80 peratus kes Covid-19 Malaysia tanpa gejala atau mempunyai tanda jangkitan yang ringan
Kebanyakan kes COVID-19 di negara ini dikatakan bersifat asimptomatik dan hanya mengalami gejala ringan sahaja.

Ketua Pengarah KKM mengatakan kebanyakan kes COVID-19 tanpa gelaja di Malaysia adalah bersifat asimptomatik atau mengalami gejala ringan sahaja. Sekitar 80 peratus daripada pesakit penyakit COVID-19 sama ada tidak mengalami sebarang gejala atau hanya mengalami jangkitan yang ringan, kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata sedemikian semasa sidang akhbar COVID-19 hariannya bahawa kes-kes selebihnya adalah jenis sederhana atau kritikal yang memerlukan perhatian perubatan dengan segera.

Menurut pihak KKM, sekitar 80 peratus adalah kes COVID-19 tanpa gejala atau gejala ringan,   20 peratus lagi memerlukan lebih banyak perhatian kerana mereka sama ada dalam kes yang sederhana atau kes kritikal iaitu dalam sekitar 5 hingga 10 peratus, “kata Dr Noor Hisham.

Kes positif COVID-19 Malaysia secara kumulatif telah mencecah 3,116 hari ini, dengan 767 kes individu sudah sembuh dan dibenarkan untuk memberikan negara kadar pemulihan sebanyak 24.6 peratus.

Di samping itu, terdapat 50 kes kematian setakat ini, iaitu sekitar 1.6 hingga 1.7 peratus daripada jumlah kes aktif di negara ini. Kadar kematian tersebut adalah lebih rendah berbanding kes kematian purata global, iaitu sekitar 4.6 hingga 4.7 peratus.

Dr Noor Hisham berkata Malaysia telah melaksanakan proses pemeriksaan yang jauh lebih ketat berbanding apa yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tempoh awal semasa pandemik ini berlaku.

Tempoh inkubasi biasanya dijalankan dalam masa dua minggu. Terdapat juga kes di mana individu tidak menunjukkan apa-apa gejala tetapi mereka diuji positif. Inilah kes pertama, kedua, ketiga dan keempat yang dihadapi oleh KKM sebelum ini.

Menurutnya lagi, keempat-empat kes tersebut adalah kes COVID-19 tanpa gejala. Mereka masih perlu melakukan saringan walaupun tidak menunjukkan apa-apa gejala tetapi WHO mengesyorkan bahawa hanya mereka yang mempunyai gejala sahaja perlu diuji.

Namun, KKM mengambil pendekatan yang lebih drastik kerana bagi mereka, jika seseorang itu mempunyai hubungan rapat dengan pesakit yang telah dijangkiti, mereka perlu diuji dengan segera serta dikuarantikan sehingga keputusan ujian mereka membuktikan keputusan sebaliknya.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://selangorkini.my/2020/03/covid-19-kkm-pertimbang-guna-favipiravir-rawat-pesakit/

SUMBER

https://www.malaysiakini.com/news/525762

https://thesmartlocal.com/malaysia/asymptomatic-cases/

Summary
Ketua Pengarah Kesihatan: 80 peratus kes Covid-19 Malaysia tanpa gejala atau mempunyai tanda jangkitan yang ringan
Article Name
Ketua Pengarah Kesihatan: 80 peratus kes Covid-19 Malaysia tanpa gejala atau mempunyai tanda jangkitan yang ringan
Description
Ketua Pengarah KKM mengatakan kebanyakan kes COVID-19 di Malaysia adalah bersifat asimptomatik atau mengalami gejala ringan sahaja.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: