Kopi Dalgona
Kopi dalgona mengandungi buih kopi perang keemasan yang pekat dan halus di atas susu.

Resepi Kopi Dalgona atau kopi berkrim ini adalah sejenis minuman yang versatil. Ia mengandungi buih kopi perang keemasan yang pekat dan halus di atas susu. Dengan menggunakan 3 bahan sahaja dan sebuah pengadun tangan, anda boleh menikmati minuman yang sedap ini pada bila-bila masa.

  • Masa penyediaan: 3 minit
  • Tahap:  Mudah
  • Saiz hidangan: 1 cawan

Peralatan yang diperlukan:

  • Pengadun mesin

Bahan-bahan:

  • 150 g susu kurang lemak
  • 2 sudu besar kopi segera
  • 2 sudu besar pemanis pilihan
  • 2 sudu air panas

Cara penyediaan:

1.Sediakan semua bahan.

2. Dalam sebuah mangkuk, gabungkan kopi segera, pemanis pilihan dan air panas.

3. Pukul dengan pengadun mesin kira-kira selama 2 minit sehingga campuran kopi berbuih dan bertukar warna perang cair.

4. Tuangkan susu ke dalam cawan dan cedokkan adunan kopi tadi di atasnya.

5. Kacau campuran kopi dan susu tersebut. Sekarang ianya sedia untuk diminum!

Nota: Jika anda suka minuman panas, panaskan susu terlebih dahulu.

Selamat mencuba!

Summary
Recipe Name
Kopi Dalgona
Published On
Preparation Time
Tagged: