ketidakhadaman
Masalah ketidakhadaman selalunya merupakan punca bagi masalah seperti penyakit refluks gastroesofagus (GERD), ulser atau penyakit pundi hempedu dan bukannya satu masalah kesihatan secara sendirinya.

Pengenalan

Masalah ketidakhadaman selalunya merupakan punca bagi masalah seperti penyakit refluks gastroesofagus (GERD), ulser atau penyakit pundi hempedu dan bukannya satu  masalah kesihatan secara sendirinya.

Penerangan

Tanda-tanda dan simptom ketidakhadaman yang biasa termasuklah:

  • Sakit perut
  • Rasa pedih ulu hati atau pencernaan asid (asid refluks)
  • Kembung (perasaan penuh)
  • Gas berlebihan (kembung)
  • Mual yang melibatkan muntah atau tanpa muntah
  • Rasa berasid di dalam mulut
  • Ketidakselesaan perut yang mengganggu, merengsa atau tidak selesa
  • Sembelit atau cirit-birit
  • Selera makan berkurangan

Rujuk pakar kesihatan jika terdapat perubahan dalam gejala anda, atau gejala pencernaan yang berterusan atau bertambah buruk atau jika simptom disertai oleh penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, mempunyai darah dalam najis, mengalami kesukaran menelan atau ketidakupayaan makan kerana selera makan yang berkurang.

Penyebab yang berkemungkinan

Sesetengah masalah boleh berlaku kerana makan secara berlebihan atau makan terlalu cepat. Makanan pedas, berminyak dan berlemak juga meningkatkan risiko masalah ketidakhadaman. Di samping itu, berbaring terlalu lama selepas makan juga boleh menjadikannya lebih sukar untuk mencerna makanan. Ini meningkatkan risiko anda untuk mengalami ketidakselesaan perut.

Sebab-sebab biasa yang boleh menyebabkan ketidakhadaman termasuklah:

  • Merokok
  • Minum terlalu banyak alkohol
  • Kesan sampingan ubat

Ubat antiradang tanpa steroid seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen adalah ubat-ubatan kelas satu yang boleh memberi kesan sampingan tertentu.

Tabiat makan dan pilihan gaya hidup juga boleh menyebabkan masalah tersebut. Gejala gangguan pencernaan boleh disebabkan oleh:

  • Penyakit refluks asid (GERD)
  • Kanser perut
  • Keabnormalan saluran pankreas atau hempedu
  • Ulser peptik

Ulser peptik adalah luka di lapisan perut, esofagus atau duodenum yang terjadi kerana H. pyloribacteria.

Kadangkala, punca tidak diketahui yang menyebabkan masalah pencernaan disebut sebagai dispepsia fungsional. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh pergerakan otot tidak normal, seperti tindakan memerah di kawasan di mana otot perut mencerna dan memindahkan makanan ke dalam usus kecil.

Bila perlu menghubungi doktor

Masalah pencernaan biasanya tidak menjadi kebimbangan. Namun, rujuk doktor anda jika ketidakselesaan ini berterusan selama lebih dari dua minggu. Hubungi doktor anda sekiranya kesakitan menjadi teruk atau disertakan dengan:

  • Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan atau kehilangan selera makan.
  • Muntah berulang kali atau muntah berdarah.
  • Najis yang berwarna hitam dan keras.
  • Masalah untuk menelan yang bertambah buruk.
  • Keletihan atau kelemahan yang mungkin menjadi petanda anemia.

Dapatkan rawatan perubatan segera jika anda mempunyai:

  • Nafas pendek, berpeluh atau sakit dada yang merebak ke rahang, leher atau lengan.
  • Kesakitan di dada seperti ditekan.

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Doktor mungkin akan bermula dengan bertanyakan soalan mengenai sejarah perubatan dan tabiat makan anda. Anda juga perlu menjalani pemeriksaan fizikal dan ujian sinar-X di perut untuk mengetahui jika ada keabnormalan dalam saluran pencernaan anda.

Mereka juga boleh mengambil sampel darah, nafas dan najis untuk memeriksa kehadiran sejenis bakteria yang boleh menyebabkan ulser peptik.

Selain itu, doktor anda juga meminta anda melakukan pemeriksaan endoskopik yang memeriksa saluran penghadaman bahagian atas untuk melihat jika adanya keabnormalan.

Semasa endoskopi, doktor akan melepaskan tiub kecil dengan alat kamera dan biopsi melalui kerongkong ke dalam perut anda. Mereka kemudian boleh memeriksa lapisan saluran pencernaan untuk mengenalpasti penyakit dan mengumpul sampel tisu. Anda mungkin akan berasa sedikit tidak selesa dalam prosedur ini.

Endoskopi gastrousus (GI) boleh mendiagnosis perkara berikut:

  • Refluks esofagitis
  • Ulser
  • Penyakit keradangan
  • Kanser jangkitan

Rawatan

Perubahan gaya hidup boleh membantu mengurangkan masalah ketidakhadaman. Doktor boleh mencadangkan anda untuk:

  • Menghindari makanan yang mencetuskan ketidakhadaman.
  • Makan lima atau enam hidangan kecil sehari berbanding tiga hidangan besar.
  • Mengurangkan atau menghentikan pengambilan alkohol dan kafein.
  • Mengelakkan ubat sakit tertentu, seperti aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin IB, lain-lain) dan natroxen natrium (Aleve).
  • Mencari alternatif lain untuk ubat-ubatan yang mencetuskan ketidakhadaman.
  • Mengawal tekanan dan kebimbangan.

Jika masalah pencernaan anda masih berterusan, pengambilan ubat-ubatan boleh membantu. Antasid tanpa preskripsi umumnya menjadi pilihan pertama bagi keadah ini. Pilihan lain termasuklah:

  • Perencat pam proton (PPI), yang boleh mengurangkan asid perut. Ia mungkin disyorkan jika anda mengalami pedih ulu hati bersama simptom senak.
  • H-2-reseptor antagonis (H2RAs), yang juga boleh mengurangkan asid perut.
  • Prokinetik, yang boleh membantu mengosongkan perut dengan perlahan-lahan.
  • Antibiotik, boleh diambil jika bakteria H. pylori merupakan punca yang menyebabkan ketidakhadaman anda.
  • Antidepresan atau ubat-ubatan anti-kecemasan, bagi mengurangkan ketidakselesaan akibat ketidakhadaman dengan cara mengurangkan rasa sakit anda.

RUJUKAN

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/indigestion/diagnosis-treatment/drc-20352215

https://www.webmd.com/heartburn-gerd/indigestion-overview#1

https://www.emedicinehealth.com/indigestion/article_em.htm#what_are_the_signs_and_symptoms_of_indigestion

https://www.healthline.com/health/indigestion# diagnosis

Summary
Ketidakhadaman (Indigestion)
Article Name
Ketidakhadaman (Indigestion)
Description
Masalah ketidakhadaman selalunya merupakan punca bagi masalah seperti penyakit refluks gastroesofagus (GERD), ulser atau penyakit pundi hempedu.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: