Khasiat Daun Parsli dan Kegunaannya
Selama bertahun-tahun, daun parsli telah digunakan untuk merawat keadaan seperti tekanan darah tinggi, alergi dan penyakit keradangan.

Parsli adalah tumbuhan berbunga yang berasal dari Mediterranean. Dua jenis yang paling biasa adalah daun kerinting Perancis dan daun rata Itali.

Selama bertahun-tahun, daun parsli telah digunakan untuk merawat keadaan seperti tekanan darah tinggi, alergi dan penyakit keradangan.

Pada hari ini, ia banyak digunakan sebagai ramuan masakan segar atau rempah kering. Ia berwarna hijau terang dan mempunyai rasa pahit ringan yang sesuai dengan kebanyakan resipi.

Sekarang, mari kita ketahui lebih lanjut mengenai khasiat daun parsli serta kegunaannya.

Kelebihan Daun Parsli

Manfaat kesihatan berikut telah dikaitkan dengan pengambilan daun parsli.

1. Melindungi anda daripada diabetes

Myricetin yang terdapat dalam daun parsli juga telah dikaji bagi kegunaannya dalam rawatan dan pencegahan diabetes. Kajian makmal dan haiwan telah menunjukkan bahawa myricetin dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan menurunkan daya tahan insulin. Ia juga kelihatan memberikan kesan anti-radang dan membuang lemak berlebihan daripada darah.

2. Meningkatkan kesihatan tulang

Pengambilan vitamin K yang rendah telah dikaitkan dengan risiko tinggi berlakunya kepatahan tulang. Daun parsli adalah sangat baik untuk anda kerana ia penuh dengan vitamin K yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan tulang. 1/2 cawan (30 gram) mengandungi 547% RDI yang mengagumkan. Pengambilan vitamin K biasa mungkin berada di bawah tahap yang diperlukan untuk meningkatkan kepadatan mineral tulang dan mengurangkan risiko terjadinya patah tulang. Oleh itu, makan makanan seperti daun parsli boleh memberi manfaat kepada kesihatan tulang.

3. Mengandungi bahan bagi menentang kanser

Daun parsli mengandungi sebatian tumbuhan yang mungkin mempunyai kesan anti-kanser. Tekanan oksidatif iaitu keadaan yang dicirikan oleh ketidakseimbangan tahap antioksida dan radikal bebas telah dikaitkan dengan perkembangan penyakit kronik tertentu, termasuk kanser. Myricetin adalah flavonoid yang terdapat di daun parsli dan  terbukti dapat membantu mencegah kanser kulit. Ia juga mengandungi salah satu kepekatan myricetin tertinggi per 100gram.

4. Boleh meningkatkan kesihatan jantung

Daun parsli adalah ramuan yang kaya dengan nutrien dan boleh meningkatkan kesihatan jantung. Sebagai contoh, ia adalah sumber folat vitamin B yang baik. Pengambilan folat makanan yang tinggi dapat mengurangkan risiko penyakit jantung bagi populasi tertentu. Beberapa pakar membuat hipotesis bahawa kandungan folat memberi manfaat kepada kesihatan jantung dengan menurunkan kadar ‘homocystein’ asid amino. Tahap ‘homocystein’ yang tinggi dikaitkan dengan risiko penyakit jantung yang lebih tinggi dalam beberapa kajian.

5. Melawan keradangan

Tumbuhan ini juga membantu mengurangkan keradangan kerana mengandungi kandungan antioksida tinggi seperti vitamin C, A dan E.

Ia juga merupakan sumber flavonoid, antioksida yang sangat baik dan membantu mengurangkan risiko bagi banyak penyakit kronik termasuk kanser, aterosklerosis, penyakit Alzheimer dan penyakit Parkinson.

Malah, daun parsli kering mungkin lebih kaya dengan khasiat antioksida berbanding jenis yang segar. Terdapat satu kajian yang mendapati bahawa ramuan kering mempunyai kandungan antioksida dengan 17 kali lebih banyak berbanding jenis yang segar.

Kegunaan Daun Parsli

Daun parsli adalah ramuan serba boleh yang kaya dengan sumber nutrien. Ia sangat kaya dengan vitamin A, C dan K. Malah, ia banyak digunakan untuk tujuan seperti di bawah:

Memasak / hiasan makanan

Daun parsli adalah pilihan perasa yang sangat serba boleh dan murah. Anda boleh menggunakan versi kering sebagai ramuan dalam pelbagai resipi. Ini dapat meningkatkan rasa sup, kuah rebusan dan sos tomato.

Selain itu, ia sering digabungkan dengan ramuan lain dalam resipi dengan ilham dari Itali.

Di samping itu, daun parsli segar juga merupakan tambahan yang baik bagi resipi salad, perapan dan resipi makanan laut buatan sendiri.

Ramai orang menggunakan jenis segar dalam resipi yang tidak memerlukan proses memasak atau tambahan herba pada proses memasak terakhir.

Beberapa hidangan ini termasuk:

  • kentang
  • sos berasaskan tomato
  • hidangan ayam
  • salad berasaskan bijirin
  • makanan laut
  • hidangan telur

Penggunaan ‘ethnobotanical’

Daun dan akar parsli terkenal sebagai bumbu dan hiasan di seluruh dunia. Di Lebanon, parsli adalah ramuan utama dalam hidangan kebangsaan mereka iaitu tabbouleh. Rata-rata orang dewasa boleh mengambil 50g parsli setiap kali makan.

Rawatan tradisional

Dari segi sejarah, parsli juga telah digunakan untuk merawat keadaan seperti anemia, artritis dan kanser. Ia juga telah digunakan sebagai losyen kulit kepala untuk merangsang pertumbuhan rambut. Namun, sehingga kini, belum ada ujian klinikal untuk mengesahkan penggunaan ini.

SUMBER

https://www.healthline.com/nutrition/parsley-benefits

https://www.medicalnewstoday.com/articles/284490

https://www.readersdigest.ca/food/healthy-food/parsley-health-benefits/

https://www.drugs.com/npc/parsley.html

Summary
Khasiat Daun Parsli dan Kegunaannya
Article Name
Khasiat Daun Parsli dan Kegunaannya
Description
Selama bertahun-tahun, daun parsli telah digunakan untuk merawat keadaan seperti tekanan darah tinggi, alergi dan penyakit keradangan. Jom ketahui manfaat daun parsli yang lain.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: