keraguan kencing
Masalah keraguan kencing berlaku apabila seseorang mengalami masalah untuk memulakan atau mengekalkan aliran air kencing.

Pengenalan

Masalah keraguan kencing berlaku apabila seseorang mengalami masalah untuk memulakan atau mengekalkan aliran air kencing. Walaupun ia paling biasa berlaku pada individu lelaki yang lebih tua kerana pembesaran prostat yang terjadi, ia masih boleh berlaku kepada mana-mana lelaki dan wanita dari mana-mana umur. Sesiapa yang mengalami gejala keraguan kencing perlu berbincang dengan doktor bagi menolak sebarang sebab kesihatan lain.

Penerangan

Gejala utama bagi masalah ini adalah kesukaran untuk memulakan atau mengekalkan aliran air kencing.

Masalah keraguan kencing ini sering berkembang secara perlahan dari masa ke masa. Perkembangan yang lambat ini menjadikan keadaan sukar dikenal pasti sehinggalah seseorang kehilangan keupayaan untuk mengosongkan pundi kencing sepenuhnya.

Apabila ini berlaku, ia dipanggil sebagai penahanan air kencing. Ini juga boleh menyebabkan pembengkakan dan ketidakselesaan dalam pundi kencing dan merupakan satu masalah kecemasan perubatan.

Seterusnya, individu lain mungkin dapat mengenal pasti masalah keraguan kencing sebelum ia menjadi masalah penahanan air kencing. Dalam kes-kes ini, seseorang mungkin menghadapi masalah untuk memulakan kencing atau mungkin sukar untuk mengekalkan aliran air kencing yang mantap sebaik sahaja mula membuang air kecil.

Di samping itu, individu yang mengalami masalah sebegini perlu mendapatkan perhatian segera jika mereka mengalami mana-mana gejala yang berikut:

  • Ketidakupayaan untuk membuang air kencing sama sekali
  • Demam
  • Bergegar
  • Sakit belakang
  • Menggigil
  • Muntah

Penyebab yang berkemungkinan

Terdapat pelbagai punca yang berkemungkinan menyebabkan masalah kencing. Sesetengahnya memberi kesan kepada lelaki dan wanita, sementara yang lain hanya mempengaruhi satu jantina sahaja.

Antara sebab yang paling biasa termasuklah:

  • Kerosakan saraf akibat kemalangan, strok, diabetes atau kerosakan otak
  • Anestesia daripada pembedahan
  • Jangkitan saluran kencing
  • Batu karang atau batu pundi kencing
  • Pembedahan pada mana-mana bahagian saluran kencing
  • Penggunaan ubat seperti decongestants
  • Jangkitan seksual
  • Tumor kanser yang menyebabkan penyumbatan
  • Keadaan psikologi
  • Gangguan otot pundi kencing
  • Disfungsi kurang upaya
  • Penyebab biasa untuk lelaki

Satu punca biasa bagi masalah keraguan kencing pada lelaki adalah prostat yang membesar. Ini adalah penyebab yang paling biasa bagi individu lelaki yang lebih berumur, namun pembesaran prostat juga boleh menjejaskan lelaki muda.

Prostat adalah kelenjar unik yang mengelilingi uretra. Uretra pula adalah tiub yang mengangkut air kencing dari badan. Apabila prostat membesar dari masa ke masa, ia akan meletakkan tekanan pada uretra. Tekanan yang semakin meningkat ini boleh menyebabkan seseorang sukar untuk memulakan atau mengekalkan aliran air kencing.

Juga, individu lelaki mungkin mengalami keradangan prostat yang disebut sebagai prostatitis disebabkan jangkitan. Masalah keradangan ini juga dapat memberikan tekanan ke atas kawasan sekitar uretra dan boleh menyebabkan kesukaran untuk kencing.

  • Penyebab yang biasa untuk wanita

Wanita adalah kurang berisiko mendapat masalah keraguan kencing seperti golongan lelaki. Walau bagaimanapun, wanita boleh mengalami masalah ini semasa mengandung dan selepas melahirkan anak.

Wanita mungkin akan mengalami masalah kencing selepas bersalin jika mereka mengalami mana-mana keadaan yang berikut:

  • Peringkat kedua kelahiran yang berpanjangan
  • Episiotomi
  • Koyakan perineal
  • Penggunaan ‘forseps’ atau vakum semasa bersalin
  • Penggunaan epidural
  • Bayi berat lebih dari 4kg

Masalah keraguan kencing ini adalah agak biasa selepas bersalin kerana berlakunya trauma pada saraf di sekeliling pundi kencing dan saluran kencing.

Jadi, rawatan pundi kencing selepas bersalin yang betul, termasuklah mengosongkan pundi kencing sekurang-kurangnya sekali setiap 6 jam boleh membantu mencegah jangkitan dan melegakan masalah kencing selepas bersalin.

Jangkitan saluran kencing adalah satu lagi punca biasa yang menyebabkan masalah kencing di kalangan wanita.

Bila perlu menghubungi doktor

Jika anda mengalami masalah kencing yang berterusan atau berulang, berjumpalah dengan doktor anda. Mereka boleh membantu menentukan punca keadaan anda dan mengesyorkan rawatan untuk membantu melegakan gejala yang dialami.

Dalam sesetengah kes, masalah keraguan kencing mungkin merupakan tanda bagi keadaan perubatan kecemasan. Anda perlu mendapatkan bantuan segera sekiranya anda mengalami masalah buang air kecil bersama-sama:

  • Muntah
  • Demam
  • Bergetar
  • Menggigil
  • Sakit belakang bahagian bawah

Anda juga harus mendapatkan bantuan kecemasan jika anda tidak boleh membuang air kecil sama sekali. Keadaan ini dipanggil pengekalan kencing. Ia boleh menjadi sangat serius jika tidak dirawat dengan cepat.

Apa yang boleh dijangkakan di klinik

Bagi mendiagnosis faktor lain yang boleh menyebabkan masalah keraguan kencing atau masalah lain berkaitan dengan pembuangan air kecil, doktor mungkin akan bermula dengan mengambil sejarah perubatan anda. Contohnya, mereka ingin tahu:

  • Berapa lama anda sudah mengalami masalah kencing
  • Adakah ia berkembang secara perlahan atau tiba-tiba
  • Adakah aliran air kencing anda lemah
  • Aadkah terdapat apa-apa yang seperti boleh melegakan atau memburukkan gejala anda

Mereka juga mungkin bertanyakan tentang gejala lain yang anda alami. Pastikan anda memaklumkan sebarang keadaan perubatan lain yang telah didiagnosis dan apa-apa ubat-ubatan atau makanan tambahan yang diambil.

Selain itu, doktor boleh menjalankan satu atau lebih ujian untuk membantu menentukan punca simptom anda. Sebagai contoh, mereka boleh mengumpul sampel air kencing anda untuk dianalisis.

Malah, mereka boleh mengesat sedikit bahagian dalam uretra anda. Dalam beberapa kes, mereka mungkin perlu memasukkan tiub fleksibel kecil yang dikenali sebagai kateter ke dalam uretra tersebut bagi mengumpul sampel air kencing secara langsung dari pundi kencing anda.

Doktor anda juga boleh menjalankan satu atau lebih kajian urodinamik seperti berikut:

  • Uroflowmetry mengukur jumlah dan kadar aliran air kencing yang dikeluarkan semasa anda mengosongkan pundi kencing anda.
  • Ujian aliran tekanan memerlukan kateter untuk mengukur tekanan dalam pundi kencing anda, yang kemudiannya dibandingkan dengan kadar aliran semasa anda membuang air kecil.
  • Ujian urodinamik video menggunakan cecair khas yang diletakkan melalui kateter ke dalam pundi kencing anda untuk mencipta pencahayaan kontras semasa mengisi dan mengosongkan pundi kencing.

Jika anda adalah individu lelaki, doktor boleh menjalankan ujian prostat rektum. Mereka juga boleh menghasilkan imej prostat anda menggunakan ultrabunyi atau teknologi pengimejan lain.

Rawatan

Pelan rawatan yang disyorkan oleh doktor bergantung kepada punca yang menyebabkan gejala anda. Bergantung kepada diagnosis yang dibuat, mereka boleh mengesyorkan penggunaan ubat-ubatan, pembedahan atau rawatan lain.

Dalam beberapa kes, rawatan di rumah boleh membantu melegakan gejala anda. Sebagai contoh, anda boleh meletakkan botol air panas atau pad pemanas pada bahagian abdomen bawah. Ini dapat membantu melegakan otot dan boleh meningkatkan aliran air kencing anda.

Mengurut kawasan terjejas dengan lembut juga boleh membantu meningkatkan aliran air kencing. Serta, pastikan anda minum banyak cecair kerana ia adalah satu langkah yang sangat penting bagi membendung masalah ini.

Sumber:

https://www.webmd.com/multiple-sclerosis/qa/what-is-urinary-hesitancy

https://www.medicalnewstoday.com/articles/321087

https://www.healthline.com/health/urination-difficulty-with-flow

https://medlineplus.gov/ency/article/003143.htm

Summary
Keraguan kencing (Urinating hesistancy)
Article Name
Keraguan kencing (Urinating hesistancy)
Description
Masalah keraguan kencing berlaku apabila seseorang mengalami masalah untuk memulakan atau mengekalkan aliran air kencing.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: