keganasan rumah tangga pkp meningkat
kes keganasan rumahtangga semakin meningkat sejak pkp dikuatkuasakan

Kes keganasan rumah tangga PKP meningkat selama dua minggu lebih ini telah berjalan.

Kebimbangan besar yang dirasai oleh kumpulan NGO seperti Women’s Aid Organisation (WAO), All Women’s Action Society,dan Sisters In Islam (SIS) adalah peningkatan risiko keganasan kerana ramai mangsa dan individu yang dianggap berisiko tidak boleh mencari bantuan atau melarikan diri dari pendera sewaktu krisis kesihatan ini berlangsung.

Pegawai sokongan WAO, Tan Heang-Lee berkata bahawa statistik menunjukkan secara purata 14% peningkatan panggilan dan enkuiri WhatsApp tentang keganasan rumah tangga sejak permulaan PKP.

Sebelum PKP dari 1 Mac hingga 17 Mac, WAO berkata mereka menerima secara purata sebanyak 10.5% panggilan dan enkuiri WhatsApp setiap hari.

Tan menjelaskan bahawa keganasan rumah tangga PKP dikaitkan dengan kekuatan dan kawalan. Beliau menyatakan sewaktu PKP, tinggal dalam pengasingan dan kebimbangan isi rumah tentang kesihatan dan kewangan boleh mendorong pendera untuk menunjukkan kekuasaannya.

Individu yang terselamat dari keganasan rumah tangga PKP juga berisiko tinggi kerana mereka terperangkap dalam rumah setiap masa dengan pendera. Adalah lebih berbahaya bagi mereka untuk mendapatkan bantuan kerana si pendera mungkin memantau setiap pergerakan mereka.

Sebagai tambahan, individu tersebut yang tidak boleh bekerja sewaktu PKP mungkin lebih bergantung pada pendera dari segi kewangan.

Tan menambah lagi, PKP memberi impak kepada individu terselamat yang telah meninggalkan pendera kerana mereka mungkin betungkus-lumus untuk mencari kewangan bagi menampung hidup mereka.

Sementara itu, AWAM bersetuju bahawa sewaktu peringkat permulaan PKP, terdapat pengurangan dalam bilangan individu yang meminta pertolongan, namun peningkatan kes tersebut sudah terbukti pada waktu-waktu sebegini.

AWAM mengesyaki kerana terdapat pelbagai saluran yang tersedia, jadi panggilan mungkin dilakukan di merata tempat. Ini kerana inidvidu yang terselamat perlu mencari pelbagai saluran untuk bantuan.

Selalunya, pihak NGO sedar akan kerja masing-masing. Jika AWAM tidak berpeluang untuk menyokong sesuatu kes, kes tersebut akan dirujuk kepada NGO lain yang boleh membantu mangsa.

Bentuk bantuan lain yang diterima AWAM termasuklah mangsa hanya ingin berbual atau meluahkan perasaan ketidakupayaan dan kebingungan mereka sewaktu PKP.

Ini sudah dijangka sewaktu PKP dan pihak kaunseling AWAM sentiasa bersedia untuk membantu mereka. Kadang kala, individu yang meminta bantuan daripada AWAM tidak mahu berbual di telefon, tetapi hanya ingin berbalas mesej.

Tan menjelaskan lagi, sewaktu krisis kesihatan ini, adalah penting untuk pihak masyarakat memainkan peranan mereka dalam membantu dan melindungi individu yang terjejas. Masyarakat perlu sentiasa peka, sekiranya anda mengesyaki seseorang yang anda kenal berada dalam bahaya, hubungilah pihak-pihak NGO ini, atau bagi kes kecemasan hubungilah pihak polis.

Sekiranya anda terdengar jiran-jiran anda bergaduh dan mengesyaki seseorang sedang didiera, bunyikan sahaja loceng rumah mereka. Cara ini memberi isyarat bahawa semua orang sedang melihat. Namun, pastikan anda berada dalam keadaan selamat dahulu sebelum mengatasi situasi tersebut dan anda mungkin boleh minta orang lain pergi bersama anda.

Wanita, bagaimana untuk dapatkan bantuan?

WAO: Mereka telah melanjutkan talian kepada 24 jam dan memberikan nasihat serta sokongan secara maya melalui telefon dan WhatsApp. Jika seseorang yang anda kenal mengalami keganasan rumah tangga PKP, hubungilah talian WAO di 03-79563488 atau WhatsApp TINA di talian 018-9888058.

Laman web: wao.org.my

AWAM: Menawarkan email telenita berbanding panggilan. Anda juga boleh menghantar mesej melalui Facebook atau Twitter. Mereka mempunyai kaunselor yang secara sukarela boleh melakukan panggilan Zoom atau Skype dengan klien mereka.

Email: telenita@awam.org.my 

Facebook: @AWAMMalaysia.

Twitter: @awammalaysia

SIS: Mereka telah melanjutkan talian daripada 8am hingga 10pm (Isnin hingga Jumaat) sehingga 14 April 2020. Anda boleh hubungi atau WhatsApp mereka di talian 011-23701006.

Email: telenisa.sis@gmail.com

Facebook: @officialSIS , @telenisa.sis

Twitter: @Sistersinislam , @telenisa_sis

SUMBER

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mengapa-kes-keganasan-rumah-tangga-meningkat-semasa-pkp-236528

https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2020/07/710299/kes-keganasan-rumah-tangga-tinggi-ketika-pkp

https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2020/04/675315/aduan-keganasan-rumah-tangga-meningkat

Summary
Kes Keganasan Rumah Tangga Meningkat Sewaktu PKP
Article Name
Kes Keganasan Rumah Tangga Meningkat Sewaktu PKP
Description
Kes keganasan rumah tangga di Malaysia meningkat sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) selama dua minggu lebih ini telah berjalan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: