kesakitan lutut
Kesakitan lutut adalah masalah muskuloskeletal paling lazim yang menyebabkan individu perlu berjumpa dengan doktor mereka.

Kesakitan lutut adalah masalah muskuloskeletal paling lazim yang menyebabkan individu perlu berjumpa dengan doktor mereka. Peningkatan masyarakat yang semakin aktif sekarang, bilangan masalah sakit lutut juga semakin meningkat.  Kesakitan lutut ini boleh mempunyai pelbagai sebab dan rawatan tertentu.

 

Simptom Kesakitan Lutut

Jangkitan lutut boleh menyebabkan pembengkakan lutut yang menyakitkan. Di samping itu, individu yang menghidapi jangkitan ini sering demam dan menggigil. Namun, jangkitan kurang serius mungkin tidak berkaitan dengan demam.

Keadaan lazimnya berlaku pada golongan wanita muda, dalam kalangan atlet untuk kedua-dua jantina dan individu yang lebih berusia. Bagi sindrom patelofemoral, patela bergesel dengan femur dalaman atau luaran daripada menjejak lurus ke tengah. Akibatnya, sendi patelofemoral sama ada di dalam atau luar boleh menjadi meradang, menyebabkan kesakitan yang lebih serius dengan aktiviti atau duduk yang berpanjangan. Apabila masalah itu berkembang, perlembutan dan kekasaran rawan artikular pada bahagian bawah patela berlaku dan boleh menyebabkan patela kondromalasia.

Di samping mempunyai kesakitan lutut, seseorang juga mungkin mempunyai:

  • Kelemahan lutut dan ketidakupayaan untuk berdiri dengan lancar atau meluruskan lutut sepenuhnya.
  • Bunyi pop ketika lutut dilurus atau dibengkokkan.
  • Bengkak dan ketengangan pada sekitar lutut.
  • Kemerahan atau kehangatan di sepanjang lutut.

Keadaan ini bergantung kepada puncanya.

 

Punca Kesakitan Lutut

Jatuh dari ketinggian yang tinggi, menerima pukulan langsung ke lutut, membuat perubahan arah secara mendadak atau membuat gerakan berulang semasa latihan sukan adalah penyebab kecederaan lutut traumatik.

Ini boleh menyebabkan:

  • Dislokasi lutut.
  • Keretakan tulang tempurung lutut, femur atau tibia.
  • Ligamen koyak.
  • Meniskus koyak.

Kecederaan boleh berlaku jika seseorang:

  • Tidak memanaskan badan sebelum atau selepas bersenam atau bekerja terlalu keras dalam sesuatu aktiviti.
  • Mengambil bahagian dalam beberapa sukan, terutamanya tanpa menggunakan peralatan perlindungan.
  • Mengalami kemalangan jalan raya atau jatuh.

Kemalangan, jatuh dan aktiviti fizikal adalah punca biasa yang menyebabkan kecederaan lutut traumatik. Keadaan ini boleh meletakkan lutut di bawah ketegangan yang melampau. Sekiranya lutut tidak sembuh dengan betul, kesakitan kronik boleh berlaku.

Keadaan perubatan yang membawa kepada kesakitan lutut termasuklah yang berikut:

  • Gangguan tisu degeneratif, seperti osteoartritis.
  • Jangkitan.
  • Obesiti.
  • Penyakit autoradang, seperti artritis reumatoid.
  • Tendinitis, keradangan tendon yang menyebabkan kesakitan apabila menaiki tangga.
  • Bursitis, keradangan yang berlebihan.
  • Kondromalasia patela, atau kerosakan pada tulang rawan di bawah lutut.
  • Gout, sejenis artritis.
  • Sista Baker, berlaku apabila cecair berkumpul di belakang lutut.
  • Tumor, sama ada yang baik (benign) atau jahat (malignant) di lutut.

 

Faktor Risiko Kesakitan Lutut

Sesetengah faktor gaya hidup boleh meningkatkan risiko kesakitan lutut seperti:

  • Kecederaan: Memulakan aktiviti fizikal tanpa regangan dengan betul terlebih dahulu dapat meningkatkan risiko kecederaan lutut traumatik. Individu yang bermain sukan yang tegang, seperti bola keranjang dan bola sepak mempunyai risiko kecederaan traumatik yang lebih tinggi.
  • Gout: Gangguan seperti gout mungkin berlaku disebabkan pilihan gaya hidup atau genetik. Pengambilan minuman keras yang berlebihan, obesiti dan faktor pemakanan juga boleh menyumbang kepada masalah ini.
  • Gangguan degeneratif: Ini sering berlaku seiring dengan penuaan, walaupun adanya faktor lain. Risiko osteoporosis juga meningkat dengan usia, gen tertentu, kurang senaman dan faktor pemakanan.
  • Obesiti: Ini boleh meningkatkan risiko osteoartritis, terutama pada bahagian sendi besar seperti lutut. Berat yang berlebihan boleh menyebabkan ketegangan pada lutut yang seterusnya mengakibatkan kesakitan dan keradangan.
  • Jangkitan bakteria: Selulitis boleh berlaku pada seseorang yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah, keadaan kulit, bengkak jangka panjang di lengan dan kaki dan obesiti, atau sekiranya mereka menggunakan ubat-ubatan yang memerlukan jarum.
  • Penyakit tisu penghubung: Faktor risiko artritis reumatik termasuklah sejarah keluarga, berumur lebih daripada 40 tahun, merokok dan obesiti. Wanita juga lebih cenderung untuk mendapatkan artritis reumatik berbanding lelaki.

Faktor lain yang mungkin menyebabkan kesakitan lutut termasuk umur, penggunaan sendi terlalu banyak dan faktor genetik. Bersenam dan mengikuti diet yang sihat sepanjang hayat dapat membantu mengurangkan risiko masalah ini.

Rawatan Kesakitan Lutut

Bergantung pada punca masalah, doktor mungkin mencadangkan:

  • Ubat penahan sakit atau ubat lain.
  • Pelan senaman, yang mungkin termasuk senaman tekanan rendah.
  • Merehatkan lutut.
  • Sokongan lutut.
  • Pembedahan.

Ubat-ubatan penyembuhan sakit termasuk ubat-ubatan antiradang juga boleh mengurangkan kesakitan dan pembengkakan.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/knee-pain/symptoms-causes/syc-20350849

https://www.webmd.com/pain-management/knee-pain/default.htm

https://www.healthline.com/health/chronic-knee-pain

https://www.medicalnewstoday.com/articles/311308

Summary
Kesakitan Lutut (Knee pain) - Simptom, Punca, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Kesakitan Lutut (Knee pain) - Simptom, Punca, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Kesakitan lutut adalah masalah muskuloskeletal paling lazim berlaku dan boleh mempunyai pelbagai sebab dan rawatan tertentu untuk menanganinya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: