Biji selasih adalah biji kecil yang tidak lagi asing bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Walaupun bersaiz kecil, ia mempunyai banyak manfaat kepada badan kita. Anda mungkin tersalah anggap biji selasih dengan biji bijan kerana mereka kelihatan hampir sama, jadi untuk membezakannya, ingatlah bahawa biji selasih berwarna hitam.

Meriah Biji Selasih 50g
RM 3.80
Manfaat kesihatan dari biji selasih termasuk kemampuannya untuk meningkatkan kesihatan pencernaan, membantu menurunkan berat badan, mengatur gula darah, menyejukkan badan, menghilangkan tekanan, mengurangkan keradangan dan mencegah jangkitan tertentu. Mereka terutama digunakan sebagai tambahan minuman dan pencuci mulut.
Sekarang, jom kita dalami tentang khasiat biji ini jika diterapkan dalam diet seharian kita seperti di bawah.
1. Memberi kelegaan bagi masalah sembelit
Biji selasih ini berfungsi sebagai detoks semulajadi bagi badan dan membantu melancarkan proses pencernaan kita. Kandungan minyak ‘volatile’ di dalamnya dikatakan membantu mengeluarkan gas daripada saluran gastrousus.
Malah, ia juga kaya dengan serat yang sememangnya diperlukan untuk merawat masalah berkaitan abdomen kita seperti sembelit, cirit-birit atau disentri.
2. Membantu dalam proses penurunan berat badan
Jika anda mencari kelainan dalam usaha menurunkan berat badan, apa kata tambahkan biji selasih ini ke dalam air kosong anda pula? Tahukah anda bahawa asid ‘alpha-linoleic’ dalam biji ini membantu mencepatkan proses pembakaran lemak dalam badan kita.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, ia mempunyai kandungan serat tetapi bagi faktor ini, serat tersebut berguna bagi membuat perut anda tetap berasa kenyang buat seketika jadi kuranglah pengambilan makanan anda. Kurang pengambilan makanan, kuranglah pengambilan kalori bukan?
3. Mengawal kadar gula dalam darah
Kadar gula darah adalah sangat penting terutama bagi pesakit diabetes kerana ia seharusnya berada pada tahap normal bagi mengelakkan komplikasi selanjutnya.
Berdasarkan pelbagai kajian yang telah dibuat, serat dalam biji selasih membantu dalam hal ini. Anda hanya perlu merendam satu sudu biji dalam air semalaman dan tambahkannya dalam segelas susu keesokan paginya. Mudah bukan?
4. Meningkatkan kesihatan kulit dan rambut
Biasanya, minyak kelapa adalah antara produk terbaik dalam menangani masalah ini kan, jadi apa salahnya anda tambahkan biji selasih yang telah ditumbuk ke dalamnya juga? Kemudian, sapu sahaja pada bahagian kulit yang bermasalah dengan tetap. Pasti anda akan terkejut melihat perubahannya nanti.
Jika anda lebih suka untuk mengambilnya dalam makanan atau minuman, tambahkannya dalam diet anda. Pengambilan yang berterusan membantu badan mengeluarkan kolagen yang pastinya membantu menangani masalah penuaan dan banyak lagi. Ia juga penuh dengan vitamin K dan protein bagi membantu dalam pertumbuhan rambut yang panjang dan kuat.
5. Merawat simptom batuk dan selesema
Biji selasih bukan sahaja berguna untuk menangani masalah pencernaan, malah ia juga boleh melegakan batu dan selesema juga tau. Versatil bukan? Ternyata biji selasih sudah lama digunakan sebagai penawar bagi masalah-masalah sebegini.
Biji ini dikatakan mempunyai kandungan ‘antispasmodic’ yang bermanfaat dalam merawat masalah batuk, selesema serta asma yang tidak serius.
6. Memberi kelegaan pada minda yang tertekan
Biji selasih dikatakan mempunyai kesan menenangkan yang sangatlah bagus terutama bagi mereka yang selalu tertekan itu. Lepas ni, anda bolehlah campurkan satu sudu biji selasih ke dalam air kosong anda secara berterusan.
Diharapkan ia dapat memberi kelegaan pantas dalam menangani masalah kebimbangan, membantu meningkatkan emosi anda serta mengurangkan hormon stres dalam badan.
Kegunaan biji selasih dalam diet seharian
Anda pasti kagum melihat pelbagai manfaat yang boleh didapati daripada biji yang bersaiz kecil itu bukan? Biji selasih boleh membekalkan manfaat kesihatan yang terbaik apabila ia direndam dahulu dalam air sebelum diambil. Anda hanya perlu merendamnya dengan air suam selama lebih kurang 15 minit agar ia dapat menjadi kembang sehingga dua kali dari saiz asal. Air suam ini sebenarnya membantu biji ini untuk mengeluarkan antioksida dan enzim yang bermanfaat.
Jadi, mesti anda tertanya-tanya bagaimana untuk gunakannya dalam diet anda bukan? Jangan bimbang, kerana kami sudah sediakan beberapa resepi mudah menggunakan biji selasih khas untuk anda.
1. Resepi Puding Biji Selasih Bersama Kelapa dan Jambu Batu
Ini sebenarnya adalah hampir sama seperti hidangan ‘overnight oat’ kerana ia juga perlu dibiarkan semalaman dahulu agar segala rasanya menjadi sebati dan lebih sedap. Malah, ia juga hanya memerlukan beberapa bahan mudah serta tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan.
Jom lihat cara pembuatannya seperti di bawah.
Bahan-bahan:
- 2 cawan santan rendah lemak ataupun bebas gluten
- 1/2 cawan biji selasih
- 3 sudu nektar jambu batu (guava)
- 1 sudu madu

MADU ASLI ALMAS
RM 80.00
- Meningkatkan metabolisme badan
- Menambah tenaga batin
- Mencantikkan kulit
- Bagus untuk wanita selepas bersalin
- Merawat luka luaran & dalaman
- Mengurangkan kadar gula dalam darah
- Menguatkan saraf
- Menstabilkan tekanan darah & mengawal tahap kolesterol
- Penawar zahir & batin
- Bagus untuk minda & ingatan
- Menguatkan antibodi
- Memberi tenaga
- Mencegah kanser & masalah jantung
- Bagus untuk sistem pencernaan & penghadaman
- Antioksidan
Cara penyediaan:
- Campurkan santan dan biji selasih dalam satu mangkuk bersaiz sederhana.
- Tutupkan mangkuk tersebut dan biarkan ia menyejuk dalam peti ais semalaman.
- Kacau nektar jambu batu dan madu dalam mangkuk kecil sehingga ia sebati dan madu sudah larut.
- Senduk sedikit campuran santan dan biji selasih yang anda telah sediakan dan campurkan bersama nektar jambut batu dan madu.
- Hiaskan hidangan anda dengan buahan-buahan segar, kekacang atau granola.
2. Resepi Bubur Soba Bersama Biji Selasih
Penggunaan soba atau ‘buckwheat’ mungkin tidak begitu dikenali dalam masyarakat kita, jadi anda boleh menukarnya dengan ‘quinoa’. Hidangan ini sangatlah sesuai diambil sebagai sarapan pagi dan pastinya menyihatkan!
Kurang kandungan gluten, mudah dan cepat disediakan serta berkhasiat, bukankah itu sudah menarik perhatian anda untuk mencuba resepi ini? Jom sama-sama kita pelajari cara penyediaannya sekarang.
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan gandum soba (boleh digantikan dengan quinoa)
- 2 cawan santan (pilih yang rendah lemak dan bebas gluten)
- 2 sudu biji selasih
- 2 sudu madu asli
- 1 sudu serbuk buah pelaga
- 1/2 sudu serbuk vanilla
Cara penyediaan:
- Sediakan gandum soba dalam mangkuk dan rendamkan dalam air selama 2 hingga 4 jam.
- Tapis air dan bersihkannya dengan baik.
- Jika anda menyediakan lebih awal, anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk sehingga 3 hari. (Pastikan ia dibilas sekali lagi sebelum digunakan).
- Bagi penyediaan bubur, didihkan santan dan segala bahan lain dalam periuk kecil buat seketika.
- Pastikan anda menggaulkannya sentiasa agar ia tidak melekat di bawah periuk.
- Bubur anda sudah siap apabila soba sudah lembut dan mengembang serta biji selasih sudah meresap segala cecair yang ada.
- Tuangkan bubur dalam mangkuk dan hiaskannya mengikut gaya anda.
- Simpan lebihan bubur di dalam peti ais (boleh tahan sehingga 3 hari).
- Bagi memanaskannya kembali, hanya didihkan bubur seketika dan tambahkan sedikit santan sekiranya perlu.
3. Resepi Oat Bersama Avokado, Biji Selasih dan Mentega Badam
Siapa yang suka makan oat sebagai sarapan tu bolehlah cuba resepi mudah ni. Tapi, jika anda bukan penggemar oat pun masih boleh cuba tau sebab ia semestinya adalah sedap dan mengenyangkan.
Jom lihat cara penyediaannya sekarang.
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan oat

Quaker Whole Rolled Oats
RM 9.30
Memasak cepat, Beta-Q β-glukan – membantu mengurangkan kolesterol, menggalakkan kesihatan jantung, membantu kesihatan usus, 100% oat Australia, seluruh serpihan memberi lebih banyak gigitan & tekstur,
Quaker Whole Rolled Oats mengandungi serat makanan sebanyak 4 kali ganda dari epal *. Seratnya yang tidak larut merangsang pergerakan usus, membantu sistem pencernaan berjalan lancar.
- 1/2 cawan santan (rendah lemak dan tanpa gluten)
- 1 sudu biji selasih
- 1/2 avokado (dihiris)
- 1/2 sudu mentega badam
- Sedikit serbuk kayu manis
- Sedikit ‘coconut flakes’
Cara penyediaan:
- Campurkan 1/2 cawan oat yang dimasak bersama 1/2 santan dalam periuk. Biarkan ia mendidih dan kacau sehingga oat menjadi lembut.
- Tambahkan 1 sudu biji selasih dan 1 sudu mentega badam apabila oat sudah lembut.
- Pindahkan campuran tersebut dalam mangkuk dan hidangkan bersama hirisan avokado bersama ‘coconut flakes’ dan sedikit serbuk kayu manis.
SUMBER
https://food.ndtv.com/food-drinks/7-surprising-health-benefits-of-sabja-seeds-1437915
https://www.swoonfood.com/buckwheat-basil-seed-porridge-with-cardamom-vanilla
https://food52.com/recipes/76985-coconut-stovetop-oats-with-avocado-chia-and-almond-butter