Pengenalan
Ketidakselesaan dalam mana-mana organ atau bahagian perut boleh menyebabkan kesakitan abdomen yang kemudiannya merebak ke kawasan lain. Masalah penghadaman dianggap sebagai punca paling biasa yang menyebabkan kesakitan abdomen atau sakit perut. Ketidakselesaan atau ketidakteraturan dalam mana-mana organ atau bahagian perut boleh menyebabkan kesakitan yang kemudiannya merebak ke seluruh kawasan.
Ramai individu biasanya merujuk kesakitan abdomen ini sebagai sakit perut. Walau bagaimanapun, abdomen kita mengandungi banyak organ, otot, saluran darah dan tisu penghubung yang penting termasuk:
- Perut
- Buah pinggang
- Hati
- Usus kecil dan besar
- Apendiks
- Pankreas
- Hempedu
- Limpa
Arteri utama jantung (aorta) dan satu lagi vena jantung (vena cava inferior) perlu melalui abdomen juga. Di samping itu, ia juga merupakan “rumah” kepada otot-otot teras, iaitu empat kumpulan otot abdomen yang memberi kestabilan pada tubuh dan menempatkan organ-organ di tempatnya agar kekal terlindung.
Memandangkan terdapat banyak kawasan yang boleh dipengaruhi, kesakitan abdomen mungkin berpunca daripada pelbagai faktor.
Penerangan
Gejala yang biasanya berlaku dengan kesakitan abdomen termasuklah sakit belakang, sakit dada, sembelit, cirit-birit, demam, mual, muntah, batuk dan kesukaran untuk bernafas. Ciri-ciri kesakitan (bersifat tajam, kekejangan dan radiasi), lokasi kesakitan di dalam kawasan abdomen dan hubungannya dengan pemakanan, muntah, sembelit atau cirit-birit adalah semua faktor yang dikaitkan dengan gejala.
Gejala-gejala yang berkaitan dengan kesakitan abdomen termasuklah:
- Demam
- Ketidakupayaan untuk menyimpan makanan selama lebih dari dua hari
- Apa-apa tanda dehidrasi
- Ketidakupayaan untuk membuang najis, terutamanya jika anda juga muntah
- Kencing yang menyakitkan atau selalu rasa hendak kencing
- Abdomen terasa lembut apabila disentuh
- Kesakitan berlaku kerana kecederaan pada perut
- Kesakitan berlangsung selama lebih dari beberapa jam
- Kembung
- Sendawa
- Berangin (saliran, kentut)
- Masalah pencernaan
- Ketidakselesaan di bahagian kiri atau kanan atas dan tengah; atau bawah kiri atau kanan abdomen
- Sembelit
- Cirit-birit
- GERD (penyakit refluks gastroesofagus)
- Pedih ulu hati
- Ketidakselesaan dada
- Kesakitan pinggul
- Hilang selera makan
Gejala yang lebih serius termasuklah:
- Kesakitan yang teruk
- Najis berdarah
- Mual dan muntah yang berterusan
- Kehilangan berat badan tanpa sebab
- Kulit yang kelihatan berwarna kuning
- Abdomen yang terasa sangat lembut apabila disentuh
- Pembengkakan abdomen
Penyebab yang berkemungkinan
Terdapat banyak punca kesakitan abdomen kerana terdapat tahap ketidakselesaan yang berbeza dan tempat berlakunya kesakitan itu biasanya boleh membantu mengenal pasti puncanya. Sebagai contoh, rasa sakit yang tajam di dalam perut, kesakitan abdomen bawah, sakit di sebelah kiri atau kanan, sakit usus atau kekejangan perut boleh memberi petunjuk bagi keadaan lain yang mungkin menjadi punca bagi kesakitan abdomen ini.
Pada masa yang sama, kesakitan abdomen yang terjadi disebabkan keradangan (contohnya apendisitis, divertikulitis, kolitis), tekanan atau rengangan organ (contohnya seperti halangan usus, penyumbatan saluran hempedu oleh batu empedu, pembengkakan hati kerana hepatitis) atau kehilangan daripada bekalan darah (contohnya seperti kolitis iskemia).
Sesetengah ubat preskripsi dan ubat tidak dipreskripsi serta makanan tambahan boleh menyebabkan kesakitan abdomen. Ini adalah kerana penggunaan ubat boleh merengsakan perut, menyebabkan kesakitan dan cirit-birit, atau melambatkan penghadaman serta menyebabkan sembelit. Jadi, pastikan anda menyemak label untuk melihat sama ada ubat yang diambil mempunyai kesan sampingan seperti kesakitan abdomen.
Seterusnya, beberapa penyebab kesakitan abdomen termasuklah:
- Masalah pencernaan
- Sembelit
- Virus perut
- Kekejangan ketika haid
- Sindrom usus yang merengsakan (Irritable bowel syndrome – IBS)
- Keracunan makanan
- Alahan makanan
- Perut berangin
- Intoleransi laktosa
- Ulser
- Penyakit keradangan pelvik
- Hernia
- Batu hempedu
- Batu karang
- Endometriosis
- Penyakit Crohn atau kolitis ulseratif
- Jangkitan saluran kencing (UTI)
- Penyakit refluks gastroesofagus (GERD)
- Apendiks
- Divertikulitis
- Kanser (pankreas, perut, atau hati)
Bila perlu menghubungi doktor
Sekiranya kesakitan abdomen anda bertambah teruk, tidak sembuh atau berulang, berbincanglah dengan doktor anda. Hubungi 911 dengan segera jika perut anda sakit kerana anda mengalami kecederaan dalam masa terdekat atau jika anda mengalami kesakitan dada.
Anda juga harus menghubungi talian itu secepat mungkin jika anda mempunyai simptom seiring dengan kesakitan itu seperti:
- Demam
- Tidak boleh menyimpan makanan lebih dari 2 hari
- Tanda-tanda hidrasi, termasuk kencing yang kerap, air kencing berwarna gelap dan sangat dahaga
- Tidak dapat membuang air besar, terutama jika anda juga muntah
- Sakit ketika kencing atau perlu kencing dengan kerap
Hubungi juga doktor anda jika:
- Perut anda terasa lembut apabila disentuh
- Sakit berlangsung lebih dari beberapa jam
Anda juga mungkin mengalami gejala yang boleh menjadi petunjuk bahawa tubuh anda memerlukan rawatan secepat mungkin. Sebagai contoh, dapatkan rawatan dengan segera perubatan jika anda mengalami kesakitan abdomen dan:
- Muntah darah
- Mengesan najis berdarah atau hitam semasa membuang air besar
- Kesukaran untuk bernafas
- Sentiasa muntah
- Mempunyai bengkak di perut anda
- Mempunyai kulit berwarna kuning
- Hamil
Apa yang boleh diharapkan di klinik
Punca kesakitan abdomen boleh didiagnosis melalui satu siri ujian. Sebelum membuat ujian, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dahulu. Ini termasuklah perlahan-lahan menekan pelbagai bahagian perut anda untuk memeriksa jika adanya kelembutan dan bengkak.
Maklumat ini kemudian akan digabungkan dengan tahap keparahan kesakitan dan lokasinya di dalam perut, lalu membantu doktor menentukan ujian mana yang diperlukan.
Ujian pengimejan seperti imbasan MRI, ultrabunyi dan X-ray boleh digunakan untuk melihat organ, tisu dan struktur lain dalam perut secara terperinci. Malah, ujian-ujian ini juga boleh membantu mendiagnosis tumor, patah tulang, rekahan dan keradangan.
Di samping itu, ujian lain termasuklah:
- Kolonoskopi (untuk melihat bahagian dalam kolon dan usus).
- Endoskopi (untuk mengesan keradangan dan keabnormalan dalam esofagus dan perut).
- GI bahagian atas (ujian X-ray khas yang menggunakan pewarna kontras untuk memeriksa kehadiran pertumbuhan, ulser, keradangan, penyumbatan dan keabnormalan lain dalam perut).
Sampel darah, air kencing dan najis juga boleh dikumpulkan untuk mencari bukti jangkitan bakteria, virus dan parasit.
Rawatan
Rawatan bagi masalah kesakitan abdomen ini bergantung kepada penyebabnya. Ia mungkin terdiri daripada pengambilan ubat-ubatan untuk keradangan, GERD atau ulser, antibiotik untuk jangkitan, perubahan tingkah laku peribadi bagi kesakitan abdomen yang terjadi disebabkan makanan atau minuman tertentu. Dalam beberapa kes, seperti apendisitis dan hernia, ujian diagnostik seperti analisis darah, air kencing dan sampel najis, imbasan CT serta endoskopi mungkin diperlukan untuk mengesahkan diagnosis tertentu. Ada juga yang mungkin memerlukan pembedahan.
Secara amnya, rawatannya melibatkan:
- Pengambilan ubat tahan sakit tanpa preskripsi.
- Pengambilan ubat preskripsi untuk keradangan, GERD, ulser atau kesakitan biasa.
- Penggunaan antibiotik.
- Penggunaan antidepresan dos rendah.
- Perubahan tingkah laku, termasuk mengelakkan makanan atau minuman tertentu yang mungkin menyebabkan kesakitan abdomen.
- Pembedahan untuk mengeluarkan usus yang tersumbat, hernia surut atau organ-organ yang terkesan.
RUJUKAN
https://www.healthline.com/health/abdominal-pain
https://www.medicalnewstoday.com/articles/318286.php#Uncommon-and-more-serious-causes
https://www.webmd.com/pain-management/guide/abdominal-pain-causes-treatments#1