kifosis
Kifosis adalah ketumbuhan yang besar pada bahagian belakang badan.

Kifosis adalah kelengkungan tulang belakang. Kifosis yang berkaitan dengan usia sering berpunca dari tulang belakang yang lemah sehingga menyebabkan tulang menjadi mampat atau retak.

Selain itu, kifosis jenis lain pula boleh dialami oleh bayi atau remaja berpunca dari kecacatan tulang belakang atau pengetatan tulang-tulang belakang dari masa ke semasa. Ia boleh berlaku pada semua peringkat usia tetapi lebih sering terjadi dalam kalangan wanita yang lebih tua.

Kifosis ringan boleh menyebabkan masalah dan kifosis yang teruk pula boleh menyebabkan kesakitan dan kecacatan. Rawatan untuk kifosis bergantung kepada umur anda, punca penyakit dan kesan dari kelengkungan tulang belakang.

Simptom Kifosis

Simptom utama kifosis adalah lengkungan ke hadapan yang tidak normal di bahagian atas tulang belakang. Ia menyebabkan bahagian atas belakang anda kelihatan bongkok, dengan bahu dicondongkan ke hadapan.

Dalam kes ringan, lengkungan tulang belakang tidak terlalu ketara. Dalam keadaan lain pula, seseorang mungkin nampak seolah-olah mereka membengkokkan badan ke hadapan.

Simptom yang boleh dikesan jika anda mengalami kifosis adalah:

  • Sakit belakang
  • Berasa tegang di bahagian atas belakang
  • Belakang badan menjadi bulat/bongkok
  • Otot hamstring yang ketat

Punca Kifosis

Tulang belakang terdiri daripada tulang yang dipanggil vertebra yang tersusun di atas satu sama lain. Struktur ini sangat unik dan membolehkan tulang belakang menjadi tulang yang menyokong badan anda serta fleksibiliti badan. Namun begitu, tulang belakang juga sangat terdedah kepada kerosakan.

Kifosis berlaku apabila vertebra di bahagian atas belakang badan anda, dipanggil rantau thoracic, menjadi bentuk wedge. Keadaan ini yang menyebabkan tulang belakang anda melengkung ke hadapan lebih daripada biasa.

Ia boleh berlaku kerana:

  • Postur badan yang salah
  • Terdapat isu perkembangan tubuh badan
  • Umur yang lebih tua
  • Bentuk vertebra yang tidak normal

Diagnosis Kifosis

Doktor anda akan menjalankan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh termasuklah memeriksa ketinggian anda. Anda mungkin diminta untuk membongkokkan badan anda dari pinggang ke atas, ke hadapan sementara doktor anda memeriksa tulang belakang anda dari sisi. Doktor mungkin juga melakukan ujian neurologi untuk memeriksa refleks dan kekuatan otot anda.

Selepas menilai tanda-tanda dan simptom anda, doktor mungkin mencadangkan:

  • X-ray atau imbasan CT. X-ray boleh menentukan tahap kelengkungan dan mengesan sebarang kecacatan vertebra. Selain itu, pemeriksaan imbasan CT mungkin disyorkan jika doktor anda ingin melihat imej tulang belakang yang lebih terperinci.
  • MRI. Imej-imej ini dapat mengesan jangkitan atau tumor di tulang belakang anda.
  • Ujian saraf. Jika anda berasa kebas atau mengalami kelemahan otot, doktor boleh mengesyorkan ujian ini dilakukan untuk menentukan sejauh mana impuls saraf bergerak di antara saraf tunjang ke kaki anda.
  • Ujian ketumpatan tulang. Ketumpatan tulang yang rendah boleh menjadikan kifosis bertambah parah.

Rawatan Kifosis

Rawatan untuk kifosis bergantung kepada tahap keparahan dan punca yang mendasarinya. Berikut adalah beberapa punca dan rawatan bagi setiap punca tersebut:

  • Penyakit Scheuermann. Seorang kanak-kanak mungkin perlu menjalani terapi fizikal, memakai pendakap tulang belakang, atau menjalani pembedahan pembetulan.

  • Tumor. Biasanya, tumor hanya dikeluarkan jika terdapat sebarang masalah pemampatan pada saraf tunjang. Sekiranya keadaan ini berlaku, pakar bedah mungkin akan mencuba untuk membuang tumor dan menstabilkan tulang. Dalam kes sedemikian, rawatan ‘spinal fusion’ juga diperlukan.

  • Osteoporosis. Amat penting untuk merawat kemerosotan tulang (osteoporosis) bagi mengelakkan kifosis daripada menjadi semakin teruk. Ubat-ubatan boleh membantu  keadaan ini.
  • Postur yang lemah. Anda hanya memerlukan latihan postur yang betul. Rawatan yang agresif tidak diperlukan.

Rawatan berikut pula boleh membantu melegakan simptom kifosis:

  • Ubat boleh melegakan kesakitan, jika perlu.

  • Terapi fizikal boleh membantu membina kekuatan pada otot teras dan belakang.

  • Yoga boleh meningkatkan kesedaran tubuh dan membina kekuatan, fleksibiliti, dan pelbagai gerakan.

  • Menurunkan berat badan berlebihan boleh melegakan beban tambahan yang dialami pada tulang belakang.

  • Memakai penyokong pendakap. Pendakap tulang belakang boleh didapati di kedai kesihatan atau farmasi dan ia boleh membantu memperbaiki postur tulang belakang, terutamanya bagi kanak-kanak dan remaja.

  • Pembedahan mungkin diperlukan dalam kes yang teruk.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kyphosis/symptoms-causes/syc-20374205

https://www.healthline.com/health/kyphosis

https://www.webmd.com/back-pain/kyphosis-overview

https://www.medicalnewstoday.com/articles/324071

Summary
Kifosis (Kyphosis) - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Article Name
Kifosis (Kyphosis) - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Description
Kifosis adalah kelengkungan tulang belakang. Kifosis yang berkaitan dengan usia sering berpunca dari tulang belakang yang lemah sehingga menyebabkan tulang menjadi mampat atau retak.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: