ketagihan arak
Salah satu tanda yang paling jelas tentang kebergantungan alkohol adalah mengalami simptom pengeluaran alkohol (alcohol withdrawal symptom).

Pengenalan

Simptom ketagihan arak adalah satu tanda yang paling jelas tentang kebergantungan pada arak. Simptom ketagihan minum arak adalah perubahan dalam badan yang berlaku selepas seseorang ketagihan arak dalam jangka masa yang lama, secara tiba-tiba berhenti meminum arak. Lama kelamaan, badan dan otaknya bergantung pada kekerapan dan pola minum arak.

Apabila anda ketagihan minum arak secara tiba-tiba, badan anda berasa serba kekurangan dengan kesan arak dan keadaan ini memerlukan masa untuk anda menyesuaikan diri dengan ketiadaan arak.

Malah, tempoh penyesuaian ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyakitkan terhadap diri anda, seperti gegaran, insomnia, loya, dan keresahan.

Selain kesan sampingan ketagihan arak juga boleh mencetuskan komplikasi kesihatan yang mengancam nyawa. Sama ada anda telah minum selama beberapa minggu, bulan, atau tahun, anda berisiko mengalami simptom ketagihan arak. Penjagaan profesional melalui kemudahan rehabilitasi arak yang khusus adalah sangat disyorkan kepada mereka yang cuba untuk ketagihan arak. Ini kerana simptom ketagihan arak boleh menjadi sangat berbahaya kepada diri anda.

Penerangan

Tanda-tanda dan simptom ketagihan arak mungkin terjadi antara enam jam hingga ke beberapa hari selepas minuman arak terakhir anda. Kebiasaannya, ia termasuklah sekurang-kurangnya dua daripada simptom yang berikut:

  • Gegaran
  • Resah
  • Loya
  • Muntah
  • Sakit kepala
  • Peningkatan kadar degupan jantung
  • Berpeluh
  • Cepat marah
  • Kekeliruan
  • Insomnia
  • Mimpi buruk
  • Tekanan darah tinggi

Simptom mungkin menjadi lebih teruk selepas dua hingga tiga hari, dan beberapa simptom ringan mungkin berlangsung selama beberapa minggu bagi sesetengah individu. Ianya mungkin berlaku dengan lebih ketara apabila anda bangun tidur dalam keadaan kekurangan arak dalam darah anda.

Jenis simptom ketagihan arak yang paling teruk dikenali sebagai Delirium Tremen  (DT). Tanda dan simptomnya termasuklah:

  • Kekeliruan melampau
  • Mudah marah
  • Demam
  • Kejang
  • Berhalusinasi berkaitan dengan sentuhan, seperti rasa gatal, terbakar, atau kebas yang sebenarnya tidak berlaku
  • Halusinasi auditori, atau mendengar bunyi yang tidak wujud
  • Halusinasi visual, atau melihat imej yang tidak wujud

Sekiranya anda mempunyai simptom ketagihan arak yang teruk, ia adalah satu kecemasan perubatan. Hubungi bantuan kecemasan atau pergi ke pusat kecemasan segera. Simptom seperti demam, halusinasi, dan gangguan jantung adalah sebab utama untuk mendapatkan bantuan dengan kadar segera.

Penyebab yang berkemungkinan

Arak menjejaskan pelbagai fungsi badan yang mengakibatkan ketagihan arak apabila seseorang cuba untuk berhenti meminum arak. Pengambilan arak secara berlebihan boleh menjejaskan sistem saraf anda. Ini kerana arak mempunyai kesan sedatif terhadap otak di mana ia menahan neurotransmitter tertentu justeru menyebabkan seseorang berasa lega selepas meminumnya. Hal inilah yang menyebabkan apabila seseorang minum arak, mereka mengalami perasaan gembira, lebih suka bergaul dan santai buat sementara waktu.

Bagi seorang individu yang minum arak dalam kuantiti yang banyak dalam jangka masa yang lama, beliau akan menjadi bergantung pada bahan tersebut. Apabila badan telah bergantung pada arak, ia memerlukan lebih arak untuk menghasilkan kesan yang sama. Sebaliknya, jika beliau berhenti mengambil arak secara drastik, neurotransmitter dalam otaknya tidak lagi direncat oleh arak dan otak akan bercelaru untuk menyesuaikan badan dengan keadaan ketidakstabilan kimia, justeru itu menyebabkan kesan sampingan seperti ketagihan arak yang berbeza dari kesan ‘perasaan gembira’ sewaktu mengambil arak.

Kesan sampingan ketagihan arak adalah berbeza dari seorang individu ke individu yang lain. Ramai individu teragak-agak untuk ketagihan kerana mereka memikirkan tentang kesan sampingan ketagihan arak yang kedengaran menakutkan.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diketahui bahawa pakar rawatan ketagihan arak boleh memberikan ubat preskripsi untuk membantu anda melegakan kesakitan dan ketidakselesaan semasa simptom ketagihan arak berlangsung. Apabila anda dapat mengurangkan simptom ketagihan arak, anda boleh memberi tumpuan kepada pemulihan dan menjadi seorang individu yang lebih baik.

Bila perlu menghubungi doktor

Sesiapa yang mengesyaiki bahawa diri mereka bergantung pada arak harus mempertimbangkan untuk berunding dengan doktor mengenai simptom tersebut.

Pengambilan arak yang berlebihan boleh membawa kepada pelbagai keadaan kesihatan secara fizikal dan mental. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa rawatan yang berkesan untuk mengatasinya. Bagi individu yang cuba menjauhi pengambilan arak, adalah penting untuk anda melakukannya di bawah pengawasan doktor, ini kerana simptom ketagihan arak boleh menjadi sangat teruk.

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Doktor boleh mendiagnosis simptom ketagihan arak dengan mengambil tahu tentang sejarah perubatan seseorang dan melakukan ujian fizikal.

Selain itu, beliau juga mungkin akan meminta bukti jika terdapat pengurangan pengambilan arak selepas ketagihan arak yang berat. Beliau juga boleh melakukan ujian darah yang digelar skrin toksikologi untuk mengukur jumlah arak dalam sistem badan anda. Ujian darah disertai dengan ujian pengimejan boleh menunjukkan jika organ anda, seperti hati, telah terjejas oleh tabiat pengambilan arak anda.

Rawatan

Rawatan untuk simptom ini bergantung pada beberapa simptom teruk yang anda alami. Sesetengah individu boleh dirawat di rumah sahaja, tetapi individu yang lain mungkin memerlukan penjagaan rapi dengan pemantauan di hospital bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang berbahaya seperti kekejangan.

Matlamat utama rawatan pengambilan arak adalah untuk memastikan anda boleh menguruskan simptom anda dengan baik.

– Penjagaan di rumah

Simptom ketagihan arak yang ringan sering boleh dirawat di rumah. Seorang saudara atau kenalan mesti tinggal bersama anda untuk memantau keadaan anda setiap masa. Tugas mereka adalah untuk memastikan jika anda mengalami simptom yang teruk, mereka akan membawa anda ke hospital atau menghubungi 999 dengan serta-merta.

Selain itu, mereka juga perlu membantu anda untuk pergi ke temu janji kaunseling anda dan melawat doktor dengan kerap bagi menjalani ujian darah secara rutin. Malah, anda juga mungkin memerlukan ujian untuk masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan arak.

Sekiranya persekitaran rumah anda tidak membantu anda untuk kekal dalam keadaan tidak mabuk, berbincanglah dengan doktor anda. Doktor anda mungkin akan merujuk anda kepada program perlindungan untuk individu yang pulih daripada ketagihan arak.

Kemasukan ke hospital

Sekiranya simptom yang anda alami adalah sangat teruk, anda mungkin perlu tinggal di hospital. Keadaan ini perlu supaya doktor anda boleh memantau keadaan anda dan menguruskan sebarang komplikasi yang berkaitan. Anda mungkin akan disuntik dengan cecair melalui intravena (IV) untuk mengelakkan dehidrasi dan mengambil ubat-ubatan tertentu untuk membantu mengurangkan simptom anda.

– Ubat-ubatan

Simptom ketagihan arak sering dirawat menggunakan sedatif yang dipanggil benzodiazepine. Benzodiazepin yang tersedia termasuklah:

• Lorazepam (Ativan)

• Clonazepam (Klonopin)

• Alprazolam (Xanax)

• Diazepam (Valium)

Di samping itu, makanan tambahan seperti vitamin juga mungkin akan diberikan oleh doktor untuk menggantikan vitamin penting yang hilang akibat penggunaan arak berlebihan. Sebaik sahaja simptom berhenti minum arak pulih, ubat-ubatan dan makanan tambahan mungkin diperlukan untuk menangani komplikasi dan kekurangan nutrien yang terjabi akibat penggunaan arak yang berlebihan.

SUMBER

https://www.alcoholrehabguide.org/alcohol/withdrawal/

https://www.healthline.com/health/alcoholism/withdrawal#symptoms

https://www.medicalnewstoday.com/articles/322373#when-to-see-a-doctor

Summary
Article Name
Ketagihan Minum Arak (Alcohol Withdrawal)
Description
Simptom ketagihan arak (alcohol withdrawal symptom) adalah satu tanda yang paling jelas tentang kebergantungan pada arak.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: