kes kesihatan mental
Penyakit mental mempengaruhi seramai 19% populasi dewasa, 46% remaja dan 13% kanak-kanak pada setiap tahun.

Kes kesihatan mental penting untuk menghentikan stigma di kalangan rakyat Malaysia agar pesakit mental ini dapat dibantu dan dirawat. Penyakit mental mempengaruhi seramai 19% populasi dewasa, 46% remaja dan 13% kanak-kanak pada setiap tahun. Individu yang berjuang dengan kesihatan mereka mungkin ada dalam kalangan keluarga, jiran anda, guru, rakan sekerja atau sahabat-sahabat terdekat anda.

Walau bagaimanapun, hanya separuh daripada mereka yang mengalaminya menerima rawatan yang sepatutnya. Oleh kerana stigma yang berkait dengan kesihatan mental dalam masyarakat sekeliling. Jika tidak dirawat, masalah mental boleh menyumbang kepada kos perubatan yang tinggi, kekurangan prestasi di sekolah dan tempat kerja, kekurangan peluang pekerjaan dan peningkatan risiko bunuh diri.

“Menangis adalah kekuatan” – Sharmin Jeet

View this post on Instagram

Today, I bawled my eyes out at work and I am not ashamed of it. I’ve kept my emotions compressed for way too long that today it just flawed out of control and I am saying this again, LOUD & CLEAR that I am not ASHAMED of it, also choose not to hide about it either. • Crying is not a sign of weakness – it is a natural response humans have to a range of emotions, which means you cry when you are happy too so why do we need to hide our emotions when it comes to sadness? • I find it very common for someone to label people who hide their sadness as "brave" and those who cry their heart out as weak. I beg to differ! I truly think everyone is brave in their own ways. Everyone is battling their own demons every single day of their lives; some choose to share it with the world and some choose to keep to themselves, and there is absolutely nothing wrong with either of these choices. Do you know what is wrong? Judging someone and misunderstanding their emotions for weakness. • I honestly feel that it is about time for us to banish certain kinds of stereotypes and accept that we are all different. We deal and react to things differently from each other like the phrase goes – "to each of its own". Hence, it’s okay to admit that you cried and that is how you choose to deal with your emotions. • . . . . . #shawrmint #writersociety #mentalhealthmatters🌻 #livehappily #writeup #todayspost #writersofinsta #mwob_sharmin #malaysianblogger #lifestyleinfluencer #healthyminds

A post shared by Sharmin Jeet ♌️♓️♍️ (@shawrmint) on

Sharmin Jeet merupakan seorang blogger yang tidak gentar untuk menulis mengenai kes kesihatan mental beliau. Perkongsian beliau dalam kiriman Instagram ini sedikit sebanyak telah membuka mata ramai individu mengenai kesan menangis terhadap emosi terpendam seseorang.

Beliau menceritakan pengalamannya menangis di tempat kerja kerana sudah terlalu lama memendam emosi terhadap tekanan dan segala masalah yang berlaku dalam hidupnya. Namun begitu, Sharmin menegaskan bahawa tidakan ini bukanlah sesuatu yang memalukan dan ia tidak perlu disembunyikan.

Menurutnya lagi, menangis bukanlah tanda kelemahan. Ia merupakan tindak balas semulajadi seorang manusia terhadap beberapa emosi. Kita juga menangis apabila gembira, jadi mengapa perlu menyembunyikan emosi ini apabila sedih?

Kebiasaannya, tangisan yang disembunyikan dikaitkan dengan kekuatan oleh masyarakat dan individu yang menangis adalah lemah. Sharmin menafikan kenyataan ini, sebaliknya berkata “Setiap individu adalah berani dalam caranya tersendiri. Semua individu bertarung dengan “musuh yang tidak kelihatan” masing-masing pada setiap hari dalam hidup mereka, malah, sesetengahnya memilih untuk berkongsi pertarungan tersebut dan sesetengah pula menyimpannya kepada diri sendiri dan kedua-dua pilihan ini tidak salah.”

Beliau menegaskan bahawa, apa yang salah adalah menghukum orang lain dan menganggap emosi yang ditunjukkan adalah tanda kelemahan. Sepatutnya, stereotaip seperti ini dihindari dan kita perlu menerima segala perbezaan dalam hidup kita dengan hati terbuka. Setiap orang adalah berbeza. Kita bertindak bals terhadap sesuatu secara berbeza daripada satu sama lain.

Jadi, ia adalah OK untuk menangis dan itu adalah cara anda mengekspresikan emosi anda.

Sentiasa Memperbaiki Diri Merupakan Kunci Kebahagian – SOLSHEALTH

“Kadangkala, kita menganggap bahawa mereka yang lebih beruntung daripada kita adalah lebih bahagia daripada kita. Kita mungkin mengandaikan bahawa saat kita mencapai status sosioekonomi tertentu atau mendapat bilangan kawan tertentu, itulah kebahagian.” Sudah tentu perkara ini sering bermain dalam fikiran kita bukan? Namun begitu, Solshealth telah menafikan andaian ini. Kebahagian tidak ditakrifkan seperti itu.

Apakah kebahagian sebenarnya? Dari manakah ia datang? Secara saintifik, kebahagian tercetus apabila neurotransmitter menggalakkan pengulangan sesuatu tingkah laku. Kita menggambarkannya sebagai sesuatu yang bagus, tetapi ia hanya mempengaruhi kita untuk terus bertindak dengan cara yang sama.

Kebahagiaan adalah sama seperti dadah, bahkan dadah bertindak dengan merangsang neurotransmitter ini supaya dihasilkan lebih banyak lagi daripada biasa. Seperti dadah, kita menjadi terbiasa dan seronok dengannya.

Ini tidak bermaksud kita terbiasa dengan neurotransmitter tersebut tetapi, dengan tingkah laku yang menggalakkan penghasilan jumlah neurotransmitter yang sama. Namun, bagi ramai individu, mereka menjadi terbiasa dengan sesuatu kenyataan atau pendirian yang salah dan memerlukan peningkatan untuk merangsang penghasilannya lagi, lagi dan lagi.  

Apa yang dimaksudkan dengan ‘peningkatan’ ini adalah dari segi situasi, fizikal, intelektual atau sosial. Perkara-perkara inilah yang merangsang neurotransmitter kita.

Sebenarnya, cara yang betul untuk menjadi bahagia adalah dengan sentiasa memperbaiki diri kita ke arah kebaikan. Terdapat penjelasan evolusi mengenai ini. Kita sentiasa memerlukan sesuatu yang boleh menolak kita ke hadapan, tidak kira sejauh mana kita berada sekarang. Namun ia tidak bermakna kita perlu belajar konsep baru dengan kelajuan cahaya atau sebagainya. Kita hanya perlu memperbaiki diri kita secara perlahan-lahan setiap hari.

Jika anda ingin memaksimumkan kebahagiaan anda, adalah penting untuk diingat bahawa satu-satunya cara untuk melakukan ini adalah melalui pendewasaan, iaitu proses sentiasa memperbaiki diri. Pendedahan kes kesihatan mental amat penting kerana ilmu membantu menyedarkan kita.

Penjagaan Diri Melalui Alam Semulajadi – Hannah Patricia

Penjagaan diri adalah sebarang aktiviti yang kita lakukan secara sengaja untuk menjaga kesihatan mental, emosi dan fizikal kita. Walaupun dalam teori ia merupakan satu konsep yang mudah, ia sering menjadi sesuatu yang kita terlepas pandang. Penjagaan diri yang baik adalah kunci untuk meningkatkan mood dan mengurangkan kebimbangan. Ia juga penting untuk menjaga hubungan yang baik dengan diri sendiri dan individu lain.

Bagi Hannah Patricia, seorang influencer kerohanian yang terkenal, penjagaan diri adalah sangat penting. Apa yang beliau lakukan untuk ini adalah dengan meluangkan masa dikelilingi alam semulajadi. Menurutnya, alam semulajadi merupakan sumber kesuburan apabila kita perlu mengecas semula diri kita dan membuatkan diri kita berasa lebih baik dari segi fizikal dan emosi.

Beliau juga berkongsi mengenai rutinnya, yang memberi masa untuk dirinya berinteraksi dengan alam semulajadi setiap hari. Bukan itu sahaja, beliau juga pernah berjalan kaki ayam dan berbaring di atas rumput-rumput hijau di sekitar apartmentnya! Perjuangan kesihatan mental yang kita perlukan tanpa sedar di sebalik kesibukan kerja.

Tegasnya lagi, walaupun hanya 5 minit masa yang diluangkan di luar bersama alam semulajadi, kita akan melihat perubahan yang terjadi kepada badan dan fikiran kita setiap hari, ke arah yang lebih baik.

“Kita” Tidak Bersendirian – Kharina

View this post on Instagram

⚠️WARNING! VIEWER DISCRETION ADVISED!⚠️ No, this is NOT an act, this is REAL LIFE. This was me earlier having one of THE WORST panic attacks I’d ever had that happened to be caught on camera. Why I had this attack isn’t important so I’ll leave that bit out. I’m posting this not for attention or sympathy, but because I have been given this platform on instagram and would like to do some good with it. You guys see most of my life as rainbows and sunshine (cuz no one likes to post the bad parts anyways) , however this is my reality. Constantly having anxiety and being fine one minute, and like this the next. I try to post as much as I can about mental health to bring AWARENESS to it because it is REAL, and is not taught very well in Malaysia, however I have never been able to show you guys until now. I didn’t choose this, I do not want it, and it’s a horrible thing to be constantly fighting a battle no one knows about or sees that’s in your head 24/7 and constantly feeling like a crazy person. It burdens not only you, but the people around you & yet all you can do is apologize when you yourself don’t even want it which is one of the worst feelings ever. I’m very lucky to have a great support system around me that loves & takes good care of me in times like these, however not everyone is as lucky as I am… and so this post is to remind those who suffer from it that you ARE NOT ALONE, & to hopefully bring awareness to the people who don’t know/understand mental illnesses. If I can enlighten even 1 person by posting this, I’ll be happy and will feel like I have used this platform to do something useful & good instead of just for selfish nonsensical reasons. I may or may not delete this, but I just thought that after everything today, & the fact that someone had actually gotten this on camera, that it felt almost like it was my duty to do some good with it. I hope if someone you know has any form of mental health illness that you try your best to be patient with them time & time again which I know can be hard, but is sometimes the best or only thing you can do for that person… to just try your best to understand, and just BE THERE. ❤️❤️ #mentalhealthawareness

A post shared by Kharina K. (@kharina97) on

Kharina pernah mengejutkan pengikutnya apabila beliau telah berkongsi satu video tentang pengalamannya diserang ‘anxiety’. Kes kesihatan mental beliau benar-benar menyedarkan kita bahawa mereka memerlukan sokongan kita.

‘Anxiety’ adalah tindak balas semulajadi tubuh anda terhadap stres. Ia boleh dijelaskan sebagai rasa ketakutan atau kebimbangan mengenai apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sebagai contoh, hari pertama di sekolah, pergi ke temu duga kerja, atau memberi ucapan boleh menyebabkan kebanyakan individ merasa takut dan gugup atau anxiety.

Tetapi jika perasaan kecemasan tersebut berada di tahap melampau, berlanjutan selama lebih daripada enam bulan, dan mengganggu hidup anda, anda mungkin mengalami gangguan anxiety.

Menurutnya Kharina, anxiety bukanlah sesuatu yang dibuat-buat. Sesiapa sahaja boleh mengalaminya, tidak mengira status atau usia. Ya, beliau juga mengalaminya.

Walaupun individu lain melihat beliau sebagai seorang yang selalu bahagia dan seperti tiada masalah, namun tiada siapa akan atau pernah menyangka yang beliau juga mengalami ‘anxiety’.

Baginya, ia bukanlah keadaan yang diminta, tiada siapa mahukan anxiety kerana ia sangat dahsyat. Perasaannya seperti memerangi musuh ghaib yang berada dalam fikiran sendiri yang tiada siapa nampak atau rasa kecuali diri sendiri. Kadangkala, beliau berasa seperti orang gila kerana fikiran yang bercampur-baur disertai dengan keadaan fizikal seperti sesak nafas dan sebagainya. Bukan itu sahaja, anxiety juga sangat membebankan dirinya dan mungkin juga individu-individu di sekelilingnya.

Walau bagaimanapun, beliau berasa sangat bertuah kerana mempunyai sistem sokongan yang hebat daripada keluarga, kawan-kawan dan individu lain di sekelilingnya yang sentiasa menjaganya dengan baik tatkala ‘serangan’ seperti ini berlaku.

Tambahan lagi, Kharina menegaskan betapa pentingnya kefahaman dan kesedaran mengenai penyakit mental seperti ‘anxiety’ dalam kalangan masyarakat. Beliau turut berpesan kepada semua individu untuk sentiasa bersabar dan menyokong jika orang yang mereka sayang atau kenali mempunyai anxiety. Berikan mereka masa untuk menghadapinya. Ia mungkin adalah sukar tetapi kadangkala, itulah pertolongan terbaik yang boleh diberikan kepada mereka.

Siapa atau di mana pun anda berada, ingatlah bahawa ‘anda tidak keseorangan’. Carilah sistem sokongan yang tepat yang boleh membantu anda meringankan apa yang anda rasa, walaupun hanya sekadar luahan. Percayalah, anda akan berasa lebih baik selepas itu.

Summary
Perkongsian Positif Influencers Di Instagram Mengenai Perjuangan Kesihatan Mental Mereka1
Article Name
Perkongsian Positif Influencers Di Instagram Mengenai Perjuangan Kesihatan Mental Mereka1
Description
Stigma kesihatan mental dalam masyarakat sekeliling sangat membimbangkan. Ikuti perkongsian influencers ini tentang perjuangan mereka.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: