kerap kencing
Kerap kencing adalah keadaan di mana anda perlu membuang air kencing lebih kerap daripada biasa. Keinginan untuk membuang air kencing boleh tiba – tiba berlaku

Kerap kencing adalah keadaan di mana anda perlu membuang air kencing lebih kerap daripada biasa. Keinginan untuk membuang air kencing boleh tiba – tiba berlaku dan menyebabkan anda hilang kawalan pada pundi kencing anda. Ia boleh membuatkan anda tidak selesa, seolah – olah pundi kencing anda sudah penuh.

Punca

Kerap kencing boleh jadi simptom kepada masalah lain daripada penyakit buah pinggang atau sebenarnya hanya kerana minum terlalu banyak air.

Apabila kerap buang air kencing berlaku bersama dengan demam, terdesak untuk membuang air kencing dan rasa sakit dan tidak selesa di bawah abdomen, anda mungkin mengalami jangkitan saluran air kencing. Kemungkinan punca kerap kencing termasuklah :

  • Diabetes. Kerap buang air kencing dengan jumlah air kencing banyak yang tidak normal selalunya menjadi simptom awal diabetes jenis 1 dan 2 kerana tubuh badan cuba untuk menyingkirkan glukosa yang tidak digunakan melalui air kencing
  • Mengandung. Pada awal kehamilan, janin yang membesar memberikan tekanan pada pundi kencing menyebabkan anda kerap buang air kencing.
  • Masalah prostat. Prostat yang membesar boleh menekan urethra (saluran yang membawa air kencing keluar daripada badan) dan menghalang peredaran air kencing. Ini menyebabkan dinding pundi kencing menjadi iritasi. Pundi kencing mula mengecut meskipun apabila ia hanya mengandungi air kencing yang sedikit, menyebabkan kerap kencing berlaku.
  • Interstitial cystitis. Keadaan di mana punca yang tidak diketahui dengan ciri menyakitkan pundi kencing dan bahagian pelviks. Selalunya, simptom ini termasuklah rasa keinginan dan / atau kerap kencing.
  • Penggunaan diuretik. Ubat ini digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau pembentukkan cecair pada buah pinggang dan pengeluaran cecair berlebihan daripada badan, menyebabkan kerap buang air kencing.
  • Strok atau penyakit neurologikal lain. Kerosakan pada saraf pundi kencing boleh menyebabkan masalah fungsi pundi kencing, termasuklah kerap dan keperluan buang air kencing dengan segera.

Punca yang kurang berlaku termasuklah kanser pundi kencing, disfungsi pundi kencing dan terapi radiasi.

Selalunya kerap kencing bukanlah simptom sesuatu masalah kesihatan, tetapi ia sememangnya masalah kesihatan.

Di kalangan individu yang mengalami sindrom pundi kencing yang terlebih aktif, perembesan pundi kencing tiba – tiba menyebabkan kerap dan terdesak untuk membuang air kencing membuatkan anda perlu ke bilik air pada masa itu juga meskipun pundi kencing anda tidak penuh lagi.

Ia juga menyebabkan anda bangun sesekali pada waktu malam untuk menggunakan tandas.

Simptom

Salah satu simptom utama poliuria adalah kerap kencing. Jika terdapat simptom lain, ia mungkin menunjukkan keadaan serius lain.

  • Nocturia, contohnya adalah keadaan di mana anda perlu untuk membuang air kencing, ketika anda tidur. Ia boleh menjadi simptom diabetes insipidus atau diabetes mellitus.

Simptom lain yang memerlukan pemeriksaan lanjut termasuklah :

  • Rasa sakit atau ketidakselesaan ketika membuang air kencing
  • Air kencing yang berdarah, keruh atau warna yang tidak normal
  • Kawalan pundi kencing semakin berkurangan atau kencing tak lawas
  • Sukar buang air kencing meskipun terasa perlu untuk membuang air kencing
  • Keputihan keluar daripada faraj atau zakar
  • Bertambah selera makan atau dahaga
  • Demam atau rasa sejuk badan
  • Mual atau muntah
  • Sakit bawah belakang badan atau sisi

Jika terdapat simptom lain, atau kekerapan buang air kencing mempengaruhi kualiti hidup anda adalah lebih baik untuk berjumpa doktor.

Kerap kencing boleh menunjukkan jangkitan buah pinggang, jika ia tidak dirawat akan merosakkan buah pinggang secara kekal.

Tambahan lagi, bakteria yang menyebabkan jangkitan boleh memasuki saluran darah, menjangkiti bahagian badan lain. Ia boleh meragut nyawa anda jadi ia tidak sepatutnya diabaikan sahaja.

Faktor Risiko

Sesetengah faktor risiko boleh meningkatkan risiko anda mengalami kerap buang air kencing. Sesetengah faktor risiko seperti umur dan jantina adalah di luar kuasa anda. Faktor risiko lain seperti obesiti, boleh dicegah dan dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Faktor risiko termasuklah :

  • Umur – Ia boleh terjadi pada apa jua usia, tetapi risiko anda meningkat apabila anda semakin tua. Usia boleh meningkatkan risiko keadaan kesihatan lain yang boleh mempengaruhi kawalan pundi kencing.
  • Jantina : Wanita lebih berisiko mengalami kencing tak lawas berbanding lelaki, seperti yang dilaporkan oleh National Institute on Aging. Ia menunjukkan bagaimana haid, kehamilan dan menopaus mempengaruhi tahap hormon wanita dan otot dinding pelviks.
  • Obesiti : Membawa berat berlebihan boleh meletakkan tekanan pada pundi kencing anda. Obesiti boleh menyebabkan keadaan kesihatan yang boleh mempengaruhi peredaran darah dan pergerakan saraf pada pundi kencing anda.

Diagnosis

Doktor akan menjalani pemeriksaan fizikal dan mengenal pasti sejarah anda dengan bertanyakan kekerapan anda membuang air kencing dan simptom lain.

Doktor mungkin akan bertanyakan tentang :

  • Corak kekerapan anda membuang air kencing, contohnya bila ia berlaku, bagaimana boleh berubah dan pada waktu bila ia sering berlaku
  • Ubat yang anda ambil
  • Berapa banyak cecair yang anda ambil
  • Sebarang perubahan pada warna, bau dan konsistensi air kencing anda
  • Berapa banyak kafein dan arak yang diambil dan sama ada ia berubah kebelakangan ini

Ujian termasuklah :

  • Analisis air kencing untuk mengenal pasti sebarang perkara yang tidak normal pada air kencing anda
  • Ultrasound untuk imej visual buah pinggang
  • Filem x-ray atau imbasan CT abdomen dan pelviks
  • Ujian neurological untuk mengenal pasti gangguan saraf
  • Menguji STI

Anda sama ada lelaki atau wanita akan dirujuk kepada pakar urologi atau bagi wanita mungkin akan dirujuk kepada pakar sakit puan (ginekologi).

– Ujian urodinamik

Ujian urodinamik menaksir keberkesanan pundi kencing dalam menyimpan dan merembeskan air kencing dan memeriksa fungsi saluran air kencing.

Pemeriksaan ringkas seperti :

  • Mengira masa yang diambil untuk menghasilkan aliran kencing
  • Mencatat jumlah air kencing yang dihasilkan
  • Menyukat kemampuan untuk menghentikan aliran air kencing yang sedang mengalir

Untuk mendapatkan ukuran tepat, pakar perubatan mungkin menggunakan :

  • Peralatan pengimejan – untuk memerhati pundi kencing diisi dan dikosongkan
  • Skrin paparan – untuk mengira tekanan di dalam pundi kencing
  • Sensor – untuk mencatat pergerakan saraf dan otot

Pesakit mungkin perlu mengubah pengambilan cecair atau menghentikan pengambilan sesetengah ubat sebelum ujian. Mereka mungkin perlu tiba di klinik dengan pundi kencing yang penuh.

Rawatan

Rawatan kerap kencing bergantung pada punca. Doktor anda akan merawat penyakit yang menyebabkan kerap kencing. Jika jangkitan adalah puncanya, doktor anda akan preskripkan antibiotik untuk menghilangkan jangkitan.

Ubat yang mengawal kekejangan otot pada pundi kencing boleh membantu mengurangkan kencing tidak lawas atau hilang kawalan pundi kencing.

Doktor anda juga menyarankan senaman pelviks seperti Kegel atau senaman latihan semula pundi kencing, membantu melambatkan buang air kencing.

– Akupuntur

Akupuntur adalah bentuk pemulihan Cina kuno yang digunakan untuk merawat penyakit sejak berabad lamanya. Ia sering digunakan untuk keadaan seperti kencing tidak lawas dan kerap kencing.

SUMBER

https://www.webmd.com/urinary-incontinence-oab/frequent-urination-causes-and-treatments

https://www.medicalnewstoday.com/articles/70782#symptoms

https://www.healthline.com/health/overactive-bladder/frequent-urination-women#treatment

https://www.healthline.com/health/overactive-bladder-causes#risk-factors

Summary
Kerap kencing - Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Article Name
Kerap kencing - Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Description
Kerap kencing adalah keadaan di mana anda perlu membuang air kencing lebih kerap daripada biasa. Ia boleh jadi simptom kepada penyakit buah pinggang atau berpunca kerana minum terlalu banyak air.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: