korean garlic cheese bread

Bayangkan makan roti rangup campur cream cheese cair panas-panas, nikmatnya tak terhingga! Itulah dia Korean garlic cheese bread.

Penggemar roti tidak perlu beratur ke kedai roti atau kedai kek untuk beli roti ini. Anda boleh cuba sendiri di rumah. Mudah je!

Mesti tak sabar nak cuba roti viral ini kan? Tunggu apa lagi? Lihat resepi yang kami sediakan di bawah. Ia sangat mudah dan boleh dicuba oleh sesiapa sahaja yang teringin makan roti ini. Jom kita lihat dan cuba!

CREAM KOREAN GARLIC CHEESE BREAD

Bahan-bahan roti:

  • 70 gram air
  • 5 gram yis
  • 38 gram gula
  • 60 gram susu segar (sejuk)
  • 1 biji telur (gred B)
  • 250 gram tepung roti
  • Garam secukup rasa
  • 40 gram marjerin

Bahan-bahan cream cheese:

  • 150 gram cream cheese
  • 20 gram gula halus

Bahan-bahan korean garlic butter sauce:

  • 1 biji telur (gred B)
  • 100 gram butter (dicairkan)
  • 15 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 20 gram whipping cream atau susu
  • 2 sudu besar mayonis
  • 3 sudu besar daun parsley kering
  • 25 gram madu atau gula

Kaedah penyediaan:

  1. Gabungkan semua bahan roti kecuali majerin. Gaul dengan sebati.
  2. Masukkan marjerin dan uli sehingga elastik.
  3. Timbang setiap 65 gram doh dan biarkan sehingga kembang dua kali ganda.
  4. Bakar dalam suhu 180°C selama 20 minit (ikut kesesuaian oven).
  5. Sebatikan 150 gram cream cheese dan 20 gram gula halus sehingga menjadi creamy.
  6. Sebatikan bahan-bahan garlic butter sauce
  7. Belah roti kepada 4 bahagian (pastikan belah sehingga bawah roti tetapi jangan sampai kulit roti).
  8. Masukkan cream cheese dalam setiap belahan roti. 
  9. Letakkan cream cheese di bahagian atas roti. 
  10. Bakar roti pada suhu 160°C selama 15 minit. 

KOREAN GARLIC CHEESE BREAD GUNA ROTI BURGER

Bahan A (bancuhan cream cheese untuk celah roti):

  • 175g cream cheese
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar susu cair

Bahan B (bancuhan garlic untuk celup roti):

  • 100g butter (cairkan)
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar parsley
  • 1 sudu besar chopped garlic
  • 1 biji telur

Bahan C:

  • Roti burger

Kaedah penyediaan cream cheese:

  1. Pastikan cream cheese dalam suhu bilik untuk lebih mudah kacau. Dalam satu bekas masukkan cream cheese bersama susu pekat.
  2. Kacau sebati, masukkan air susu/susu cair dan kacau.
  3. Mix sebati dan masukkan bancuhan dalam bekas plastik untuk piping nanti.

Kaedah penyediaan garlic:

  1. Cairkan butter, masukkan bawang putih yang dicincang halus.
  2. Masukkan daun parsley
  3. Masukkan susu pekat
  4. Masukkan mayonis
  5. Kacau sebati dan bairkan bancuhan sejuk sedikit sebelum masukkan telur. Sebab bila masukkan telur masa panas, telur mungkin akan masak.
  6. Dah sejuk sikit, masukkan telur dan ketepikan.

Kaedah penyediaan roti burger:

  1. Roti burger belah 6 jangan sampai putus.
  2. Isikan Bahan A dulu (cream cheese) di celah roti 
  3. Letakkan Bahan B dalam satu bekas yang senang untuk celup roti. Celupkan roti satu persatu seperti dalam gambar.
  4. Kemudian dah siap celup semua roti, lebihan bancuhan tu boleh tuang atas roti sehingga habis sebab garlic itu yang membuatkan roti ini jadi lagi sedap.
  5. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 min bergantung oven masing masing. 

KOREAN GARLIC CHEESE BREAD VIRAL

Bahan-bahan roti: 

  • Tepung high protein 1kg
  • Gula 150 gram 
  • Garam 10 gram (Secubit) 
  • Susu tepung 40 gram 
  • Yis kering 20 gram 
  • Bread improver 5 gram
  • Air + ais batu timbang bersama jadikan 550 gram
  • Butter  / marjerin 100 gram 

Bahan-bahan inti:

  • 250 gram cream cheese
  • 25 gram gula icing
  • Sedikit garam halus
  • Pukul semua hingga sebati 

Bahan-bahan sos celupan garlic bread:

  • 100 gram salted butter (cairkan dulu)
  • 1 labu bawang putih (cincang halus) 
  • 1 biji telur
  • Parsley kering 
  • 50 gram UHT whipping cream 
  • 2 sudu besar mayonis  
  • Pukul semua bahan sehingga sebati

Kaedah penyediaan:

  1. Lepas bakar, belah roti (guna pisau roti lebih senang) kepada 4 atau 6 bahagian. 
  2. Masukkan cheese ke dalam part yang dah dibelah.
  3. Celupkan dalam sos garlic
  4. Bakar semula dalam ketuhar dalam 10 minit, pastikan jangan tinggal untuk mengelakkan hangus.

Resepi diatas adalah 3 resepi korean garlic cheese bread yang sentiasa digunakan oleh orang ramai. Anda bolehlah cuba sendiri di rumah dan hidangkan buat keluarga tersayang anda sebagai minum petang ataupun sarapan pagi. Selamat mencuba!

Sumber:

https://acuyuhan.blogspot.com/2021/06/korean-garlic-cheese-bread-guna-roti.html

https://www.hannamaruku.com/2020/11/resipi-korean-garlic-cheese-bread-viral.html

https://says.com/my/makan/resepi-korean-cream-cheese-garlic-bread

Summary
Korean Garlic Cheese Bread: 3 Resepi Menyelerakan!Korean Garlic Cheese Bread: 3 Resepi Menyelerakan!
Article Name
Korean Garlic Cheese Bread: 3 Resepi Menyelerakan!Korean Garlic Cheese Bread: 3 Resepi Menyelerakan!
Description
Bayangkan makan roti rangup campur cream cheese cair panas-panas, nikmatnya tak terhingga! Itulah dia Korean garlic cheese bread.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: