Now Reading
Ketenangan Di Enderong Resort

Ketenangan Di Enderong Resort Percutian di Enderong Resort

ENDERONG RESORT

Barangkali ada diantara kita yang tidak pernah mendengar tentang Enderong Resort. Akan tetapi, tahukah anda bahawa Enderong Resort merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang hanya sejauh 50 kilometer daripada Kuala Lumpur? Tidak perlu pergi jauh untuk retreat, dengan memandu kereta selama 45 minit anda boleh ‘lari’ daripada keserabutan kota dan menikmati ketenangan setanding di Fraser Hill mahupun Cameron Highland.

                Dinamakan sempena Sungei Enderong, Enderong Resort terletak di Tanarimba dengan paras ketinggian mencapai 2000 kaki dari aras laut. Untuk makluman pembaca, Tanarimba merupakan sebuah kawasan projek hijau di Janda Baik, Pahang, Malaysia. Jadi, tidak hairanlah kawasan ini merekodkan suhu sejuk antara 21 – 28 darjah celcius dan sangat sesuai untuk mereka yang inginkan percutian dingin di Semenanjung Malaysia.[1]

                Enderong Resort merangkumi Rumah Enderong (Enderong House), Bilik Annex, Bilik Annex Plus, The Cottage and Dewan Annex. Bagi yang berminat untuk menempah percutian di sini, Enderong Resort menawarkan beberapa pilihan bilik, antara :

Enderong House

Enderong Resort

Enderong House merupakan sebuah rumah kayu tiga tingkat yang direka dengan menonjolkan tingkap kaca yang besar dan siling yang tinggi. Ciri unik ini adalah untuk membolehkan ruang penginapan ‘menangkap’ udara sejuk dari pergunungan disamping memberi panorama hutan hujan yang indah kepada pengunjung. Enderong House yang dibina daripada kayu pokok Pine dan batu-batuan di sekitarnya, terdiri daripada 8 bilik besar yang boleh memuatkan tetamu sehingga 26 orang.

The Cottage

No photo description available.

Mengambil konsep rumah tradisional Melayu, The Cottage sesuai bagi mereka yang ingin datang di dalam kumpulan yang kecil. Ruang penginapan ini menawarkan 4 bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, dapur dan laman belakang yang sesuai dijadikan tempat BBQ.

Annexe Rooms

Enderong Resort - Hipshut - A portfolio of hand-picked chic and hip hotels  in some of the world's stunning locations

Bagi pengunjung yang datang bersendirian atau berdua, Annexe Room adalah pilihan yang tepat. Ianya dilengkapi dengan satu bilik air dan didatangkan dengan ruang balkoni persendirian yang menhadap Lembah Enderong. Anda boleh memilih katil samada katil single atau twin sharing.

Annexe Plus Rooms

Pahang Malaysia Annexe Nature Retreat Package (Enderong Resort) |  Packist.com

Sedikit besar berbanding Annexe Rooms, Annexe Plus Rooms menyediakan 4 katil di dalam satu bilik dan mempunyai balkoni persendirian yang menghadap Lembah Enderong. Pengunjung boleh memilih samada mahu 1 katil bersaiz king dan 2 katil single atau 4 katil single dalam satu bilik.

Dengan kata lain, Enderong House dan The Cottage di tempah mengikut unit (iaitu penginapan yang mempunyai bilik-bilik di dalamnya) manakala Annexe Rooms dan Annexe Plus Rooms ditempah sebagai bilik peribadi (seperti bilik hotel).

Selain daripada itu Kafe Enderong yang berada di dalam resort tersebut tampil dengan kelainan yang unik berbanding resort-resort lain yang mana menu yang disajikan terdiri daripada masakan tempatan, masakan barat dengan sedikit sentuhan gaya masakan Jepun dan Itali yang disediakan oleh Chef yang berkelayakan. Keindahan alam sekitar di Enderong Resort dan makanan yang lazat, “what else could have we’asked for more?”.

Selain daripada tempat penginapan dan kafe, Enderong Resort juga menyediakan servis penyediaan tempat bagi sebarang acara dan majlis. Antara acara atau keraian yang popular di resort ini adalah :

  1. Majlis Perkahwinan
  2. Hari Keluarga
  3. Company Retreat
  4. Bengkel kesihatan
  5. Retreat kerohanian
  6. Bengkel dan seminar ilmu
  7. Acara Kesenian

Dewan Annexe, yang terletak di bahagian atas Bilik Annexe, merupakan dewan serbaguna yang mempunyai beranda yang luas. Tiga sisi dewan ditutupi oleh panel kaca bagi membolehkan cahaya masuk ke dalam dan pengunjung boleh menikmati pemandangan cantik di sekitar Enderong Resort melalui dari dalam dewan itu sendiri.

Dewan Annexe ini boleh memuatkan 40 orang bagi acara seminar dan keluasan 140 orang untuk ruang makan bagi acara majlis perkahwinan. Selain daripada itu, dewan ini juga telah tersedia skrin projector dan kelengkapan untuk alatan audio dan visual. Terdapat juga ruang dapur, tandas lelaki dan tandas wanita yang berasingan serta bilik peribadi bagi tujuan perbincangan.

Enderong Resort, selain menjadi destinasi ‘melarikan’ diri dari keserabutan kota, ianya turut menyediakan kawasan bagi para pengunjung melakukan aktiviti-aktiviti seperti berenang di kolam renang Enderong Resort, bersantai di tepi tasik kecil, nature walk sambil menikmati keindahan flora dan fauna, jungle trekking, memanah, dan bird watching.

Kebanyakan aktiviti di sini boleh dilakukan secara santai dan kendiri walau bagaimanapun, bagi aktiviti jungle trekking dan memanah, anda hendaklah membuat tempahan terlebih dahulu.

Jungle Trekking

Harga          : RM40 seorang (sekurang-kurangnya 10 orang)

Tempoh       : 2 jam

Jenis laluan  : Mudah ke sederhana

Sesi              : Pagi (9.30 – 11.30)               Petang (2.00 – 4.00)

Had              : Setiap sesi 20 orang

See Also
tempat menarik di cherating

Memanah

Harga          : RM200 untuk 6 orang (RM34 akan dikenakan pada setiap tambahan orang)

Tempoh       : 2 jam

Jenis laluan  : Mudah ke sederhana

Sesi              : Pagi (9.30 – 11.30)               Petang (2.00 – 4.00)

Had              : Setiap sesi 20 orang

Ternyata, Enderong Resort bukanlah sebarang resort kerana selain faktor lokasi, kecantikan,  keunikan dan kekuatan rekabentuk dan seni binanya pasti memberi kepuasan kepada pengunjung. Sekiranya anda berminat untuk bercuti di sini, penting untuk menempah terlebih dahulu kerana Enderong Resort terletak di dalam kawasan kediaman persendirian di Tanarimba. Oleh itu, setiap kenderaan yang keluar masuk perlu melalui pos pengawal. Hanya kenderaan yang mendapat kebenaran sahaja yang dibenarkan masuk ke Tanarimba.[3] Ini bermakna tiada tempahan boleh dibuat secara walk-in. Jom cuti-cuti Malaysia!


https://enderongresort.wixsite.com/enderongresort

https://www.youtube.com/watch?v=QS2PMQgKq0M

https://hipshut.com/hipspot/enderong-resort/ 

error: Content is protected !!