keratokonus
Apabila Keratokonus berkembang, kornea menjadi nipis dan mengembung ke luar dalam bentuk kon, seperti hernia.

Keratokonus adalah penipisan kornea progresif yang menjejaskan 1 daripada 500 orang di Amerika Syarikat. Ia biasanya berlaku dalam kalangan remaja dan umur 20-an, tetapi boleh berlaku dalam hampir setiap dekad kehidupan. Apabila Keratokonus berkembang, kornea menjadi nipis dan mengembung ke luar dalam bentuk kon, seperti hernia.

Seterusnya, keadaan ini boleh menyebabkan penglihatan kabur pada tahap sederhana, bayangan berganda, silau dan gambaran lingkaran cahaya sekeliling objek pada waktu malam. Ia juga boleh dan menjejaskan keupayaan individu untuk menjalani kehidupan yang normal. Selalunya, rabun jauh dan kerosakan pada kanta mata boleh berkembang daripada Keratokonus. Gejala lain masalah ini termasuklah bengkak dan parut pada kornea.

 

Simptom Keratokonus

Tanda-tanda dan simptom Keratokonus mungkin berubah apabila penyakit itu semakin berkembang. Ia termasuklah:

  • Penglihatan yang kabur atau terganggu.
  • Lebih sensitif kepada cahaya terang dan silau, yang boleh menyebabkan masalah apabila memandu pada waktu malam.
  • Perlu mengubah preskripsi kacamata dengan kerap.
  • Berlaku penglihatan yang teruk secara mendadak.

 

Punca Keratokonus

Serat protein kecil pada mata yang dipanggil kolagen membantu memegang kornea di tempatnya dan memastikan ia tidak membonjol. Apabila serat protein ini menjadi lemah, mereka tidak boleh memegang bentuk dan kornea berubah menjadi bentuk kon.

Keratokonus berlaku disebabkan pengurangan antioksidan pelindung dalam kornea. Sel kornea kemudian menghasilkan produk yang rosak, seperti ekzos dari kereta. Biasanya, antioksidan akan membuangnya dan melindungi serat kolagen. Sekiranya tahap antioksidan adalah rendah, kolagen akan menjadi lemah dan kornea akan mengembung.

 

Diagnosis Keratokonus

Bagi mendiagnosis Keratokonus, doktor mata (pakar mata atau optometris) akan menyemak sejarah perubatan dan keluarga anda. Selain itu, pemeriksaan mata akan dijalankan. Doktor kemudian akan melakukan ujian lain bagi menentukan lebih banyak maklumat tentang bentuk kornea anda. Ujian untuk mendiagnosis Keratokonus termasuklah:

  • Pembiasan mata. Dalam ujian ini, doktor mata akan menggunakan peralatan khas untuk mengukur mata anda bagi memeriksa masalah penglihatan. Dia mungkin meminta anda melihat melalui peranti yang mengandungi roda kanta yang berbeza-beza (phoropter) bagi membantu menilai kombinasi mana yang memberikan anda penglihatan yang paling ketara. Sesetengah doktor juga boleh menggunakan alat tangan (retinoscope) untuk menilai mata anda.
  • Pemeriksaan lampu slit. Dalam ujian ini, doktor akan menyuluh cahaya menegak pada permukaan mata dan menggunakan mikroskop berkuasa rendah untuk melihat mata anda. Doktor juga akan menilai bentuk kornea dan mencari masalah lain yang berpotensi menyebabkan masalah ini pada mata anda.
  • Keratometri. Dalam ujian ini, doktor mata memfokuskan lingkaran cahaya pada kornea anda dan mengukur pantulan untuk menentukan bentuk asas kornea anda.
  • Pemetaan kornea berkomputer. Ujian fotografi khas, seperti tomografi koheren optik dan topografi kornea akan merekod kornea anda untuk mewujudkan peta bentuk permukaan kornea secara terperinci. Ujian ini juga boleh mengukur ketebalan kornea anda.

 

Faktor Risiko Keratokonus

Faktor-faktor ini boleh meningkatkan peluang anda untuk mendapat Keratokonus:

  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap Keratokonus.
  • Menggosok mata dengan kuat.
  • Mempunyai keadaan tertentu, seperti pigmentosa retinitis, sindrom Down, sindrom Ehlers-Danlos, demam alergi dan asma.

 

Rawatan Keratokonus

Seorang pakar dermatologi boleh menolak faktor lain yang mungkin menyebabkan kulit kasar dan berbonggol. Sekiranya diagnosisnya adalah Keratosis pilaris, doktor mungkin menetapkan satu ‘exfoliant’ kimia yang lebih kuat atau mengesyorkan kortikosteroid.

Selain itu, doktor juga akan memberi nasihat berkenaan gaya hidup, atau memberi krim pelembap yang khusus.

Jika Keratosis pilaris tidak bertindak balas terhadap rawatan tradisional, terapi laser dapat mengurangkan kemerahan dan keradangan yang berlaku. Hasilnya bersifat  sementara jadi rawatan laser mungkin perlu dilakukan lagi apabila masalah Keratosis pilaris berlaku lagi.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://sinahealthtour.com/blog/what-is-keratoconus/

SUMBER

https://www.webmd.com/eye-health/eye-health-keratoconus

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/keratoconus/symptoms-causes/syc-20351352

https://www.news-medical.net/?tag=/Keratoconus

https://www.allaboutvision.com/conditions/keratoconus.htm

Summary
Keratokonus berlaku apabila kornea menjadi nipis dan mengembung ke luar dalam bentuk kon, seperti hernia. Keadaan ini boleh menyebabkan penglihatan kabur pada tahap sederhana, bayangan berganda, silau dan gambaran lingkaran cahaya sekeliling objek pada waktu malam.
Article Name
Keratokonus berlaku apabila kornea menjadi nipis dan mengembung ke luar dalam bentuk kon, seperti hernia. Keadaan ini boleh menyebabkan penglihatan kabur pada tahap sederhana, bayangan berganda, silau dan gambaran lingkaran cahaya sekeliling objek pada waktu malam.
Description
Keratokonus berlaku apabila kornea menjadi nipis dan mengembung ke luar dalam bentuk kon, seperti hernia. Keadaan ini boleh menyebabkan penglihatan kabur pada tahap sederhana, bayangan berganda, silau dan gambaran lingkaran cahaya sekeliling objek pada waktu malam.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: