Kondom

Kondom di buat dari getah halus untuk mencegah sperma dan jangkitan penyakit kelamin semasa melakukan hubungan seks. Kondom boleh digunakan untuk seks faraj, seks dubur dan seks oral. Kondom sangat penting untuk mencegah penyebaran penyakit kelamin. Ia mampu mengurangkan risiko jangkitan dengan efektif, walaupun ia tidak memberikan perlindungan 100%.

Sebenarnya banyak cara untuk menikmati keintiman fizikal dengan pasangan anda tanpa melakukan seks oral, vagina atau dubur. Seks yang lebih selamat juga merangkumi banyak aktiviti lain seperti mencium, memeluk, menggosok, mengurut, membelai atau melancap. Sekiranya anda melakukan seks faraj, dubur atau oral, ianya pasti bermanfaat dan selamat!

Kondom haruslah digunakan setiap kali anda melakukan hubungan seks faraj atau dubur untuk mengurangkan risiko mendapat atau menghidap penyakit jangkitan kelamin. Anda haruslah pertimbangkan penggunaan kondom untuk seks oral, terutamanya jika anda mempunyai banyak pasangan seksual. Walaupun anda tidak menggunakan kondom semasa dalam perhubungan sek, ianya tidak bermakna bahawa kondom tidak membawa manfaat kepada hubungan sek pada masa akan datang.

Kebaikan mengunakan kondom?

  • Apabila digunakan dengan betul dan konsisten, ianya ialah kaedah yang berkesan untuk mencegah kehamilan dan melindungi kedua-dua pasangan dari penyakit jangkitan kelamin seperti klamidia, gonorea dan HIV.
  • Penggunaan kondom tidak perlu persiapan awal dan sesuai untuk seks yang tidak dirancang.
  • Tidak ada kesan sampingan dari penggunaan kondom.
  • Kondom mudah untuk difahami, digunakan dan terdapat dalam berbagai bentuk, ukuran dan rasa.
  • Kondom mengurangkan risiko kehamilan yang tidak dirancang.
  • Kondom telah sedia ada di pasaran.
  • Terdapat banyak pilihan jenama yang boleh dipilih mengikut kesukaan.
  • Kondom tidak mempunyai kesan sampingan.
  • Kondom boleh membantu mencegah kanser serviks.

Apakah keburukannya?

  • Beberapa pasangan mendapati bahawa menggunakan kondom mengganggu hubungan seks 
  • Kondom sangat kuat tetapi boleh pecah atau terkoyak jika tidak digunakan dengan betul. 
  • Sebilangan orang mungkin alergi terhadap susu getah, plastik atau spermisida, tetapi anda mungkin boleh mendapat kondom yang kurang alergi.
  • Semasa menggunakan kondom, anda harus menanggalkannya setelah anda mengalami ejakulasi dan sebelum zakar anda menjadi lembut.
  • Seks mungkin terasa berbeza, tetapi tidak bermakna ia tidak bagus dan menyeronokkan. 
  • Sesetengah orang enggan menggunakannya. Jauhi orang yang tidak mahu menggunakannya. 
  • Kondom boleh menyebabkan keghairahan.

Petua Menggunakan Kondom

Berikut adalah beberapa petua penting menggunakan kondom:

1.Gunakan kondom yang disahkan selamat

Pilih kondom yang mempunyai tanda standard keselamatan yang diakui dan diiktiraf sahaja.

2. Gunakan kondom sebelum melakukan hubungan intim

Sentiasa memakai kondom sebelum melakukan hubungan seks sama ada zakar dan faraj, mulut atau dubur.

3. Buka paket kondom dengan berhati-hati

Pastikan kondom tidak rosak atau koyak semasa membuka paket kondom. Tukar kondom setiap kali melakukan hubungan seks. 

4. Gunakan kondom baru setiap kali anda melakukan hubungan seks.

Sehelai kondom bertahan sehingga 30 minit sahaja. Sekiranya anda melakukan hubungan seks untuk jangka masa yang panjang, tukar kondom setiap 30 minit.

Geseran boleh melemahkan kondom sekali gus berpotensi menjadikannya lebih rosak dan koyak. 

5.  Satu kondom pada satu masa

Jangan sekali-kali menggunakan dua kondom, sama ada ianya dua kondom lelaki atau dua kondom wanita atau kedua-duanya secara serentak.

Ia akan menyebabkan geseran antara satu sama lain dan geseran ini dapat melemahkan keupayaan dan keberkesanan fungsi kondom.

6. Pastikan kondom sentiasa sejuk

Suhu yang panas boleh merosakkan kondom, jadi simpan di tempat yang sejuk dan kering.

7. Kondom mempunyai tarikh luput

Periksa tarikh luput pada bungkusan kerana kondom tidak akan bertahan selamanya dan mungkin berfungsi dengan baik. 

8. Seks yang lebih selamat semasa bercuti

Beli kondom sebelum pergi bercuti untuk mengelakkan masalah untuk mendapatkannya.

9. Jangan gunakan losyen atau minyak bersama-sama kondom

Jangan gunakan losyen badan, pelembap, minyak urut, minyak badan, gincu atau produk berasaskan minyak lain (seperti petroleum jelly) dengan kondom lateks, polyisoprene atau kulit domba. Ini kerana mereka boleh melemahkan keupayaan fungsi kondom sekali gus menjadikannya kurang berkesan.

Gunakan banyak pelincir berasaskan air, seperti K-Y Jelly (yang sedia ada di farmasi), terutamanya untuk seks dubur.

10. Seks oral dan kondom

Menggunakan kondom (selain daripada kondom kulit domba) semasa seks oral dapat membantu melindungi daripada penyakit jangkitan kelamin seperti HIV dan sifilis. Penyakit lain yang boleh menjejaskan kesihatan mulut dan tekak seperti herpes, gonorea dan klamidia.

11. Jangan letakkan kondom di tandas

Balut bekas kondom dalam tisu atau sehelai kertas dan masukkan ke dalam tong sampah.

Jangan buang kondom bekas ke tandas.

12. Membeli kondom secara dalam talian

Pastikan kondom yang anda beli mempunyai cop yang sah dan diiktiraf selamat serta belum melepasi tarikh luput. 

13. Sekiranya anda tidak mahu hamil

Untuk melindungi daripada kehamilan yang tidak diingini, gunakan bentuk kontraseptif lain seperti kaedah bertindak lebih lama (implan, suntikan, IUS atau IUD) atau pil kontraseptif, patch kontraseptif atau cincin vagina.

Sumber:

https://www.everydayhealth.com/sexual-health/birth-control/tips/10-tips-for-using-a-condom.aspx

https://www.nhs.uk/conditions/contraception/condom-tips

https://www.justthefacts.co.nz/about-your-sexual-body/all-facts-about-condoms

Summary
Kondom Lelaki: Kebaikan, Keburukan dan Petua
Article Name
Kondom Lelaki: Kebaikan, Keburukan dan Petua
Description
Kondom di buat dari getah halus untuk mencegah sperma dan jangkitan penyakit kelamin semasa melakukan hubungan seks. Kondom boleh digunakan untuk seks faraj, seks dubur dan seks oral. Kondom sangat penting untuk mencegah penyebaran penyakit kelamin.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: