Now Reading
Ketumbuhan Skrotal (Scrotal Masses) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Ketumbuhan Skrotal (Scrotal Masses) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Rich results on Google's SERP when searching for 'ketumbuhan skrotal'

Ketumbuhan Skrotal adalah benjolan yang tidak normal dalam skrotum anda. Skrotum adalah kantung kulit yang mengandungi buah zakar.

Selain itu, ketumbuhan skrotal boleh menjadikan testikel anda bengkak atau mengandungi bendalir atau tisu lain. Terdapat juga kemungkinan bahawa ketumbuhan ini boleh menjadi kanser, tetapi terdapat juga beberapa punca lain bagi ketumbuhan yang dialami dan tidak berkaitan dengan sel kanser.

Simptom Ketumbuhan Skrotal

Tanda-tanda dan simptom Ketumbuhan Skrotal  berbeza-beza bergantung kepada jenisnya. Tanda dan simptom yang mungkin berlaku termasuklah:

  • Muncul benjolan yang luar biasa.
  • Kesakitan mendadak.
  • Berasa sakit atau perasaan berat pada skrotum.
  • Sakit di sepanjang pangkal paha, perut atau bahagian bawahnya.
  • Testikel menjadi lembut, bengkak atau keras.
  • Epipidimis yang sakit, bengkak atau mengeras. Epipidemis adalah tiub lembut yang berbentuk koma di atas dan di belakang testikel yang menyimpan dan memindahkan sperma.
  • Skrotum membengkak.
  • Kemerahan pada kulit skrotum.
  • Mual atau muntah.

Sekiranya punca Ketumbuhan Skrotal berlaku kerana jangkitan, tanda-tanda dan simptom yang mungkin berlaku termasuklah:

  • Demam.
  • Kerap kencing .
  • Kehadiran nanah atau darah dalam air kencing.

Punca Ketumbuhan Skrotal

Ketumbuhan Skrotal boleh juga menjadi simptom bagi beberapa penyakit lain. Namun, kebanyakan penyakit ini tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, dalam kes yang jarang berlaku, Ketumbuhan Skrotal boleh menjadi simptom untuk penyakit yang lebih serius seperti kanser testis.

Punca-punca lain Ketumbuhan Skrotal termasuklah:

  • Cyst’: Pembengkakan yang mengandungi cecair di dalam testis.
  • Epididimitis: Jangkitan atau keradangan (bengkak) pada tiub yang menyimpan sperma.
  • Hernia (Angin Pasang): Tisu ditolak ke dalam skrotum, melalui tempat yang lemah pada dinding abdomen.
  • Varicocele’: Urat menjadi bengkak di dalam testis.

Diagnosis Ketumbuhan Skrotal

Pada peringkat awal diagnosis, doktor akan bertanya mengenai sejarah perubatan anda. Mereka juga akan melakukan beberapa ujian bagi mengenal pasti punca Ketumbuhan Skrotal. Ujian ini termasuklah:

  • Ujian darah atau air kencing: Doktor akan mengambil sampel darah atau air kencing bagi mencari sebarang jangkitan atau tanda-tanda penyakit lain seperti kanser.
  • Pengimejan: Ujian ultrabunyi pula dapat menunjukkan lokasi ketumbuhan dan membantu para doktor mengetepikan penyakit seperti hernia atau kanser.
  • Pemeriksaan fizikal: Doktor akan menyentuh skrotum dan isinya untuk mengetahui ciri-ciri ketumbuhan dalam skrotum.
  • Transiluminasi: Doktor akan mensasarkan cahaya terang dari belakang skrotum untuk melihat lokasi dan saiz ketumbuhan. Malah, doktor juga akan memeriksa jika terdapat bendalir yang telah terkumpul di dalamnya.

Faktor Risiko Ketumbuhan Skrotal

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko Ketumbuhan Skrotal adalah berbeza-beza kerana terdapat pelbagai punca bagi keabnormalan skrotal. Faktor risiko yang penting termasuklah:

Testikel ‘Undescended’ (Undescended Testicle) Atau Testikel Retractile (‘Retractile Testicle’)

Testikel ‘undescended’ adalah keadaan di mana testikel tersebut masuk ke dalam skrotum (undescended testicle), tidak turun dan masih berada pada abdomen. Ia berlaku sewaktu perkembangan janin. Manakala, testikel retractile (retractile testicle) pula turun ke dalam skrotum, tetapi berjauhan dari abdomen. Kedua-dua komplikasi ini boleh meningkatkan risiko:

  • Inguinal hernia
  • Testicular torsion
  • Kanser Testis

Abnormaliti Semasa Kelahiran

Keabnormalan buah zakar, zakar atau buah pinggang yang wujud sewaktu kelahiran (kongenital) mungkin boleh meningkatkan risiko Kanser Skrotoma dan Kanser Testis di kemudian hari.

– Sejarah Kanser Testis

Sekiranya anda mempunyai kanser dalam satu testis, anda akan mengalami peningkatan risiko bahawa kanser itu boleh menyerang testis yang lain. Memiliki bapa atau abang yang menghidap kanser testis juga boleh meningkatkan risiko anda.

Rawatan Ketumbuhan Skrotal

Jika Ketumbuhan Skrotal anda berpunca daripada jangkitan bakteria, ubat antibiotik akan menjadi sebahagian daripada rawatan anda.

Sekiranya anda dijangkiti virus, rawatan terbaik bagi anda adalah berrehat dan mengambil ubat tahan sakit.

Bergantung kepada saiz ketumbuhan, doktor mungkin akan membiarkan sahaja ketumbuhan tersebut. Anda mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan sekiranya ketumbuhan itu tidak menjadi semakin parah dan tidak menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan yang teruk. Walau bagaimanapun, sekiranya ketumbuhan anda menyebabkan ketidakselesaan, ia mungkin akan dikeluarkan.

Ia boleh dilakukan melalui pembedahan atau, mengeluarkan cairan dari dalam ketumbuhan seperti yang dilakukan dalam prosedur rawatan Angin Pasang Berair (Hydrocele).

Anda perlu berjumpa dengan pakar rawatan kanser untuk menilai sama ada anda adalah calon yang baik untuk mendapatkan rawatan. Ini adalah penting sekiranya ketumbuhan dalam skrotum anda terjadi disebabkan kanser. Faktor utama dalam menentukan sama ada rawatan kanser itu tepat untuk anda adalah melalui usia, kesihatan secara keseluruhan, serta sama ada kanser telah merebak di luar buah zakar anda.

Rawatan bagi kanser termasuklah:

  • Radical inguinal orchiectomy’. Ia melibatkan pembedahan untuk membuang testikel yang terjejas dan tiub yang menghubungkannya ke badan anda.
  • Terapi Sinaran menggunakan X-ray. Ini dilakukan untuk memusnahkan baki sel kanser yang tertinggal selepas pembedahan.
  • Kemoterapi. Rawatan ini menggunakan ubat yang kuat untuk membunuh sel kanser.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/scrotal-masses/symptoms-causes/syc-20352604

https://www.healthline.com/health/scrotal-masses

https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/21026-scrotal-masses

error: Content is protected !!