Khasiat dan Kegunaan Daun Semambu
Daun semambu adalah sejenis pokok yang mana kebanyakan bahagiannya boleh digunakan sebagai ubat-ubatan termasuklah daun, biji dan kulit kayunya. Malah, akar, bunga dan buahnya juga boleh digunakan bagi tujuan sama walaupun tidak sehebat bahagiannya yang lain.

Semambu adalah sejenis pokok yang mana kebanyakan bahagiannya boleh digunakan sebagai ubat-ubatan termasuklah daun, biji dan kulit kayunya. Malah, akar, bunga dan buahnya juga boleh digunakan bagi tujuan sama walaupun tidak sehebat bahagiannya yang lain. Bagi mereka yang kurang biasa mendengar tentang semambu, mungkin anda lebih mengenalinya sebagai ‘neem’.

Daun semambu ini adalah herba popular yang telah menjadi sebahagian daripada rawatan tradisional sejak 5000 tahun dahulu. Ia dikatakan mengandungi lebih 130 sebatian aktif secara biologi yang menjadikannya sumber anti-kulat dan anti-bakteria yang baik.

Sekarang, jom kita ketahui lebih lanjut tentang khasiat dan kegunaan daun ini.

Khasiat Daun Semambu

Daun semambu adalah antioksida kuat yang dapat meneutralkan radikal bebas yang mungkin boleh menyebabkan sebilangan masalah kesihatan. Malah, ia juga merupakan agen anti-keradangan yang baik.

Malah, ia juga sangat bermanfaat bagi keadaan seperti:

  • Melawan jangkitan kulat. Sifat anti-kulat dan anti-bakterianya melindungi badan daripada kulat dan bakteria berbahaya. Daun semambu menyerap virus tersebut dan memulakan proses penyembuhan badan. Malah, ia juga boleh merawat masalah jangkitan berkaitan dengan kulit.

  • Menjaga kesihatan rambut. Daun semambu berupaya menguatkan dan membantu pertumbuhan rambut yang lebih baik. Anda boleh menumbuknya sehingga menjadi seperti pes bagi digunakan sebagai pelembut rambut. Ia juga berkesan untuk merawat masalah kelemumur yang pastinya menjadi satu isu besar kerana boleh jadi sangat menggatalkan. Ini akan membuatkan folikel rambut bertambah kuat serta memberikan nutrien pada rambut agar ia tumbuh dengan sihat dan cantik.

  • Meningkatkan imuniti. Ramai pakar kesihatan mengesyorkan penggunaan daun semambu kerana dilihat mampu mengurangkan suhu panas kerana demam terutama bagi suhu tinggi disebabkan malaria. Cara rawatannya juga begitu mudah untuk disediakan kerana anda hanya perlu menghancurkan sedikit daunnya dan ambil bersama segelas air kosong secara tetap.

  • Merawat gigitan yang tidak begitu serius. Daun semambu juga dapat menyembuhkan gigitan serangga biasa tanpa meninggalkan bekas parut yang buruk. Malah, ia juga dapat mencegah jangkitan septik serta melindungi badan daripada sesetengah racun. Daun semambu juga berupaya merawat keradangan yang berlaku kerana gigitan serangga. Ia hanya perlu dikisar halus atau ditumbuk sehingga menjadi pes dan disapukan pada bahagian terjejas beberapa kali sehari sehingga sembuh.

  • Melindungi gigi. Semakin banyak produk gigi yang mengandungi neem kerana sifat anti-kulat dan anti-bakteria di dalamnya. Ia boleh mengelakkan berlakunya jangkitan atau penyakit berkaitan mulut seperti gusi bengkak, ulser mulut dan sebagainya.

  • Mengawal kadar gula darah. Serbuk daun semambu adalah sangat baik dalam mengawal dan menstabilkan peningkatan gula darah dalam badan. Kandungan flavonoid, triterpenoid, anti-radang dan glikosida dalam serbuk ini menstabilkan tahap glukosa darah serta memastikan tiada kenaikan kadar gula secara mendadak dan tidak terkawal.

Kegunaan Daun Semambu

  • Digunakan dalam produk rambut

Pengilang kadangkala menambahkan daun semambu atau neem ke dalam produk rambut seperti syampu dan gel rambut. Malah, ada juga individu yang menggunakan neem bersama dengan syampu biasa untuk mendapatkan kesihatan rambut lebih baik. Malah, menggunakan syampu khas yang mengandung ekstrak daun semambu pada kulit kelapa dikatakan boleh membantu menyembuhkan keadaan kutu di kepala kanak-kanak.

  • Menjadi produk gigi semula jadi yang baik

Terdapat produk pergigian seperti ubat kumur, ubat gigi yang mengandungi neem ini. Ia boleh mengurangkan sakit gigi serta memberikan kesihatan gigi yang lebih baik di samping membersihkan gigi dan mengurangkan keradangan gusi. Namun, ia mungkin tidaklah sebegitu berkesan jika dibandingkan dengan penggunaan ubat kumur chlorhexidine.

  • Membantu dalam rawatan tradisional

Masyarakat terdahulu banyak menggunakan daun semambu sebagai pes atau serbuk kerana ia dapat membantu dalam rawatan mudah seperti merawat luka mahupun gigitan serangga yang tidak begitu serius. Ia juga membantu mencegah kesan parut pada kulit jadi secara tidak langsung, pes atau serbuk yang digunakan dapat melindungi kulit kita.

SUMBER

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-577/neem

https://food.ndtv.com/health/benefits-and-uses-of-neem-a-herb-that-heals-1231051

https://www.medicalnewstoday.com/articles/325048#how-to-use

https://timesofindia.indiatimes.com/life-style/health-fitness/home-remedies/herbal-remedies-20-health-benefits-of-neem/articleshow/20083389.cms

https://www.netmeds.com/health-library/post/neem-leaf-powder-incredible-benefits-for-skin-hair-and-overall-health

Summary
Khasiat dan Kegunaan Daun Semambu
Article Name
Khasiat dan Kegunaan Daun Semambu
Description
Daun semambu ini adalah herba popular yang menjadi sebahagian daripada rawatan tradisional sejak 5000 tahun dahulu. Sekarang, jom ketahui khasiat dan kegunaannya.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: