Mata Ketumbit
Ketumbit ialah benjolan lembut di pinggir kelopak mata anda. Ia berlaku apabila kelenjar minyak, bulu mata, atau folikel rambut mendapat jangkitan atau meradang. Anda boleh mendengar doktor anda menyebutnya kalazion atau hordeolum.

Ketumbit mata ialah benjolan lembut di bahagian tepi kelopak mata anda. Ia berlaku apabila kelenjar minyak, bulu mata atau folikel rambut mendapat jangkitan atau meradang. Doktor anda boleh memanggilnya sebagai ‘chalazion’ atau ‘hordeolum’.

 

Jenis Ketumbit

Terdapat dua kategori umum ketumbit:

– Ketumbit luaran

Ketumbit luaran muncul di sekitar bahagian luar kelopak mata. Ia boleh menjadi kuning, bernanah dan menyakitkan apabila disentuh. Ketumbit jenis ini berlaku disebabkan jangkitan yang berikut:

  • Folikel bulu mata: Lubang-lubang kecil di kulit yang tumbuh bulu mata.
  • Kelenjar sebaseus (Zeis): Kelenjar ini melekat pada folikel bulu mata dan menghasilkan sebum. Sebum membantu melincirkan bulu mata dan mencegahnya daripada kering.
  • Kelenjar apokrin (Moll): Kelenjar ini juga membantu mencegah bulu mata daripada mengering. Ia adalah kelenjar peluh yang mengalir ke dalam folikel bulu mata.

 

– Ketumbit dalaman

Pembengkakan dalam kelopak mata. Secara amnya, ketumbit dalaman lebih menyakitkan daripada ketumbit luaran. Ia biasanya berlaku disebabkan jangkitan pada kelenjar ‘meibomian’. Kelenjar-kelenjar ini bertanggungjawab menghasilkan rembesan (secretion) yang membentuk sebahagian dari filem yang meliputi mata.

Pesakit juga mungkin mengalami rasa terbakar di mata, kelopak mata berkerak, kelopak mata mengendur, kegatalan pada bola mata, rasa sensitif terhadap cahaya, air mata yang mengalir, berasa seperti sesuatu yang tersekat pada mata dan juga ketidakselesaan apabila berkedip.

 

Punca Ketumbit

Ketumbit biasanya berasal dari kelenjar minyak kelopak mata yang tersumbat atau folikel bulu yang tersumbat. Tekanan dan perubahan hormon juga boleh menyebabkan kehadiran ketumbit. Blefaritis, keadaan yang menyebabkan kelopak mata menjadi radang dan Rosacea, sejenis keadaan kulit sering dikaitkan dengan keadaan ketumbit. Kanser kulit juga boleh menyebabkan ketumbit, walaupun ia jarang berlaku.

 

Simptom Ketumbit

Pesakit akan mengalami bengkak merah yang menyakitkan pada kelopak mata. Ini boleh membuatkan mata menghasilkan air mata dan menjadi merah. Kadangkala, ianya juga boleh kelihatan seperti jerawat.

Selain itu, ianya jarang sekali mempengaruhi kedua-dua belah mata pada masa yang sama. Individu pada umumnya akan mempunyai satu pada satu mata sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan untuk mendapat lebih daripada satu ketumbit pada mata yang sama ataupun satu pada setiap mata.

Simptom ketumbit termasuk:

  • Ketulan pada kelopak mata.
  • Bengkak pada kelopak mata.
  • Kesakitan.
  • Kemerahan.
  • Kelembutan.
  • Margin kelopak mata berkerak.
  • Rasa seperti terbakar.
  • Kekenduran kelopak mata.
  • Kegatalan pada mata.
  • Penglihatan kabur.
  • Lendir daripada bahagian mata.
  • Sensitif dengan cahaya.
  • Pengeluaran air mata.
  • Ketidakselesaan apabila berkelip.
  • Berasa seperti terdapat objek di mata.

Individu harus berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan berterusan selama lebih dari 1 minggu, masalah penglihatan timbul, jika pembengkakan menjadi sangat menyakitkan, berdarah, atau merebak ke bahagian muka yang lain. Berjumpa dengan doktor juga jika kelopak mata atau mata menjadi merah.

 

Faktor Risiko Ketumbit

Berikut boleh meningkatkan risiko individu mendapat ketumbit:

  • Menggunakan kosmetik selepas tarikh penggunaannya.
  • Tidak membersihkan solekan mata sebelum tidur.
  • Tidak menyahjangkitkan kanta lekap sebelum memakainya.
  • Menukar kanta lekap tanpa membasuh tangan dengan teliti.
  • Remaja cenderung mempunyai ketumbit yang lebih biasa, tetapi sesiapa sahaja dari peringkat umur yang berbeza boleh juga boleh mendapat kutumbit.
  • Nutrisi yang tidak sihat.
  • Kekurangan tidur.

Sekiranya ada ahli keluarga yang mempunyai ketumbit, ahli keluarga yang lain tidak boleh berkongsi pakaian atau tuala muka bagi meminimumkan jangkitan silang.

Kadangkala, ianya timbul sebagai komplikasi blefaritis iaitu keradangan kelopak mata. Blefaritis sering terjadi disebabkan jangkitan bakteria, tetapi ketumbit juga kadangkala boleh menjadi komplikasi rosasea iaitu keradangan kulit yang menjejaskan kulit muka.

 

Rawatan Ketumbit

1. Rawat Simptom

  • Kebanyakan ketumbit akan hilang dengan sendiri dalam masa seminggu.
  • Tekankan kompres panas selama 5 hingga 10 minit beberapa kali sehari pada mata dan pastikan mata anda ditutup. Gunakan kain lap atau tuala bersih yang direndam dalam air suam.

2. Melindungi Terhadap Jangkitan

  • Pastikan kawasan tersebut bersih dan elakkan daripada menyentuh atau menggosok mata.
  • Jangan picit ketumbit.
  • Jangan gunakan alat solek mata atau memakai kanta lekap.

 

3. Rawatan Susulan

Dalam kebanyakan kes, ketumbit tidak memerlukan rawatan perubatan. Namun, berjumpa dengan pakar perubatan anda jika:

  • Ia tidak sembuh dalam masa seminggu atau 10 hari.
  • Ianya menjadi lebih menyakitkan atau membengkak selepas beberapa hari menerima rawatan di rumah.
  • Individu demam atau menggigil.
  • Individu mengalami masalah penglihatan.
  • Individu mempunyai keadaan yang berulang.
  • Kelopak mata merah atau bengkak.
  • Kemerahan tersebar ke bahagian sekitar mata atau pipi.
  • Individu mempunyai sistem imun tidak normal (contohnya, individu dengan diabetes   atau   HIV, pesakit yang menerima rawatan untuk kanser, penerima pemindahan organ).

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/220551

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sty/symptoms-causes/syc-20378017

https://www.webmd.com/eye-health/get-rid-of-stye

https://www.healthline.com/health/eye-health/what-causes-a-stye

Summary
Ketumbit (Stye) - Jenis, Punca, Simptom, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Ketumbit (Stye) - Jenis, Punca, Simptom, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Ketumbit ialah benjolan lembut di pinggir kelopak mata anda. Ia berlaku apabila kelenjar minyak, bulu mata, atau folikel rambut mendapat jangkitan atau meradang. Anda boleh mendengar doktor anda menyebutnya kalazion atau hordeolum.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: