kuang kampung retreat

Di kota raya Selangor, terdapat banyak homestay yang mengetengahkan elemen alam hutanan untuk deko dalam ataupun taman homestay. Salah satu homestay yang sangat terkenal dengan suasana tenangnya kampung adalah Kuang Kampung Retreat, di Sungai Buloh, hanya 30 minit jarak memandu dari Kuala Lumpur.

Kelab Golf Rahman Putra berjarak hanya 10 minit untuk peminat golf. Air retreat dipam dari telaga tiub 70 meter di bawah tanah. Sebelum disalurkan melalui paip ke rumah, ia disaring dengan betul dan selamat. Untuk tujuan ini, sebuah menara air dibina, yang mudah diakses dan memberikan pemandangan desa sekitar yang indah.

Kuang Kampung retreat mempunyai kemudahan 3 bilik ( bersama katil dan sofa bed ), 3 bilik mandi, ruang tamu dan dapur ( dengan kelengkapan memasak). Jadi, jangan khuatir kalau nak bawa keluarga besar menginap, muat agak-agak 8 orang satu villa.

Paling seronok, disediakan kolam renang di dalam kawasan homestay, boleh la mandi -manda bila-bila masa. Keselamatan anak-anak sepanjang penginapan terjamin kerana Kawasan kolam renang di pagar untuk mengelakkan anak kecil masuk bermain sendirian di kolam.

Keunikan Kuang Kampung Retreat

Ia dibina oleh ahli kraftangan Kelantan dan menggunakan perincian daripada kayu kempas, balau, dan batu menghasilkan senibina rumah yang sangat cantik. Kalau anda seorang yang suka dengan seni ukiran pasti anda terpukau dengan hasil ukiran tersebut. Suasana tradisional yang mewah ini pastinya sangat menenangkan.

Bilik airnya dihiasi dengan jubin lama dari rumah Melaka. Jubin yang pelbagai corak pastinya memukau mata yang memandang. Kelihatan simple dan tradisional tapi corak jubin pastinya memberi suntikan yang berbeza kepada pengunjung.

Penginapan berkonsepkan rumah kampung tradisional ini pasti mengimbau kenangan dan nostalgia. Sekarang pun kita sudah lama tidak mampu pulang ke kampung, kita pasti merinduinya. Ataupun bagi anda yang mungkin sudah tiada lagi kampung, bercuti disini adalah hal yang terbaik.

Harga penginapan adalah bermula sekitar RM1000/malam bagi keseluruhan rumah.

Alamat : 49, B52,Batu, Jalan 17, 43100 Hulu Langat, Selangor,No Tel : 03-2730 99

Kemudahan dan kelengkapan yang di sediakan :

Untuk memastikan rasa selesa yang tiada tandingan, penginapan tetamu merangkumi kemudahan yang difikirkan seperti balkoni / teres, saluran kabel, dan kipas angin. Kemudahan rekreasi terkenal, seperti kolam renang dalaman, akan membuat anda terhibur sama ada anda peminat kecergasan atau hanya mencari jalan untuk bersantai setelah sekian lama

Percuma / Tanpa bayaran tambahan

  • Kelengkapan asas memasak di Bahagian dapur – cerek elektrik, ketuhar, pembakar roti & peti sejuk
  • Wifi ( seluruh Kawasan homestay)
  • TV & jaringan rancangan tv – DVD player
  • Tempat letak kereta – muat 2 kereta

Untuk di tambah sewa – peralatan dan tempat memanggang ( hanya makanan halal dibenarkan )

Berikut adalah perkongsian yang menarik untuk anda berkenaan Kuang Kampung Retreat. Selepas tamat PKP jika anda ingin bercuti bersama keluarga untuk menghirup udara segar dan mendamaikan ini adalah tempat yang terbaik.

Setelah sekian lama berada di rumah pastinya kita memerlukan ketenangan dan percutian yang melapangkan agar kita tidak terus tepu. Anak-anak juga perlukan sesuatu yang refresh dan menggembirakan. Jadi kawasan-kawasan seperti ini pastinya mampu membangkitkan mood anda sekeluarga.

Jadi jangan lupa tamat sahaja PKP ni bawalah anak dan keluarga anda bercuti menenangkan fikiran ya! Melalui maklumat yang dikongsikan saya pasti anda akan consider tempat ini sebagai destinasi percutian. Dalam kita berusaha mengekang virus covid 19 ni kita juga perlu menjaga kesihatan mental kita dan percutian salah satu caranya. Jadi jagalah kesihatan diri dan mental anda!

Sumber:

https://www.letsbookhotel.com/en/malaysia/sungai-buluh/hotel/kuang-kampung-retreat–sungai-buloh-kuala-lumpur.aspx

https://www.havehalalwilltravel.com/kuang-kampung-retreat

Summary
Kuang Kampung Retreat, Sungai Buloh Kuala Lumpur
Article Name
Kuang Kampung Retreat, Sungai Buloh Kuala Lumpur
Description
Di kota raya Selangor, terdapat banyak homestay yang mengetengahkan elemen alam hutanan untuk deko dalam ataupun taman homestay. Salah satu homestay yang sangat terkenal dengan suasana tenang nya kampung adalah Kuang Kampung Retreat, di Sungai Buloh, hanya 30 minit jarak memandu dari Kuala Lumpur.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: