Kesan buruk penggunaan inai tangan dan cara elakkannya
Penggunaan inai sememangnya adalah satu tradisi biasa terutama bagi perkahwinan kaum Melayu dan India. Ia biasanya dipakai di tangan dan kaki tetapi lebih sinonim dengan bahagian tangan dan menjadikan namanya sebagai inai tangan.

Penggunaan inai sememangnya adalah satu tradisi biasa terutama bagi perkahwinan kaum Melayu dan India. Ia biasanya dipakai di tangan dan kaki tetapi lebih sinonim dengan bahagian tangan dan menjadikan namanya sebagai inai tangan. Dengan corak-corak berbeza yang dilukis pada sebahagian tangan dan kaki, ia seperti menaikkan seri pengantin perempuan semasa hari persandingannya.

Dengan trend terkini, inai tangan sudah boleh didapati dalam warna seperti kemerahan, hitam dan yang terbaru putih. Walaupun inai merah masih lagi menjadi pilihan, namun semakin ramai juga yang telah memilih inai putih sebagai satu kelainan. Inai tangan ini juga boleh dipakai selain daripada hari perkahwinan mengikut kesukaan individu malah boleh juga dipakai secara suka-suka.

Namun, terdapat kes di mana inai tangan yang dipakai dikatakan mempunyai kesan sampingan buruk terhadap penggunanya.

Jadi, jom ketahui lebih lanjut tentang kesan buruk ini.

Kesan buruk penggunaan inai tangan

Kredit gambar: koleksiviral

Jika pada zaman dahulu, penggunaan inai tangan biasanya diambil daripada daun pokok inai yang ditumbuk sehingga lumat. Kemudian, bahan tersebut yang menjadi seperti pes dilumur pada hujung jari dan dibiarkan sehingga kering sebelum dicuci dengan bersih bagi menampakkan warnanya yang terang.

Namun, pada zaman ini, lebih banyak inai tangan moden yang digunakan dan boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai tertentu. Malah, penggunaan bahan kimia tertentu dalam inai jenis ini dikatakan berbahaya dan telah menyebabkan beberapa kesan sampingan buruk.

Antaranya adalah:

1.  Mengandungi bahan berbahaya

Menurut artikel dalam laman web ‘theAsianparent’, inai tangan hitam mengandungi paraphenylenediamine (PPD) yang merupakan sejenis bahan kimia dengan kandungan toksik yang tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan reaksi sensitif bagi pengguna menjadikan ia bahan yang berbahaya. Malah, bahan ini semakin banyak digunakan dalam pembuatan inai tangan bagi meningkatkan intensiti serta memanjangkan tempoh inai tangan tersebut kekal di tangan atau kaki individu.

2. Menyebabkan kesan alergi

Bahan PPD yang disebut di atas bukan sahaja berbahaya bagi pengguna, malah ia juga boleh menyebabkan kesan alergi kepada bahagian kulit yang terkesan. Jika anda mempunyai kulit sensitif, ia mungkin lebih mudah terjadi dengan rasa gatal-gatal yang kemudian bertukar menjadi seperti gelembung air. Kemudian, gelembung tersebut mungkin terpaksa dibuang untuk merawat kulit di bahagian yang terkesan tersebut. Jadi, ia boleh jadi keadaan kecemasan yang memerlukan rawatan segera agar kesan parut itu mungkin boleh dielakkan.

JADI,

Bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku pada anda atau individu di sekeliling anda, pastikan inai yang digunakan itu dibuat daripada sumber yang betul. Jika boleh, pilih inai tangan yang ditumbuk sendiri menggunakan daun daripada pokok inai kerana ini adalah sumber semula jadi yang mungkin tidak akan menyebabkan apa-apa kesan sampingan buruk.

Tetapi, memandangkan ia kadangkala sukar didapati, sekiranya anda mahu melakukan inai tangan, elakkan melakukannya di gerai-gerai tepi jalan sekiranya anda ragu dengan bahan inai tersebut. Malah, penggunaan inai sangatlah tidak digalakkan bagi mereka yang berkulit sensitif kerana ia mungkin memberikan reaksi buruk kepada kulit anda. Walaupun ada kes yang boleh sembuh, namun ianya adalah lebih baik untuk tidak mengambil risiko tersebut kerana setiap kulit boleh mempunyai tahap sensitiviti yang berbeza.

SUMBER

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3244359/

Nampak Berseri Dan Cantik Pakai Inai Ditangan, Namun Ini Kesan Baik Buruk Inai Yang Anda Perlu Tahu.

Inai Henna Jadi Parut Kekal, Kanak-Kanak Ini Menangis Kesakitan!

Summary
Kesan buruk penggunaan inai tangan dan cara elakkannya
Article Name
Kesan buruk penggunaan inai tangan dan cara elakkannya
Description
Walaupun ina tangan sangat cantik dipakai terutama pada hari-hari istimewa, terdapat kes di mana inai tangan dikatakan mempunyai kesan sampingan buruk terhadap penggunanya.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: