kuantan hotel

Kuantan Hotel pastinya terletak di Kuantan dikenali sebagai ibu negeri Pahang dan popular sebagai destinasi percutian pendek. Di samping kemudahan untuk sampai ke pantai terkenal Kuantan juga memiliki keindahan alam semula jadi seperti air terjun pelangi.

Soal makanan pula, anda tidak perlu risau kerana di sini terdapat banyak tempat makan yang menyajikan makanan yang lazat dan pastinya halal. Sekiranya anda tertanya-tanya di mana hendak menginap ketika bercuti di Kuantan, di sini terdapat beberapa pilihan resort dan hotel yang terbaik dicadangkan untuk anda. Baca dan terus pilih!

Tempat Penginapan di Kuantan:

1. Adena Beach Resort

Adena Beach Resort terletak di pesisir Pantai Balok di Kuantan. Tahukah anda apa yang menjadi tarikan di resort ini? Resort ini berada di atas pantai yang berpasir putih, sentiasa ditiupi angin laut yang sejuk, dilengkapi taman yang indah, dan ditumbuhi pohon-pohon yang rimbun di persekitaran resort.

Resort ini menempatkan 118 bilik di persekitaran tenang yang menggabungkan kedua-dua kemudahan hidup moden dan estetika tradisional kehidupan desa setempat. Selain menginap, anda juga dapat melakukan beberapa aktiviti menarik seperti bersantai di kolam renang, menunggang basikal, bermain bola sepak, dan bermain bola tampar.

Dengan pelbagai pilihan tempat penginapan dan pelbagai kemudahan, Adena Beach Resort adalah tempat percutian tepi pantai yang ideal bagi mereka yang ingin bersantai, menyegarkan fikiran, dan memanjakan diri.

2. Swiss-Garden Beach Resort Kuantan

Jika anda ingin rasa menginap di hotel yang bertaraf antarabangsa dengan harga yang berpatutan, anda boleh mempertimbangkan hotel ini. Hotel ini menyediakan jenis bilik deluxe dan jenis bilik suite dengan balkoni peribadi.

Selain itu, hotel ini mempunyai tarikan Pantai Balak yang terletak di hadapan hotel ini sahaja. Tetamu yang menginap boleh pergi pantai pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menaiki kenderaan.

Jika anda tidak mahu ke pantai, anda boleh bermandi-manda di kolam renang yang disediakan di hotel ini. Kolam renang yang disediakan pun boleh digunakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa, memang sesuai untuk mereka yang datang bercuti bersama keluarga.

Selain kolam renang, sebuah kafe The Garde Terrace juga terletak di hadapan kolam renang ini sahaja. Oleh itu, jika anda lapar, anda boleh makan di kafe tersebut pada bila-bila masa sahaja.

3. Zenith Hotel Kuantan

Zenith hotel adalah hotel yang berada terletak di tengah bandar berdekatan dengan shopping mall iaitu East Coast Shopping Center. Keistimewaan hotel ini adalah ia menawarkan jenis bilik dengan rekaan kontemporari yang sangat menarik dan menepati mood percutian para pengunjung.

Selain itu, kemudahan lain juga tutur disediakan seperti kemudahan kolam renang, spa, pusat kecergasan, taman permainan kanak-kanak dan beberapa restoran untuk menjamu selera menu tempatan dan antarabangsa. Sekiranya anda menginap di hotel ini, anda dijamin tidak akan kecewa dan pasti akan sangat berpuas hati dengan segala perkhidmatan yang ditawarkan.

4. Shahzan  Hotel  Kuantan

Hotel ini menawarkan 152 bilik untuk para tetamu yang datang untuk meninap. Apa kata jika anda memanjakan diri anda di salah satu daripada 152 bilik tamu berhawa dingin ini? Setiap bilik di hotel ini menyediakan televisyen satelit sebagai hiburan tetamu.

Selain hiburan televisyen, kemudahan bilik mandi yang selesa juga disediakan seperti pancuran mandian, peralatan mandian percuma dan bidet. Kemudahan lain yang disediakan merangkumi telefon, peti besi dan meja. Sekiranya masa lapang, anda boleh memanfaatkan masa dengan berekreasi di kolam renang luaran bersama ahli keluarga anda atau kawan-kawan.

Jika jaringan internet anda kurang baik semasa berada di hotel ini, jangan risau kerana hotel ini turut menyediakan akses Internet wayarles percuma di kawasan umum. Sebagai tambahan, Muzium Pahlawan hanyalah berjarak 4 minit dengan berjalan kaki dari Shahzan Hotel. Anda bolehlah melawat ke muzium ini pada bila-bila masa anda mahu.

5. De Rhu Beach Resort Kuantan

Anda mencari hotel yang sesuai untuk anda sekeluarga? Anda boleh memilih hotel ini kerana ia terletak di Pantai Balok, Kuantan dan sesuai untuk anda sekeluarga bercuti dan menginap di tepi pantai. Sebanyak 162 buah bilik yang ditawarkan di  hotel ini adalah terdiri daripada jenis bilik Superior, Deluxe, Super Deluxe dan juga Suite.

Harga semua jenis bilik yang ditawarkan di hotel ini adalah sangat berpatutan, jadi anda bebas memilih bilik mengikut cita rasa anda. Lebih seronok lagi, hotel ini menyediakan 3 kolam renang luaran dan taman air di tepi pantai bersebelahan resort.

Di sinilah anda dan keluarga anda boleh meluangkan masa melakukan aktiviti riadah ketika bercuti. Sebagai tambahan, jika anda seorang yang minat berkaraoke, anda boleh menggunakan kemudahan karaoke yang hotel ini turut sediakan. Menarik bukan? Soal makanan pula, tidak perlu khawatir, kerana di sini, anda boleh mencuba masakan Cina halal di De Rhu Oriental Restaurant dan atau nikmati snek ringan di De Rhu Cafe.

Demikianlah beberapa hotel di Kuantan yang boleh anda pilih sebagai tempat penginapan yang terbaik untuk anda. Percutian anda di Kuanta pasti akan menjadi sangat hebat dan memberikan anda pengalaman dan kenangan yang tidak akan dilupakan walaupun setelah pulang dari Kuantan.

Semoga anda semua dapat menikmati percutian dan penginapan anda dengan kepuasan yang tidak terhingga serta sentiasa menjaga keselamatan anda walau di mana pun anda berada ketika bercuti.

Sumber:

https://www.havehalalwilltravel.com/kuantan-hotels-resorts

https://sukamakanjalan.blogspot.com/2020/02/18-hotel-di-kuantan-terbaik-2020-murah.html

Summary
Kuantan Hotel: 5 Yang Terbaik Untuk Penginapan Anda!
Article Name
Kuantan Hotel: 5 Yang Terbaik Untuk Penginapan Anda!
Description
Kuantan Hotel pastinya terletak di Kuantan dikenali sebagai ibu negeri Pahang dan popular sebagai destinasi percutian pendek. Di samping kemudahan untuk sampai ke pantai terkenal Kuantan juga memiliki keindahan alam semula jadi seperti air terjun pelangi.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: