kota tinggi

Kota Tinggi merupakan bandar di Malaysia Barat berdekatan Sungai Johor, sebelah utara muara di Selat Singapura. Ini adalah salah satu ibu kota sungai (1685–1699) kerajaan Johor-Riau.

Bandar moden ini mempunyai pusat pentadbiran dan petroleum untuk kawasan ladang getah dan perlombongan bijih timah. Kota Tinggi dihubungkan melalui jalan darat ke bandar-bandar Johor Bahru dan Mersing.

Di sebelah utara Gunung Muntahak yang berdiri setinggi 634 meter pula adalah Air Terjun Kota Tinggi yang indah, tarikan pelancongan yang popular.

Sudah tak sabar lagi? Mari kita ketahui 10 tempat menarik di Kota Tinggi

1. Hutan Lipur Panti

Terletak di pinggir jalan raya Kota Tinggi – Mersing, Hutan Lipur Panti adalah sebuah tarikan alam semula jadi yang mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 1991. Rimba hijau yang berkeluasan 145.96 hektar ini menyimpan pelbagai khazanah alam yang menanti untuk diteroka.

Untuk pengetahuan anda, hutan simpan ini sebenarnya memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Ini adalah berdasarkan kajian yang pernah dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) ke atas beberapa buah hutan simpan berbeza. Dalam kajian ini didapati bahawa tumbuhan spesies pokok simpuh putih hanyalah boleh ditemui di dalam hutan ini.

Selain dapat melihat spesies yang rare, anda juga boleh melihat dengan lebih dekat pokok-pokok herba yang tumbuh dengan mekar sambil mempelajari bagaimana herba-herba ini digunakan dalam perubatan.

Untuk anda yang ingin melakukan aktiviti lasak pula, tersedia 3 buah trek jungle trekking untuk anda tempuhi. Kalau anda dalam golongan yang bertuah, mungkin dapat bertembung dengan pelbagai tarikan fauna yang ada di sini.

2. Air Terjun Kota Tinggi

Syoknya kalau dapat berehat-rehat menghirup udara segar sambil mendengar bunyi aliran air masa cuti. Anda dapat menikmati kenikmatan ini sekiranya melawati Air Terjun Kota Tinggi.

Terletak hanyalah 15 km dari Pekan Kota Tinggi, kawasan Air Terjun Kota Tinggi ini turut lengkap dengan gelongsor buatan manusia yang dapat menambahkan keseronokan tak ubah macam berada di taman tema air. Seharian di kawasan air terjun ni masih tak puas lagi? Anda boleh menyewa bilik di resort yang terdapat di sini.

3. Pantai Desaru

Pantai Desaru adalah sebuah destinasi indah yang menggoda jiwa ramai orang bukan sahaja dari Malaysia sendiri, tapi juga pelancong dari Singapura.

Bukan sekadar tempat untuk anda menikmati pemandangan mempesonakan, tapi di sinilah anda dapat memuaskan jiwa untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik lain  bagi mengisi masa lapang bersama keluarga.

Antara aktiviti yang terkenal di sekitar kawasan pantai ini adalah river cruise, bermandi-manda, memancing dan banyak lagi!

4. Muzium Nelayan

Hari-hari makan makanan laut, tapi masih tak dapat membayangkan bagaimana hasil-hasil ini dibawa ke darat? Segalanya didedahkan di Muzium Nelayan yang terletak di Tanjung Balau, Kota Tinggi yang juga tidak jauh dari kawasan yang dahulunya merupakan sebuah perkampungan nelayan.

Antara barangan yang dipamerkan adalah seperti jaring, model-model kapal, diorama, filem, poster dan banyak lagi. Bukan selalu dapat peluang melihat pameran selengkap ini tentang dunia nelayan yang ramai tak tahu!

Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Galeri Nelayan yang mempamerkan kehidupan seorang nelayan tradisional, kepercayaan tahyul mereka dan sebagainya.

Seterusnya adalah Galeri Geologi yang mempamerkan lebih daripada 100 jenis batuan. Galeri Lautan yang akan mendedahkan anda tentang navigasi di lautan, komunikasi dan keselamatan. Akhir sekali adalah Galeri Kapal Karam Desaru yang mempamerkan informasi berkaitan kapal-kapal karam di kawasan setempat.

5. Desaru Ostrich Farm

Desaru Ostrich Farm boleh menjadi tempat bercuti yang menyeronokkan dan menyenangkan ketika bercuti di Kota Tinggi.

Kerana di tempat yang satu ini anda akan disajikan dengan pemandangan burung unta yang lucu.

Selain melihat kehidupan burung comel yang satu ini, anda juga boleh melakukan aktiviti menarik lainnya dengan burung unta ini. Antaranya adalah seperti memberikan makanan kepada burung unta, berfoto bersama burung dan juga menunggang burung unta.

Tersedia juga kedai cenderamata yang boleh anda kunjungi, banyak barangan menarik yang boleh anda dapatkan di kedai yang dikhususkan untuk menjual cenderamata ini.

 6. Kebun Buah Desaru

Siapa yang tak suka dengan buah-buahan?

Bagi anda yang ingin mendekati alam yang menyenangkan anda boleh berkunjung ke Kebun Buah Desaru.

Di tempat ini anda boleh mengelilingi kebuh buah yang berkeluasan 100 ekar yang lengkap dengan berbagai macam buah-buahan. Banyak buah-buahan yang ditanam di kebun ini.

Selain melihat dan belajar tentang agrobisnes anda juga boleh memetik dan menikmati buah-buahan yang ada di tempat ini.

Tarikan kolam koi, kebun binatang mini dan yang lainnya dapat menambah keseronokkan dalam percutian anda di Kebun Buah Desaru.

7. Koref Desaru Leisure Farm

Tempat menarik di Kota Tinggi yang layak untuk anda kunjungi bersama keluarga selanjutnya adalah Desaru Ecological Park. Tempat ini menawarkan keindahan alam yang sangat luar biasa iaitu Koref Desaru Leisure Farm.

Keindahan alam yang ditawarkan akan membuat anda lupa sebentar akan bebanan fikiran.

Fasiliti yang disediakan di tempat ini adalah pondok rehat dengan berbagai macam aktiviti menarik yang bisa anda lakukan.

Seperti aktivitas memancing di tasik, bermain flying fox, menaiki boat dan banyak lagi.

8. Desaru Coast Adventure Water Park

Merupakan taman tema air yang terbaru di Johor yang baru dilancarkan pada 2018. Pelbagai aktiviti keriangan di sini yang sesuai untuk semua golongan samaada kanak-kanak ataupun belia remaja yang inginkan cabaran dengan aktiviti yang lebih membuatkan ‘setiap darah mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala’.

Banyak tarikan water slide yang bertaraf dunia ada di sini seperti Giant Water Slides, Wild Whirl, Super Twister, Riptide & The Tempest.

Antara tarikan yang paling mencuri tumpuan di sini adalah The Tempest iaitu merupakan gelongsor air dengan penurunan 24 kaki yang pasti menyeronokkan golongan dewasa.

Di sini juga menempatkan roller coaster yang akan menurun secara menjunam dari ketinggian 30 meter sebelum menuju laju masuk ke dalam kolam air. Tahukah anda, Wave Pools yang ada di sini juga merupakan antara yang terbesar di dunia.

Tempat ini adalah satu tarikan pelancongan di Johor yang sangat menarik untuk waktu riang ria anda bersama anak-anak untuk dilawati pada hujung minggu atau pun pada cuti sekolah.

9. Taman Buaya Teluk Sengat

Tahukah anda bahawa Taman Buaya Teluk Selat ini merupakan taman buaya yang paling besar di Malaysia dengan mempunyai lebih daripada 1000 ekor buaya. Usia buaya yang tertua di sini berumur lebih dari 150 tahun.

Kebanyakan buaya di Teluk Selat ini berasal daripada spesies buaya air tawar. Semakin jauh anda meneroka taman buaya ini maka semakin besar saiz buaya yang anda akan dapat lihat di sini.

Untuk menjadikan pengalaman anda berkunjung ke tempat menarik di Kota Tinggi ini menyeronokkan, anda boleh ke tepi air untuk ‘mengacau’ buaya-buaya yang ada.

Taman buaya ini dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Bayaran masuk untuk orang dewasa adalah RM8 manakala buat kanak-kanak, harga tiketnya cuma serendah RM4 sahaja.

10. Firefly Valley Leisure Park

Tempat menarik di Kota Tinggi sesuai untuk anda berjalan-jalan adalah di Firefly Valley Leisure Park.  Anda berpeluang menyaksikan cahaya ajaib kunang-kunang atau lebih dikenali sebagai kelip-kelip.

Firefly Valley Leisure Park ini terletak di Jalan Jemaluang. Bayaran untuk masuk ke taman ini adalah RM20  untuk orang dewasa manakala untuk kanak-kanak adalah berharga RM12.  Ia dibuka pada setiap hari bermula jam 11.00 pagi hingga 9.00 malam.

Wah, menarik bukan? Marilah kita melawat ke tempat-tempat yang belum pernah kita lawati di Kota Tinggi, Johor. Masukkan nama-nama tempat yang tersenarai diatas dalam wishlist anda! Selamat bercuti!

Sumber:

1) https://www.britannica.com/place/Kota-Tinggi

2) https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-kota-tinggi/

3) https://mytrip123.com/tempat-menarik-di-kota-tinggi/

4) https://ammboi.my/tempat-menarik-di-kota-tinggi/

Summary
Kota Tinggi: Jom Ketahui Tempat-Tempat Menarik
Article Name
Kota Tinggi: Jom Ketahui Tempat-Tempat Menarik
Description
Kota Tinggi merupakan bandar di Malaysia Barat berdekatan Sungai Johor, sebelah utara muara di Selat Singapura. Ini adalah salah satu ibu kota sungai (1685–1699) kerajaan Johor-Riau.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: