Krim Jerawat Terbaik Yang Anda Harus Dapatkan Di Pasaran!
Jika anda ingin mengecilkan jerawat dengan cepat tanpa mencucuknya begitu sahaja, jom lihat beberapa produk krim jerawat di bawah yang dikatakan berkesan dalam menangani masalah jerawat.

Melihat tumbuhnya jerawat baru pastinya tidak menyenangkan terutama jika ia tumbuh di kawasan yang terlalu ketara seperti di hidung, dahi dan sebagainya. Malah, masalah jerawat juga boleh membuatkan anda kurang yakin untuk memakai solekan kerana bimbang boleh meradangkan kawasan di sekitarnya.

Jadi, jika anda ingin mengecilkan jerawat dengan cepat tanpa mencucuknya begitu sahaja, jom lihat beberapa produk di bawah yang dikatakan berkesan dalam menangani masalah jerawat. Setiap produk mungkin mengambil sedikit masa untuk berkesan, jadi pastikan anda konsisten dengan rutin tersebut untuk mendapatkan hasil terbaik.

1. Himalaya Acne-n-Pimple Cream

Dengan 5 bahan yang efektif seperti aloe vera, ‘silk cotton tree’, ‘five-leaved chaste tree’, ‘lentils’ dan ‘alum’, ia justeru berkesan dalam menangani masalah jerawat anda. Malah, ia bukan hanya membantu menyembuhkan jerawat, tetapi juga mempunyai ciri anti-keradangan dan penyejukan yang baik untuk kulit. Jadi, ia sememangnya berkesan dalam melawan bakteria yang menyebabkan jerawat tersebut.

Anggaran harga: RM22.89+

2. OXY 5 Acne Pimple Medication

Produk OXY sememangnya terkenal sebagai rawatan jerawat yang mudah dan murah. Selain produk krim ini, ia juga mempunyai jenis tampalan yang mengeringkan jerawat sedia ada. Tapi, jika anda lebih menyukai jenis berkrim, cubalah produk ini yang tidak mengandungi sebarang pewangi dan bahan kimia berbahaya.

Anggaran harga: RM10.90+

3. Aiken Tea Tree Oil Pimple Cream

Produk Aiken sememangnya sesuai bagi mereka yang berkulit sensitif, kerana ia mengandungi bahan semulajadi yang berpotensi dalam merawat kulit yang bermasalah. Ia juga tidak merengsakan kulit serta merupakan antara krim jerawat terbaik di pasaran. Minyak tea tree dalam krim ini membantu mengecutkan jerawat, mengurangkan minyak dan melindungi kulit daripada sinaran UV. Jadi, dengan satu produk sahaja, banyak masalah anda boleh diselesaikan!

Anggaran harga: RM10.50+

4. Benzac AC Gel 5%

Ini adalah antara rawatan bagi masalah jerawat yang menggunakan ‘benzoyl peroxide’ bagi mengeringkan kawasan pori yang tersumbat dengan minyak agar ia dapat dibersihkan dengan baik. Malah, ia juga mempunyai ciri antiseptik yang membunuh mikrob penyebab jerawat, selain mengurangkan sebum bagi menghalang berlakunya penyumbatan liang pori lagi.

Anggaran harga: RM13.90+

5. Hiruscar Post Acne

Jika anda suka berkunjung ke drugstore, anda pasti selalu melihat produk ini yang dikatakan sangat berkesan dalam merawat masalah jerawat sedia ada. Dengan formula 3 dalam 1, ia boleh mengurangkan tompokan gelap serta mencegah dan merawat kesan parut jerawat dengan baik. Malah, ia juga menghalang pembentukan jerawat pada masa hadapan dengan sifat anti-bakterianya.

Anggaran harga: RM49.99+

6. Clinelle Blemish Clear

Masalah jerawat pastinya menjadi satu isu terutama ketika anda masih remaja. Dengan perubahan hormon yang ketara, ia pastinya merendahkan keyakinan anda untuk berjumpa dengan kawan-kawan di sekolah. Tapi, dengan produk Clinelle ini, ia mampu membantu para gadis di luar sana dalam mengawal minyak muka. Jadi, ia mencegah pertumbuhan jerawat dan merangsang penyembuhan dan pembaharuan sel kulit baharu. Dengan ini, anda bolehlah menikmati zaman remaja tanpa berasa rendah diri lagi!

Anggaran harga: RM25.93+

7. Skin & Lab Dr. Spot Clear Don’t Touch Trouble Spot

Jika anda mengalami masalah kulit berjerawat dan masalah kulit kering, cuba gunakan produk ini yang dapat menjaga kelembapan kulit di samping mengawal rembesan sebum minyak yang menjadi punca berlakunya jerawat. Malah, sekiranya kulit anda sering meradang, ini juga dapat dikurangkan dengan hasil ekstrak Sopharo dalam produk ini. Jadi, selepas ini kulit anda bukan sahaja bebas jerawat tapi juga lembap dan kelihatan sihat.

Anggaran harga: RM40.00+

8. Uriage Hyeseac A.I Anti Blemish Skin

Produk daripada jenama Uriage ini dikatakan menggunakan bahan semula jadi untuk mengembalikan seri kulit wajah yang bermasalah. Dengan ekstrak kayu ‘licorice’ dan BHA yang berkesan, ia juga boleh merawat masalah tona kulit tidak sekata disebabkan parut jerawat. Mungkin anda berasa bahawa harganya agak mahal bukan, tapi jangan bimbang kerana dengan formulasinya yang terbaik, ia boleh mengawal pembetukan jerawat pada masa akan datang dan tidak membazirkan duit anda begitu sahaja.

Anggaran harga: RM81.90+

9. Bioderma Sebium Global V2

Walaupun harganya dikira agak mahal bagi produk bersaiz kecil, namun produk ini adalah antara yang terbaik dalam mencegah dan merawat masalah jerawat. Ini semua disebabkan kandungannya iaitu kombinasi asid salisilik dan asid sitrik yang membantu menangani masalah jerawat dengan berkesan. Di samping itu, produk ini juga mengurangkan keradangan, mengekalkan kulit yang lembut dan bebas tanpa kesan parut jerawat dalam satu produk yang sama.

Anggaran harga: RM94.30

10. Yadah Anti-Trouble Red Zero Spot Cream

Jika anda mempunyai kulit berminyak atau sensitif, cubalah krim jerawat ini kerana ia sememangnya direka bagi jenis kulit ini. Dengan kandungan semula jadi dan vitamin penting, ia berfungsi dalam melegakan kulit yang terlalu sensitif serta berupaya dalam mencegah masalah jerawat disebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan. Malah, ia juga boleh melindungi kulit daripada radikal bebas, melembutkan kulit yang kasar untuk memberikan hasil yang terbaik buat anda.

Anggaran harga: RM69.00

SUMBER

https://productnation.co/my/27752/best-acne-cream-malaysia

https://productnation.co/my-bm/7333/krim-jerawat-terbaik-malaysia/

Summary
Krim Jerawat Terbaik Yang Anda Harus Dapatkan Di Pasaran!
Article Name
Krim Jerawat Terbaik Yang Anda Harus Dapatkan Di Pasaran!
Description
Jika anda ingin mengecilkan jerawat dengan cepat tanpa mencucuknya begitu sahaja, jom lihat beberapa produk krim jerawat di bawah yang dikatakan berkesan dalam menangani masalah jerawat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: