Now Reading
PKS: Mari Ketahui Definisi dan Program Yang Disediakan

PKS: Mari Ketahui Definisi dan Program Yang Disediakan

pks

Anda sedang mencari tahu mengenai PKS? Anda sedang berada di tempat yang betul!

Di sini kami kongsikan sedikit mengenai definisi, program yang disediakan untuk PKS serta mengenai pelaksanaan status PKS. Jadi teruskan membaca ya!

Defini PKS

Sejak tahun 2005, terdapat banyak perkembangan dalam sektor ekonomi seperti perubahan trend dan struktur dalam perniagaan serta inflasi harga. Oleh itu, dalam Mesyuarat NSDC ke-14, definisi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah disahkan pada bulan Julai 2013 seperti yang berikut.

  • Pembuatan: Jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta ATAU pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.
  • Perkhidmatan dan sektor lain: Jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta ATAU pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang

Jika sesuatu perniagaan itu memenuhi salah satu kriteria yang telah dinyatakan, maka ia boleh ditakrifkan sebagai PKS.

Program Pembangunan PKS

Terdapat banyak program pembangunan yang dijalankan untuk PKS. Ia bertujuan untuk membangun PKS dan mencapai agenda Malaysia untuk menjadi negara yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Salah satu program tersebut ialah Program Berimpak Tinggi. Mari kita ketahui 3 daripada projek di bawah program ini.

1.         Integrasi Pendaftaran dan Pelesenan Perniagaan

Program ini dijalankan dengan kerjasama antara SME Corp, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Kerajaan Negeri serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sebagai peneraju.

Program ini bertujuan untuk merangsang lebih banyak perniagaan baharu ditubuhkan di samping menambahkan pemformalan perniagaan melalui penyediaan satu platform informasi untuk pendaftaran serta pelesenan perusahaan.

Tiga objektif program ini adalah membangunkan platform pendaftaran serta pelesenan perniagaan, mengintegrasikan pendaftaran serta pelesenan perniagaan dan akhir sekali melaksanakan program di Sabah Sarawak.

2.         Platform Pengkomersialan Teknologi (TCP)

Program yang dilancarkan pada pada Mei 2014 ini telah dijalankan oleh sebuah anak syarikat milik penuh Agensi Inovasi Malaysia (AIM) iaitu PlaTCOM Ventures Sdn Bhd. Ia bertujuan untuk menyokong inovasi PKS dengan cara memudahkan urusan mengkomersialkan yang bermula dari membentuk idea hinggalah sesuatu produk atau perkhidmatan itu digunakan.

Program ini menyediakan sehingga maksimum RM1.2 juta bantuan kewangan berbentuk geran dengan had sehingga RM 600k bagi setiap komponen yang terdiri daripada membuktikan konsep dan membangunkan prototaip, sokongan untuk pelesenan, rundingan melalui bantuan teknikal, ujian dan pengesahan, sokongan pengawalselian semasa perolehan pensijilan, menyediakan penyelidikan pasaran bagi sektor spesifik, menghasilkan produk serta perkhidmatan inkubasi. Bantuan kewangan ini adalah dengan dasar bayaran balik hingga 20% dari pendahuluan.

3.         Program SMEs Go Global

Program ini sebelumnya dikenal sebagai program Going Export (GoEx) dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sebagai penerajunya. Tetapi pada Januari 2020 ia mula diterajui oleh SME Corp. Malaysia dan melalui penjenamaan semula.

Objektif program ini ialah untuk membawa PKS domestik terutamanya yang cepat berkembang ke peringkat antarabangsa. Peserta program ini adalah syarikat-syarikat pengeksport sedia ada. Untuk menyokong syarikat-syarikat ini, mereka diberikan geran bantuan kewangan.

See Also
bank rakyat

Pelaksanaan Status PKS

Pengesahan PKS adalah penting untuk mengesahkan bahawa sesuatu syarikat yang menepati definisi PKS itu serius dalam mendapatkan bantuan sebagai PKS daripada kerajaan. Pendaftaran PKS ini boleh dilakukan secara dalam talian dengan melayari smereg.smecorp. gov.my.

Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran status PKS

  • Pendaftaran Perniagaan — Borang Pendaftaran Perniagaan SSM terkini seperti Super form / Borang 9, 24 dan 49 dan M&A, Borang D, Profesion dan Pelesenan Perdagangan, Ordinan Perniagaan (hanya relevan untuk Sabah dan Sarawak), Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956;
  • Jualan dan Hasil — Salinan terkini akaun dan penyata kewangan yang diaudit untuk tahun 2018 atau 2019 (untuk Sdn Bhd sahaja) dan Akaun Pengurusan 2019, Penyata Untung dan Rugi (untuk perusahaan, perkongsian liabiliti terhad, profesional dan yang didaftarkan di bawah Ordinan);
  • Pekerja Sepenuh Masa — Penyata caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini; dan
  • Ekuiti dan Pemegang Saham — Super form / Borang 24 dan 49, pulangan tahunan, Pendaftaran Ahli (untuk Sdn Bhd sahaja), dan profil syarikat perkongsian liabiliti terhad, maklumat mengenai pemilik perniagaan dan lesen perniagaan terkini, pengesahan pendaftaran perniagaan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (Kuching) dan cabutan nama perniagaan pendaftaran dari Pejabat Daerah

Penutup

Demikianlah sahaja perkongsian mengenai PKS. Harap perkongsian ini dapat membantu anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai PKS.

Sumber:

https://smecorp.gov.my/images/pdf/2021/LTPKS/BM/Laporan%20Utama/2.%20Tinjauan%20PKS%202019_20%20-%20Bab%201.pdf

Definisi Rasmi PKS

Definisi Rasmi PKS

error: Content is protected !!