Ketumbuhan di luar serviks
Ketumbuhan di luar serviks atau ‘cervical ectropion’ berlaku apabila sel-sel yang melapisi bahagian dalam serviks anda tumbuh di bahagian luar.

Ketumbuhan di luar serviks atau ‘cervical ectropion’ berlaku apabila sel-sel yang melapisi bahagian dalam serviks anda tumbuh di bahagian luar. Sel-sel ini lebih merah dan lebih sensitif berbanding sel-sel yang biasanya terdapat di luar, justeru itu, sel-sel ini boleh menyebabkan gejala seperti pendarahan dan pembuangan bagi sesetengah wanita.

Keadaan ini kadangkala disebut sebagai ‘eversion’, ‘ectropy’ atau ‘erosion’ (hakisan). Perkara ini biasa terjadi pada wanita yang dalam lingkungan umur untuk hamil, dan biasanya tidak perlu dibimbangkan. Ini bukanlah tanda bagi masalah kesihatan yang lain, seperti kanser serviks.

Simptom Ketumbuhan di luar serviks

Ramai individu dengan masalah ketumbuhan serviks ini tidak mengalami gejala. Walau bagaimanapun, gejala utama ‘cervical ectropion’ ini adalah tompok merah yang meradang di leher serviks.

Zon transformasi muncul dengan cara ini kerana sel-sel kelenjar halus dan mudah meradang.

Gejala lain yang mungkin dialami wanita termasuk:

  • kesakitan dan pendarahan semasa atau selepas hubungan seks
  • sakit semasa atau selepas pemeriksaan serviks
  • pelepasan lendir yang ringan
  • tompokan antara tempoh haid

Gejala boleh menjadi ringan hingga teruk ketika ia muncul. Jadi, ia adalah penting untuk mengetahui bahawa ‘cervical ectropion’ bukan satu-satunya penyebab gejala ini. Sekiranya seorang wanita mula mengalaminya, mereka harus berbincang dengan doktor untuk mengetahui sebab-sebab yang lebih serius.

Punca Ketumbuhan di luar serviks

Ia tidak selalunya mustahil untuk menentukan punca ketumbuhan di luar serviks ini. Beberapa wanita bahkan dilahirkan dengannya. Ia juga boleh berlaku disebabkan tahap turun naik hormon. Justeru itu, ia dilihat sebagai perkara biasa pada wanita di usia reproduktif. Ini termasuklah golongan remaja, wanita hamil dan wanita yang menggunakan pil kawalan kelahiran atau ‘patch’ yang mengandungi estrogen.

Sekiranya anda mengalami ketumbuhan di luar serviks semasa mengambil pil perancang yang mengandung estrogen, dan gejala yang berlaku menjadi masalah, bertanyakan kepada doktor sekiranya anda perlu menukar kawalan kelahiran anda.

Seterusnya, ‘cervical ectropion’ ini jarang berlaku pada wanita selepas menopaus. Tiada perkaitan antara keadaan ini dan perkembangan kanser serviks atau kanser lain. Malah, ia juga tidak diketahui boleh menyebabkan komplikasi serius atau penyakit lain.

Diagnosis Ketumbuhan di luar serviks

Sebilangan besar individu dengan ketumbuhan di luar serviks tidak menyedari bahawa mereka memilikinya. Seorang doktor biasanya mendiagnosisnya semasa pemeriksaan pelvis rutin.

Doktor perlu mengetepikan kanser serviks jika serviks seseorang kelihatan lebih merah atau meradang daripada biasa. Mereka boleh melakukan ujian berikut:

  • Ujian pap: Ini melibatkan kikisan sampel kecil sel dari serviks untuk menguji virus papillomavirus manusia (HPV) dan perubahan sel kanser atau pra-kanser.
  • Kolposkopi: Ini adalah ketika pakar kesihatan memeriksa serviks dengan lebih dekat menggunakan pencahayaan yang terang dan alat pembesar (magnifying).
  • Biopsi: Ini adalah ketika doktor mengambil sampel tisu kecil, dan juruteknik makmal mengujinya untuk mengesan kehadiran sel kanser. Individu mungkin mengalami kekejangan semasa prosedur dibuat.

Faktor Risiko Ketumbuhan di luar serviks

Anda mungkin memang dilahirkan dengan ketumbuhan di luar serviks. Atau, anda mungkin mengembangkannya di kemudian hari yang berkemungkinan besar berlaku apabila tahap hormon anda berubah dan tahap estrogen meningkat. Ini termasuklah seperti semasa akil baligh, kehamilan atau ketika anda mengambil pil kawalan kelahiran.

Beberapa kajian mendapati bahawa wanita yang menghidap ‘STD chlamydia’ mungkin lebih cenderung mengalami masalah ini, tetapi belum ada kajian yang mencukupi untuk membuktikan perkaitan itu.

Rawatan Ketumbuhan di luar serviks

Mungkin tiada sebab untuk merawat ketumbuhan di luar serviks kecuali jika gejala yang berlaku mengganggu anda. Sebilangan besar wanita hanya mengalami sedikit masalah dan keadaan itu boleh hilang dengan sendirinya. Sekiranya anda mengalami gejala yang berterusan dan menyusahkan seperti lendir, pendarahan atau kesakitan semasa atau selepas hubungan seks, berbincang dengan doktor mengenai pilihan rawatan anda.

Rawatan utamanya adalah pembasmian kawasan, yang dapat membantu mencegah pembuangan dan pendarahan secara tidak normal. Ini dapat dicapai dengan menggunakan haba (diathermy), sejuk (cryosurgery), atau perak nitrat.

Selepas prosedur, serviks anda memerlukan masa untuk sembuh. Anda akan dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan seksual buat seketika. Malah, anda tidak boleh menggunakan tampon selama kira-kira empat minggu. Ini juga akan membantu mencegah jangkitan.

Sesiapa yang mengalami keadaan seperti berikut selepas rawatan harus kembali berjumpa dengan doktor:

  • rembesan dengan bau busuk
  • pendarahan yang lebih berat daripada tempoh haid biasa
  • pendarahan berterusan

Gejala-gejala ini mungkin menunjukkan adanya jangkitan atau keadaan lain yang lain, jadi individu tidak boleh mengabaikannya.

SUMBER

https://www.webmd.com/cancer/cervical-cancer/cervical-ectropion#1

https://www.medicalnewstoday.com/articles/320298

https://www.healthline.com/health/womens-health/cervical-ectropion#diagnosis

Summary
Ketumbuhan di luar serviks (Cervical ectropion) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko, Rawatan
Article Name
Ketumbuhan di luar serviks (Cervical ectropion) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko, Rawatan
Description
Ketumbuhan di luar serviks atau ‘cervical ectropion’ berlaku apabila sel-sel yang melapisi bahagian dalam serviks anda tumbuh di bahagian luar.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: