kerusi keselamatan kanak-kanak
Kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak bermula Januari 2020.

Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak telah diwajibkan bermula 1 Januari 2020 atas tujuan keselamatan mereka. Isu ini perlu dilaksanakan kerana golongan kanak-kanak biasanya lebih terdedah untuk mengalami kecederaan mahupun kematian kerana tidak memakai tali pinggang keledar berbanding ibu bapa yang memakainya di tempat duduk hadapan.

Jadi, apakah yang perlu kita ketahui sebelum membeli kerusi keselamatan kanak-kanak ini?

Bagaimana memilih kerusi keselamatan kanak-kanak yang sesuai?

Memilih kerusi keselamatan kanak-kanak dengan betul adalah penting agar ia tidak menyebabkan masalah di kemudian hari. Memandangkan harga kerusi keselamatan ini agak mahal, anda pasti tidak mahu menukarnya beberapa kali setahun bukan? Mari ikuti tip di bawah sebelum membeli kerusi keselamatan kanak-kanak buat anak anda.

  • Pilih kerusi yang boleh dipasang dengan kemas di dalam kereta anda. – Pastikan ia mempunyai pemegang agar ia mudah untuk dibawa keluar dalam situasi tertentu. Kerusi keselamatan ini biasanya akan mengambil ruang bagi satu tempat duduk, jadi pastikan ia dipasang dalam lingkungan kawasan itu sahaja
  • Mempunyai ciri keselamatan terbaik buat anak anda – Biasanya, kerusi yang menghadap ke belakang adalah lebih baik buat kanak-kanak kecil. Apabila anak anda sudah semakin membesar, posisi tersebut boleh diubah semula. Cari model kerusi keselamatan kanak-kanak yang membolehkan anda menukar posisi dengan mudah.
  • Dilengkapi dengan pelarasan tali pinggang – Ini amat penting kerana pelarasan tali pinggang boleh dibuat mengikut berat anak anda. Jadi, ia boleh memberi lebih keselesaan kepada mereka dan juga memudahkan anda untuk mengawal kelarasan tersebut.
  • Tahan lebih lama. Dapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak yang kukuh dan versatil agar ia boleh digunakan selama beberapa tahun semasa anak anda membesar. Kerusi ini tidak semestinya digunakan dalam kereta sahaja, malah boleh juga digunakan dalam beberapa situasi yang berbeza. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kos untuk membeli kerusi keselamatan ini bagi tujuan yang berbeza.

Baik, sekarang mari kita lihat jenis kerusi keselamatan yang ada di pasaran.

Tidak semua jenis kerusi keselamatan adalah berguna buat anak kita. Justeru itu, kita haruslah memilih jenis yang sesuai dengan umur, berat. ketinggian dan cara penggunaan yang betul. Jadual di bawah mungkin boleh dijadikan panduan sebelum anda membuat pilihan tentang kerusi keselamatan kanak-kanak yang tertentu.

Kini, anda pasti mempunyai sedikit gambaran tentang kerusi keselamatan yang mana perlu dibeli bukan? Bagi mengukuhkan lagi pemahaman anda, gambaran tentang jenis kerusi ini boleh dilihat di bawah.

Berikutan harganya, setiap satu kerusi keselamatan ini mempunyai harga yang bervariasi mengikut jenama yang anda inginkan. Lebih terkenal jenama itu, lebih mahal harga kerusi keselamatan ini. Jadi, pastikan anda membeli jenis yang sesuai dengan pendapatan anda tetapi masih lagi mempunyai kriteria-kriteria yang diperlukan.

Biasanya, harga yang dikatakan berpatutan bermula dari RM300+ dan boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Jika anda mahu berjimat cermat, sentiasa cari peluang untuk membelinya ketika ada jualan murah semasa perayaan mahupun promosi tertentu. Selain itu, anda juga boleh memilih kerusi keselamatan yang boleh dipakai buat masa yang lama agar ia juga boleh digunakan oleh anak anda yang seterusnya.

SUMBER

https://www.webmd.com/parenting/baby/stay-safe-in-car#1

https://www.healthline.com/health/parenting/booster-seat-weight

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/car-seat-safety/art-20043939\

https://www.medicalnewstoday.com/articles/327330

Summary
Kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak: Apakah yang perlu kita ketahui?
Article Name
Kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak: Apakah yang perlu kita ketahui?
Description
Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak telah diwajibkan bermula 1 Januari 2020 . Namun, apakah aspek penting yang perlu diketahui sebelum membelinya?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: