ketagihan nikotin
Ketagihan nikotin adalah sesuatu yang sangat nyata. Disebabkan itulah, ramai perokok harus mencuba banyak kali sebelum mereka akhirnya berhenti demi kebaikan.

Pengenalan

Ketagihan nikotin adalah sesuatu yang sangat nyata. Disebabkan itulah, ramai perokok harus mencuba banyak kali sebelum mereka akhirnya berhenti demi kebaikan.

Jutaan orang mengetahui berdasarkan pengalaman peribadi bahawa merokok adalah tabiat yang sukar untuk dibuang. Puncanya adalah kerana penggunaan nikotin adalah suatu ketagihan. Walaupun keadaan “mabuk” nikotin tidak begitu dramatik seperti mabuk kerana pengambilan kokain atau heroin, namun ketagihannya sama seperti ubat-ubatan haram itu.

Nikotin boleh memberi kesan kepada semua bahagian tubuh anda, dari jantung dan saluran darah ke hormon, metabolisme, serta otak anda. Apabila anda tidak memilikinya lagi, anda akan melalui fasa berhenti. Anda secara fizikalnya akan menginginkan nikotin dan menjadi terganggu jika tidak boleh memilikinya.

Ketagihan nikotin biasanya berlaku hanya dalam sebulan atau lebih kurang tempoh itu, tetapi anda boleh melawan pertempuran mental terhadap rokok untuk masa yang lama.

Penerangan

Gejala-gejala ketagihan nikotin boleh bermula dalam masa 30 minit selepas penggunaan terakhir tembakau dan bergantung kepada tahap ketagihan anda. Faktor seperti berapa lama anda menggunakan tembakau dan berapa banyak tembakau yang digunakan setiap hari akan memberi kesan kepada betapa parahnya gejala anda itu.

Simptom ketagihan nikotin bagi perokok termasuklah:

  • Keinginan kuat terhadap nikotin.
  • Rasa kebas di tangan dan kaki.
  • Berpeluh.
  • Loya dan kekejangan abdomen.
  • Sembelit dan rasa berangin.
  • Sakit kepala.
  • Batuk.
  • Sakit tekak.
  • Insomnia.
  • Kesukaran menumpukan perhatian.
  • Kebimbangan.
  • Kerengsaan.
  • Kemurungan.
  • Penambahan berat badan.

Gejala ketagihan nikotin bagi individu meggunakan tembakau kunyah adalah agak sama. Ia termasuklah:

  • Emosi yang tertekan.
  • Masalah tidur.
  • Kesukaran menumpukan perhatian.
  • Berasa gelisah dan bergelora.
  • Kerengsaan.
  • Peningkatan rasa lapar atau penambahan berat badan.
  • Kadar jantung lebih perlahan.

Selain itu, gejala ketagihan nikotin biasanya meningkat dalam masa dua hingga tiga hari.

Keinginan anda ini terjadi disebabkan reseptor nikotin di otak. Reseptor ini meningkat sebagai tindak balas terhadap penggunaan nikotin anda sebelum ini. Ia akan membuatkan anda mahu terus merokok. Mengabaikan reseptor tersebut boleh menyebabkan gejala ketagihan.

Walau bagaimanapun, apabila anda mengabaikannya, gejala-gejala ini akan mula hilang. Gejala ketagihan nikotin sering hilang dalam masa dua hingga empat minggu. Sesetengah orang mungkin mengalaminya selama beberapa bulan.

Punca yang berkemungkinan

Nikotin adalah satu bahan yang sangat berkuasa walaupun anda hanya mula merokok buat beberapa minggu, namun anda masih akan melalui fasa ketagihan nikotin juga apabila anda berhenti.

Memandangkan ketagihan nikotin melibatkan simptom fizikal, mental dan emosi, 3 hingga 5 hari pertama adalah hari yang paling sengsara. Badan anda akan menunjukkan banyak gejala yang mungkin tidak menyelesakan langsung. Ini berlaku kerana kadar nikotin dalam badan sudah semakin berkurangan, disebabkan itulah anda mengalami simptom seperti sakit kepala, keinginan dan insomnia.

Rawatan

Menghentikan pengambilan nikotin boleh menjadi sukar kerana ketagihan melibatkan fizikal dan psikologi. Ramai orang mendapat manfaat daripada pelbagai jenis sokongan semasa melalui tempoh ketagihan nikotin.

Rawatan untuk ketagihan nikotin termasuklah:

– Terapi penggantian nikotin

Terapi penggantian nikotin (NRT) adalah di mana seseorang berhenti menggunakan tembakau dan menggunakan salah satu bahan berikut yang mengandungi sejumlah kecil nikotin sebagai gantinya:

  • Gula-gula getah
  • Tampalan kulit
  • Penyedut
  • Tablet
  • Semburan hidung atau mulut

Tiada kajian menunjukkan bahawa satu kaedah adalah lebih berkesan daripada yang lain. Menggabungkan pelbagai jenis NRT boleh mempunyai kesan yang lebih kuat berbanding satu kaedah sahaja.

Kajian mendapati bahawa terapi penggantian nikotin boleh meningkatkan peluang berhenti sebanyak 50 hingga 60 peratus. Pada ketika ini, individu secara beransur-ansur boleh mengurangkan dos nikotin sehingga tiada rawatan lanjut diperlukan.

Kaedah ini adalah rawatan biasa dan berjaya untuk mengatasi masalah ketagihan nikotin. Walau bagaimanapun, ramai yang masih mengalami gejala ketagihan tertentu, yang mungkin lebih serius pada sesetengah individu.

Walaupun terdapatnya kemungkinan berlakunya kesan sampingan bagi rawatan ini, gejala ketagihan nikotin tanpa terapi ini selalunya adalah lebih teruk. Kesan sampingan NRT mungkin termasuk:

  • Loya
  • Pening
  • Insomnia
  • Sakit kepala
  • Ketidakselesaan perut

– Ubat-ubatan

Beberapa jenis ubat dapat membantu merawat keadaan ketagihan nikotin, seperti:

  • Varenicline: Di bawah jenama Chantix, ubat ini dapat mengurangkan keinginan dan menghalang kesan nikmat merokok.
  • Bupropion: Ubat ini dijual sebagai Zyban, dan ia juga digunakan sebagai antidepresan. Baru-baru ini, ia telah digunakan untuk membantu mengurangkan selera makan.

– Rokok elektronik

Rokok elektronik atau e-rokok mengandungi nikotin, dan digunakan sebagai wap tetapi tidak mengandungi bahan berbahaya yang sama seperti kebanyakan produk tembakau lain. E-rokok boleh digunakan berbanding produk tembakau tradisional.

Tetapi, risiko kesihatan disebabkan penggunaan e-rokok masih belum diketahui. Ia mungkin kurang berbahaya berbanding merokok rokok tembakau, tetapi buat masa ini, masih tiada kajian yang mencukupi untuk mengesahkannya.

  • Kaunseling

Kaunseling boleh membantu sesetengah orang mengatasi aspek psikologi dan fizikal bagi masalah ketagihan nikotin. Ia boleh menjadi tambahan rawatan yang berharga bersama terapi penggantian nikotin. Kaunseling boleh membantu orang mengenal pasti dan menangani pencetus yang menghalang mereka untuk berhenti.

Sumber:

https://www.webmd.com/smoking-cessation/understanding-nicotine-withdrawal-symptoms

https://www.healthline.com/health/smoking/nicotine-withdrawal

https://www.medicalnewstoday.com/articles/323012

https://www.verywellmind.com/common-signs-of-nicotine-withdrawal-2824763

Summary
Ketagihan nikotin (Nicotine withdrawal)
Article Name
Ketagihan nikotin (Nicotine withdrawal)
Description
Ketagihan nikotin adalah sesuatu yang sangat nyata. Disebabkan itulah, ramai perokok harus mencuba banyak kali sebelum mereka akhirnya berhenti demi kebaikan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: