Kompilasi Resepi Sihat Daripada Laman Web Masakan Terkenal
Jenuh memikirkan resipi sihat untuk dimakan bersama keluarga? Jangan bimbang.

Jenuh memikirkan resipi sihat untuk dimakan bersama keluarga? Jangan bimbang. Kini, terdapat pelbagai laman web masakan sihat yang menyediakan variasi resepi dari seluruh pelosok dunia! Nah, dalam artikel ini kami kongsikan beberapa laman web masakan yang terkenal dan resepi yang dikongsikan. Anda juga boleh lawati laman web tersebut untuk membaca ratusan resepi yang tersedia.

Laksa Tauhu dan Lobak – Mindful Chef

https://app.mindfulchef.com/recipe/vegan/malaysian-tofu-and-carrot-noodle-laksa

Mindful Chef menyediakan aplikasi penghantaran makanan sihat ke rumah anda. Selain itu, mereka juga berkongsi beberapa resepi sihat di laman web mindfulchef.com untuk anda cuba atau pesan daripada perkhidmatan mereka. Berikut merupakan resepi sihat yang diolah daripada makanan kegemaran rakyat Malaysia, Laksa, dan dikhususkan untuk golongan vegan.

Bahan-Bahan:

  • 120g brokoli
  • 1/2 limau
  • 1 bawang merah
  • 1 batang serai segar
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 sudu teh pes asam jawa
  • 1 kiub stok sayur-sayuran
  • 200ml santan
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh minyak sayur
  • 300g lobak merah
  • 300g tauhu kuning
  • 4cm Halia segar
  • Sejumlah kecil daun ketumbar segar

Cara penyediaan:

  1. Potong hujung serai, buang lapisan luar dan potong halus.
  2. Hiris bawang besar.
  3. Kupas halia dan bawang putih dan cincang halus atau parut.
  4. Hiris cili secara halus (keluarkan biji untuk kurangkan pedas).
  5. Potong hujung brokoli dan potong separuh lebar, potong mana-mana batang yang tebal separuh panjang.
  6. Kupas lobak merah.
  7. Sediakan mi lobak merah menggunakan alat pengupas dan kupas lobak merah menjadi jalur-jalur panjang dan nipis.
  8. Tapis tauhu dan keringkan dengan tuala kertas. Potong menjadi kiub sebesar 2cm.
  9. Panaskan kuali dengan 1 sudu teh minyak sayuran pada api sederhana dan masak tauhu selama 10 minit sehingga menjadi coklat keemasan.
  10. Perasakan dengan garam laut dan lada hitam.
  11. Kemudian, panaskan air. Masukkan kiub stok sayuran dalam jag berisi 200ml air panas. Potong daun ketumbar.
  12. Panaskan periuk bersaiz sederhana dengan 1 sudu teh minyak sayuran pada api sederhana.
  13. Masukkan bawang dan tumis selama 5 minit sehingga layu.
  14. Kemudian masukkan serai, halia dan bawang putih dan tumis selama 2 minit.
  15. Masukkan brokoli dan biarkan masak selama 3 minit lagi.
  16. Masukkan pes asam jawa, santan, stok sayur dan mi lobak merah.
  17. Biarkan ia mendidih selama 5 minit.
  18. Tambah tauhu dan daun ketumbar ke dalam sup laksa.
  19. Hidangkan. Anda boleh perah limau untuk melazatkan lagi masakan.

Tauhu stim dengan daun bawang – Gina Poh @Healthworks

Recipe: Steamed Tofu with Spring Onions

Gina Poh telah berkongsi salah satu resipi yang sihat in di laman web Healthworks. Anda boleh cuba resipi yang sangat mudah ini di rumah!

Bahan-bahan:

  • 1 keping tauhu lembut
  • 1 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • 1 helai daun bawang(dicincang)
  • 1 sudu teh kicap
  • Minyak bijan

Cara penyediaan:

1. Didihkan air.

2. Rebus tauhu lembut dalam air mendidih selama 5 minit.

3. Sementara itu, goreng bawang merah di dalam sedikit minyak sehingga berwarna coklat keemasan.

4. Keluarkan tauhu dan tuangkan air yang berlebihan di atas pinggan.

5. Tambah sos soya, dan beberapa titisan minyak bijan.

6. Hiasi dengan bawang merah goreng dan daun bawang.

7. Hidangkan tauhu stim dengan segera.

Teh Matcha Tradisional – Teresa Cutter @ The Healthy Chef

https://thehealthychef.com/blogs/recipes/traditional-matcha-tea

Teh Matcha merupakan teh yang digemari ramai. Rasanya yang lemak berkrim dan mempunyai banyak manfaat kesihatan, telah menjadikan minuman ini terkenal di kalangan individu yang mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh itu, Teresa Cutter telah berkongsi resepi tradisional minuman kegemaran beliau ini di laman web The Healthy Chef. Jika anda penggemar teh matcha, ikuti resepi ini ya. Anda hanya memerlukan teh hijau matcha organik sahaja sebagai bahan utama.

Bahan-bahan:

Versi panas:

  • 1/2 sudu teh teh hijau matcha organik
  • 1 cawan air panas atau susu bebas tenusu (susu badam, kelapa, makadamia)

Versi sejuk:

Cara penyediaan:

Versi Panas

  1. Sendukkan serbuk teh matcha organic ke dalam cawan atau mangkuk kecil.
  2. Tuang 1/4 cawan air panas dan kacau bersama teh.
  3. Tuang lebih banyak air panas atau tuangkan susu kegemaran anda untuk membuat matcha latte yang sedap.
  4. Kacau matcha dalam gerakan zig-zag menggunakan pemukul buluh (Chasen) atau kacau dengan sudu sehingga tiada ketulan.
  5. Minum secara perlahan-lahan dan nikmati teh matcha yang sedap!

Versi Sejuk

  1. Tambah serbuk matcha ke dalam cawan, gelas atau ‘shaker’.
  2. Tuangkan air atau air kelapa.
  3. Kacau serbuk dan air
  4. Tambahkan ais untuk menyejukkan minuman dan nikmatilah dengan kepingan limau dan sedikit pudina segar.
  5. Minum secara perlahan-lahan dan nikmati minuman anda!

Acar Nanas – Rohani Jelani @Hungrygowhere

Acar adalah salah satu hidangan terkenal sewaktu majlis kenduri atau majlis perkahwinan. Namun, tiada halangan untuk anda memakannya pada hari-hari biasa. Cubalah resepi acar nanas yang menyelerakan ini, seperti yang dikongsi oleh Rohani Jelani di laman Hungrygowhere.

Bahan-Bahan:

  • 1 biji nanas masak
  • 3 sudu minyak sayuran
  • 2 tangkai cili merah
  • 2 cm halia
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 cawan cuka putih semulajadi
  • 1/2 sudu teh garam
  • 50 g gula perang

Rempah:

  • 4 cm kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga lawang
  • 4 biji cengkih

Cara penyediaan:

Langkah 1

  1. Potong nanas dan ketepikannya dahulu.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali tahan karat pada api sederhana dan tumis cili selama beberapa saat. Keluarkan cili ke dalam pinggan.
  3. Masukkan semua rempah dan tumis selama 10 saat.
  4. Tambah halia dan goreng hingga halia bertukar warna
  5. Tambah kunyit dan kacau selama beberapa saat
  6. Masukkan nanas, kacau di dalam minyak selama 2-3 minit.
  7. Jangan gunakan kuali aluminium atau kuali besi kerana keasidan cuka boleh memberikan rasa metalik kepada acar anda.

Langkah 2

  1. Tambah cuka dan biarkan mendidih.
  2. Masak pada api sederhana selama 3-5 minit dan kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhirnya, tambahkan cili dan tutup api.

Langkah 3

  • Sejukkan acar dan tuangkan ke dalam balang kaca. Hidangkan.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Sumber

https://app.mindfulchef.com/recipe/vegan/malaysian-tofu-and-carrot-noodle-laksa

https://thehealthychef.com/blogs/recipes/traditional-matcha-tea

https://www.hungrygowhere.my/dining-guide/resipi-malaysia/resipi-acar-nenas-murah-*aid-198c3101/

https://www.healthworks.my/steamed-tofu

Summary
Kompilasi Resepi Sihat Daripada Laman Web Masakan Terkenal
Article Name
Kompilasi Resepi Sihat Daripada Laman Web Masakan Terkenal
Description
Nah, dalam artikel ini kami kongsikan beberapa laman web masakan yang terkenal dan resepi yang dikongsikan!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: