Kesan sampingan puasa selang-seli
Kesan sampingan puasa selang-seli mungkin menyukarkan anda, namun selagi anda boleh puasa seperti biasa jika menanganinya dengan betul.

Kesan sampingan puasa selang-seli mungkin menyukarkan anda, namun selagi anda boleh puasa seperti biasa jika menanganinya dengan betul. Ikutilah 9 kesan sampingan puasa selang-seli yang boleh anda dapati selepas mengamalkannya.

Anda pasti telah mendengar atau mengetahui tentang kebaikan berpuasa secara selang-seli seperti pengurangan berat badan, pengurangan keradangan dan juga dapat meningkatkan jangka hayat seseorang. Sekarang, anda pasti lebih bersedia untuk mencuba kaedah ini, namun harus diingatkan bahawa setiap kaedah pemakanan mempunyai kesan sampingan yang mungkin tidak begitu menyenangkan pada permulaannya.

1. Menyebabkan kelaparan

Kesan sampingan puasa selang-seli berlaku apabila anda sudah terbiasa makan sebanyak 5 hingga 6 kali sehari, badan anda akan menjangkakan pengambilan makanan pada masa tertentu. Keadaan ini selalunya memuncak ketika sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Apabila anda mula berpuasa, hormon ‘ghrelin’ yang berperanan membuatkan kita rasa lapar akan terus meningkat. Hari ketiga hingga kelima mungkin menjadi paling teruk tetapi setelah tempoh yang membolehkan anda untuk makan menjadi semakin hampir, anda bahkan akan kurang berasa lapar.

Memerangi kelaparan dalam minggu pertama atau kedua dengan meminum banyak air untuk menjaga perut boleh membantu anda menjadi lebih berwaspada serta mengurangkan kebiasaan anda meletakkan sesuatu di dalam mulut. Anda juga boleh minum sebanyak air 350ml air sejurus selepas bangun tidur. Sekiranya anda masih berasa lapar, minum jumlah air yang sama sekali lagi.

2. Keadaan hipoglisemia bagi pengikut baharu

Kesan sampingan puasa selang-seli berlaku pada mulanya. Anda mungkin mengalami keadaan hipoglisemia iaitu keadaan yang berlaku kerana kadar gula dalam darah terlalu rendah. Ini boleh mengakibatkan simptom seperti pening kepala, peningkatan degupan jantung dan muntah.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda berterusan mengalami gejala sebegitu, pastikan anda mengambil sedikit makanan walaupun makanan ringan dalam kuantiti yang sedikit.

Selain itu, mereka yang mengamalkan kaedah berpuasa secara selang-seli ini biasanya sukar untuk mendapatkan kadar protein yang mencukupi, jadi pastikan anda makan secara konsisten ketika anda tidak berpuasa. Pastikan anda juga mengambil makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan minyak zaitun yang sihat bagi mengekalkan kadar gula dalam darah ketika berpuasa.

Ini secara tidak langsung dapat memastikan anda mendapatkan nutrien yang mencukupi bagi membantu badan anda berfungsi dengan baik.

3. Kekurangan bekalan tenaga

Kesan sampingan puasa selang-seli berlaku memandangkan badan anda tidak mendapatkan tenaga secara konsisten seperti kebiasaan, anda mungkin mengalami simptom seperti cepat berasa penat dalam beberapa minggu yang pertama.

Oleh itu, cuba pastikan aktiviti harian anda hanya menggunakan tenaga yang sedikit sahaja. Anda mungkin mahu menghentikan seketika latihan anda atau hanya membuat latihan ringan seperti berjalan atau yoga agar tenaga tidak banyak digunakan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan tidur yang lebih bagi menangani masalah ini.

4. Makan secara berlebihan

Kesan sampingan puasa selang-seli ini adalah individu sering makan secara berlebihan pada permulaan proses berpuasa ini. Kadangkala ini terjadi kerana mereka tahu bahawa kadar kalori tidak penting atau kerana mereka terlalu teruja untuk makan apa sahaja semasa tempoh tidak berpuasa itu.

Untuk mengatasi masalah ini, pastikan anda merancang pemakanan anda terlebih dahulu. Anda juga harus berwaspada dengan ‘cheat day’ yang membolehkan anda makan kerana nafsu makan anda pasti membuak-buak ketika ini. Jadi, tentukan makanan pertama anda dengan baik agar anda tidak merana kemudian hari.

5. Pedih ulu hati, perut kembung dan sembelit

Kesan sampingan puasa selang-seli berlaku apabila perut anda menghasilkan asid yang membantu untuk mencerna makanan, jadi apabila anda tidak makan, anda boleh mengalami simptom pedih ulu hati (ia tidak selalu terjadi kepada setiap individu). Kesakitan ini mungkin boleh menjadi ketidakselesaan yang sedikit, sendawa sepanjang hari atau kesakitan yang melampau.

Selalunya, simptom sebegini boleh hilang setelah beberapa lama, jadi teruskan minum air dan elakkan pengambilan makanan berminyak atau pedas kerana ini boleh membuatkan pedih ulu hati itu menjadi lebih serius. Sekiranya kesakitan itu tidak hilang juga, berjumpa dengan doktor dengan segera.

Seterusnya, berpuasa secara selang-seli juga boleh menyebabkan sembelit yang kemudian membuatkan perut menjadi kembung dan tidak selesa. Cara untuk mengatasi masalah ini adalah melalui pengambilan air yang banyak.

6. Pening kepala

Sementara badan anda mula menyesuaikan diri dengan jadual pemakanan baharu, anda mungkin boleh mengalami kesan sampingan puasa selang-seli berlaku biasa seperti pening kepala. Ia selalunya berlaku kerana badan anda kekurangan cecair, jadi pastikan anda sentiasa minum air yang banyak ketika berpuasa mahupun tidak berpuasa.

Pada masa yang sama, gejala pening kepala boleh berlaku kerana kadar gula dalam darah serta pelepasan hormon stres daripada otak ketika berpuasa berkurangan. Keadaan ini akan bertambah baik setelah badan menjadi terbiasa dengan pelan pemakanan baharu, namun cuba untuk berada dalam situasi tanpa stres sebanyak yang boleh.

7. Kemandulan

Umum mengetahui bahawa pengambilan kalori dan nutrien yang mencukupi adalah penting bagi kesihatan reproduktif terutamanya kerana ‘amenorrhea’ (kehilangan kitaran haid) berkait rapat dengan pengambilan makanan dan berat badan yang rendah. 

Walaupun tidak banyak kajian manusia berkaitan kesan sampingan puasa selang-seli berlaku telah dilakukan, namun adanya kemungkinan bahawa mengehadkan sesuatu kandungan nutrien dalam diet boleh mengganggu proses semula jadi dalam proses reproduksi.

Jadi, pastikan anda mengambil makanan yang menyihatkan dan mempunyai kandungan nutrien yang mencukupi agar proses reproduksi anda tidak terganggu. Ini adalah aspek yang penting bagi kedua-dua jantina sama ada wanita mahupun lelaki.

8. Mengganggu rutin senaman anda

Mengikuti kaedah berpuasa secara selang-seli dan bersenam pada masa yang sama tidak membahayakan, namun anda harus memastikan bahawa anda membuat sedikit penyesuaian pada jadual latihan tersebut agar tiada kesan sampingan puasa selang-seli yang negatif berlaku. Anda mungkin boleh melakukan latihan dengan intensiti yang lebih rendah berbanding latihan intensiti tinggi seperti mengangkat berat dan juga berlari. Apabila badan anda sudah mula terbiasa membakar lemak sebagai sumber tenaga, intensiti latihan anda tidak akan menjadi satu masalah lagi.

Sementara itu, anda juga pasti tidak mahu pengsan semasa melakukan latihan bukan? Jadi, anda dinasihatkan untuk membuat senaman pada permulaan dan penghujung tempoh berpuasa anda. Dengan ini, anda boleh menikmati makanan ringan di awal dan di akhir waktu berpuasa.

Ambil makanan yang lebih cepat dihadam seperti yogurt rendah lemak atau roti bakar dengan mentega kacang sebagai makanan ringan sebelum senaman. Sebaliknya, makanan yang tinggi karbohidrat dan protein seperti semangkuk ‘oatmeal’ adalah pilihan yang lebih baik selepas senaman.

Disebabkan faktor sebegini, pakar kesihatan selalunya menasihatkan individu yang aktif untuk mengikuti diet dengan nisbah16:8 berbanding 5:2 atau jenis kaedah berpuasa selang-seli yang lain.

9. Mudah marah atau rasa tersinggung

Kesan sampingan puasa selang-seli yang anda boleh menjangkakan simptom seperti cepat tersinggung dan cepat marah apabila kadar gula dalam darah anda menurun ataupun ketika berhadapan dengan simptom lain.

Justeru itu, untuk mencegah keadaan sebegini, anda boleh mengelak daripada individu atau perkara yang boleh membuat anda berasa marah dan memfokuskan pada perkara yang menggembirakan hati anda.

SUMBER

https://www.womenshealthmag.com/weight-loss/a29657614/intermittent-fasting-side-effects/

https://www.healthline.com/nutrition/intermittent-fasting-guide

https://www.popsugar.com/fitness/Intermittent-Fasting-Side-Effects-44330854

Summary
9 Kesan Sampingan Puasa Selang-seli
Article Name
9 Kesan Sampingan Puasa Selang-seli
Description
Kesan sampingan puasa selang-seli mungkin menyukarkan anda, namun selagi anda boleh puasa seperti biasa jika menanganinya dengan betul.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: