uwais al qarni

Uwais Al Qarni ialah salah seorang Tabi’een yang terkenal. Uwais hidup di zaman Rasulullah ﷺ dan memeluk agama Islam. Beliau setia menjaga ibunya yang sakit.

Uwais tidak boleh berkelana untuk berjumpa dengan Rasulullah ﷺ. Uwais lahir dan membesar di Yaman. Beliau merupakan contoh tauladan pada zaman Rasulullah ﷺ, hamba Allah yang soleh dan penyembah setia-Nya.

Uwais Al Qarni dan Rasa Tanggungjawabnya Terhadap Ibu Tercinta

Uwais sangat cintakan Islam dan Nabi kita, Rasulullah ﷺ, sehingga akhir nyawanya. Uwais ingin bertemu dengan Rasulullah ﷺ tetapi keadaan ibu tuanya yang sakit dan perlu dijaga sepanjang masa tidak mengizinkan Uwais untuk berbuat demikian.

Ini adalah elemen terbesar di dalam hidup Uwais. Beliau memikul segala tanggungjawab terhadap ibunya dan tidak dapat meninggalkan ibunya untuk pergi ke Madinah dan bertemu Rasulullah ﷺ.

Uwais merayu kepada ibunya untuk memberi keizinan pergi ke Madinah dari Yaman untuk bertemu Rasulullah ﷺ, dan ia merupakan perjalanan yang sangat panjang ketika zaman itu. Ibunya bersetuju dengan syarat Uwais tidak boleh menetap di sana.

Selepas bertemu dengan Rasulullah ﷺ, beliau seharusnya terus pulang ke Yaman. Beliau sangat teruja kerana ibunya bersetuju dengan permintaannya itu.

Uwais berhijrah ke Yaman dari Madinah, tetapi Rasulullah ﷺ tidak kelihatan di mana-mana. Ini merupakan saat getir bagi Uwais Al Qarni, Beliau sangat kecewa kerana beliau telah sampai di persimpangan jalan.

Apa yang beliau perlu lakukan? Uwais sudah berjanji dengan ibunya untuk segera pulang. Maka, beliau pulang ke Yaman. Akan tetapi, Uwais bertanya di mana rumah Rasulullah. Kisah Uwais adalah kisah cinta yang agung.

Mereka menunjukkan di mana letaknya rumah Rasulullah ﷺ. Sebelum pulang, beliau merenung pintu rumah Rasulullah ﷺ dan mula menangis. Sekembalinya Rasulullah ﷺ di Madinah, baginda bertanya jikalau terdapat tetamu sepanjang ketiadaan baginda.

Sahabatnya berkata ada seorang lelaki daripada Yaman ingin berjumoa dengan baginda namun terpaksa pulang kerana janji yang telah dibuat bersama ibunya. Para sahabat memberitahu Rasulullah ﷺ lelaki tersebut sampaikan salam kepada baginda.

Kemudian, Rasulullah ﷺ berkata bahawa baginda kenal akan lelaki yang pulang ke Yaman itu! Pada pandangan Rasulullah ﷺ, Uwais adalah seorang lelaki yang berkaliber!

Ini adalah mesej penting buat anak muda di luar sana. Uwais tepati janji dan turuti kata ibunya sambil menggalas tanggungjawab yang diberikan walaupun rasa cintanya dan rasa dekatnya terhadap Rasulullah ﷺ amat besar.

Kegelapan Memberi Kesedaran

Ketika para Muslim sampai di Yaman, Uwais telah diberikan pengajaran yang sangat berharga. Uwais dan ibunya bergelap di dalam rumah kerana tiada lampu, dan keadaan itu menyukarkan mereka untuk menyelesaikan beberapa perkara pada waktu tersebut.

Uwais tidak dapat melihat di dalam kegelapan, berbeza dengan ibunya yang sudah terbiasa akan suasana yang gelap. Ibu Uwais membantunya bergerak di dalam rumah. Tidak lama selepas itu, Uwais berjumpa dengan seseorang yang berkait dengan Rasulullah yang sedang membaca Al-Quran. Ia bermaksud;

“Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis – apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali.”

Umar Al-Khattab Mencari Uwais Al-Qarni di Yaman

Ketika Umar Al-Khattab menjadi ketua buat orang Muslim, beliau akan keluar setiap tahun untuk bertemu dengan mereka yang berhijrah dari Yaman. “Adakah di antara engkau bernama Uwais?” kata Umar.

Selama 10 tahun Umar mencari Uwais. Pada akhirnya, orang Yaman bersetuju untuk meberitahu keberadaannya kepada Umar.

Umar segera pergi ke Uwais al Qarni untuk melihat sendiri manusia yang disebut-sebut oleh Rasulullah ﷺ. “Adakah engkau Uwais?” tanya Umar.

“Ya”, Uwais menjawab

“Adakah engkau yang dijangkiti kusta dan kemudiannya kulit kau sembuh kecuali di bahagian bahu sebesar duit syiling?” Umar bertanya.

“Ya”, kata Uwais.

“Adakah engkau mempunyai seorang ibu yang sangat kau hormati dan kasihi?” akhirnya Umar bertanya soalan sebenar.

“Ya”, Uwais menjawab.

Setelah kejadian itu, Uwais segera meminta Rasulullah dan menasihati baginda agar menyuruh Uwais untuk memohon ampun kepada Allah bagi pihaknya. Uwais sangat terkejut dan segera mengingatkan Umar bahawa beliau adalah sahabat Rasulullah ﷺ dan pemimpin orang Muslim.

Umar sangat gembira dan ingin membantu Uwais dengan segala kudratnya. Uwais sedang dalam perjalanan ke Kufa, Iraq selepas menunaikan haji. Umar ada mengatakan hasratnya untuk mengirim surat kepada gabenor Iraq.

Namun begitu, Uwais menolak dengan baik kerana beliau mahu tetap kekal tidak dikenali dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Uwais seorang lelaki yang sederhana dengan cara hidup yang juga sederhana. Beliau juga meminta kepada Umar agar hubungan baiknya dengan Rasulullah ﷺ dirahsiakan kerana khuatir akan mengganggu ibadah hajinya.

Kisah 200,000 Umat Islam Pergi Ke Syurga

Umar pernah bercerita kepada Uwais tentang kisah Rasulullah ﷺ memberitahu beliau bagaimana Malaikat Jibril telah mula menyebut tentang Uwais bertahun-tahun sebelum mereka bertemu.

Tanda di bahunya, sikap ambil berat terhadap ibunya, dan sikap Uwais yang tidak bergantung kepada dunia merupakan ciri-ciri terbesar Uwais.

Umar bercerita bagaimana Rasulullah ﷺ telah berjanji kepada mereka untuk membawa 200,000 umatnya ke syurga bersama baginda. Umar juga bercerita tentang mereka telah mencari Uwais selama bertahun-tahun.

Cinta Nabi Muhammad ﷺ adalah satu keberkatan yang perlu diambil walaupun kita tidak pernah bertemu dengan baginda. Ia telah membuka jalan buat berjuta umat Islam yang tinggal di sekolompok dunia.

Kisah Uwais Al Qarni sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada kita untuk mengasihi Rasulullah ﷺ walaupun kita tidak pernah melihat wajah baginda dan tidak mempunyai pangkat yang tinggi seperti Uwais.

Sumber:

https://islamqa.info/en/answers/125276/biography-of-uways-al-qarni-may-allah-have-mercy-on-him

https://afosa.org/owais-al-qarni-the-first-sufi-with-a-difference/

https://www.islamreligion.com/articles/11370/uwais-al-qarni

https://www.arabnews.com/node/930256/islam-perspective

Summary
Kisah Uwais Al Qarni
Article Name
Kisah Uwais Al Qarni
Description
Uwais Al Qarni ialah salah seorang Tabi’een yang terkenal. Uwais hidup di zaman Rasulullah ﷺ dan memeluk agama Islam. Beliau setia menjaga ibunya yang sakit.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: