. Kemudian, masukkan inti, daun sup atau daun bawang, cili merah dan akhir sekali keju.
  6. Tutup acuan anda dengan penutup untuk masak sepenuhnya (keju mencair adalah tanda kuih anda sudah masak). Angkat keluar dan hidang.

Jikalau anda ingin mengadakan majlis keramaian, kuih cara berlauk ini sangat sesuai untuk dinikmati sebagai makana ringan yang mudah dan segera sambil berbual bersama keluarga dan sahabat handai. Ianya lembut, tidak manis dan sedikit pedas. Anda harus cuba resepi ini untuk rasai sendiri keenakan kuih ini.

SUMBER:

https://www.tasteatlas.com/kuih-cara-berlauk

https://daridapur.com/resepi-kuih-cara-berlauk/

https://simakterus.com/

https://resepibonda.my/resepi-kuih-cara-berlauk-cheese/

Summary
Kuih Cara Berlauk; 3 Resepi untuk Santapan Hujung Minggu
Article Name
Kuih Cara Berlauk; 3 Resepi untuk Santapan Hujung Minggu
Description
Kuih cara berlauk adalah adunan tepung yang tidak manis. Adunan tepung itu diperbuat daripada santan dan mempunyai warnanya tersendiri.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: