keradangan paru-paru
Keradangan paru-paru atau juga dikenali sebagai pneumonia adalah jangkitan paru-paru yang boleh dikategorikan sebagai masalah ringan atau sangat serius sehingga memerlukan anda pergi ke hospital

Keradangan paru-paru atau juga dikenali sebagai pneumonia adalah jangkitan paru-paru yang boleh dikategorikan sebagai masalah ringan atau sangat serius sehingga memerlukan anda pergi ke hospital.

Penyakit ini berlaku apabila jangkitan menyebabkan kantung udara paru-paru (doktor memanggilnya sebagai “alveoli”) berisi dengan cecair atau nanah. Ini boleh menyebabkan anda sukar bernafas walaupun dengan kadar oksigen yang mencukupi untuk mencapai aliran darah anda. 

Sesiapa sahaja boleh mendapat jangkitan paru-paru ini. Namun begitu, bayi yang lebih muda dari usia 2 tahun dan individu berusia 65 tahun mempunyai kemungkinan paling tinggi untuk menghidap penyakit ini. Ini berlaku kerana sistem imun mereka mungkin tidak cukup kuat untuk melawan jangkitan.

Selain itu, anda boleh menghidap keradangan paru-paru pada satu atau kedua-dua belah paru-paru. Anda juga boleh memilikinya tanpa sedar. Keadaan ini dipanggil sebagai “keradangan paru-paru berjalan” oleh doktor. Jika penyakit pneumonia terjadi disebabkan bakteria atau virus, anda boleh menyebarkannya kepada orang lain.

Tabiat gaya hidup, seperti merokok dan minum terlalu banyak minuman keras juga boleh meningkatkan peluang anda mendapat penyakit ini.

Simptom Keradangan Paru-paru

Tanda-tanda dan gejala penyakit pneumonia bervariasi daripada jenis ringan hingga yang serius. Ini bergantung kepada faktor-faktor seperti jenis kuman yang menyebabkan jangkitan, umur serta tahap kesihatan keseluruhan anda. Di samping itu, gejala ringan pula biasanya serupa dengan selesema, tetapi mereka bertahan lebih lama.

Tanda dan gejala keradangan paru-paru mungkin termasuk:

  • Sakit dada apabila anda bernafas atau batuk.
  • Kekeliruan atau perubahan kesedaran mental (pada orang dewasa berumur 65 tahun ke atas).
  • Batuk, yang boleh menghasilkan kahak.
  • Keletihan.
  • Demam, berpeluh dan menggigil.
  • Suhu badan lebih rendah daripada suhu badan normal (pada orang dewasa berumur lebih dari 65 tahun dan bagi individu dengan sistem imun yang lemah)
  • Mual, muntah atau cirit-birit.
  • Sesak nafas.

Bayi yang baru lahir dan golongan bayi mungkin tidak menunjukkan apa-apa tanda jangkitan. Namun, mereka mungkin juga muntah, demam dan batuk, kelihatan gelisah atau penat dan tidak mempunyai tenaga, atau mengalami kesukaran bernafas dan makan.

Punca Keradangan Paru-paru

Bakteria, virus, atau kulat boleh menyebabkan keradangan paru-paru atau pneumonia ini.

Sebab utama pneumonia termasuk:

  • Virus selesema.
  • Virus demam.
  • Virus ‘Respiratory syncytial virus – RSV’ (penyebab utama pneumonia pada bayi berumur 1 tahun atau lebih muda).
  • Bakteria dipanggil pneumonia streptokokus dan pneumonia mikoplasma.

Sesetengah individu mendapat masalah “keradangan paru-paru yang berkaitan dengan ventilator” jika mereka mendapat jangkitan semasa menggunakan mesin itu. Ventilator adalah sebuah mesin di hospital yang boleh membantu anda bernafas dengan lebih baik.

Sekiranya anda mendapat penyakit pneumonia semasa berada di hospital dan bukannya kerana menggunakan ventilator, keadaan ini dikenali sebagai keradangan paru-paru “diperoleh di hospital”. Namun begitu, kebanyakan orang mendapat “keradangan paru-paru yang diperoleh daripada komuniti” yang bermaksud bahawa mereka tidak mendapatnya di hospital.

Diagnosis Keradangan Paru-paru

Doktor akan memulakan prosedur dengan bertanyakan tentang sejarah perubatan anda dan melakukan pemeriksaan fizikal, termasuk mendengar paru-paru dengan stetoskop. Ini dilakukan untuk memeriksa bunyi rancak yang tidak masuk akal atau bunyi berdetus yang mencetuskan masalah keradangan paru-paru.

Sekiranya doktor mengesyaki ianya adalah keadaan pneumonia, doktor boleh mencadangkan ujian berikut:

  • Ujian darah. Ujian darah dilakukan untuk mengesahkan jangkitan serta untuk mengenal pasti jenis organisma mana yang menyebabkan jangkitan. Walau bagaimanapun, pengesahan yang tepat biasanya tidak berlaku.
  • Sinar-X (X-ray) dada. Ujian ini membantu doktor mendiagnosis keradangan paru-paru dan menentukan tahap dan lokasi jangkitan. Walau bagaimanapun, ia tidak dapat memberitahu doktor tentang jenis kuman apa yang menyebabkan masalah itu
  • Oksimetri nadi. Ujian ini mengukur paras oksigen dalam darah anda. Penyakit pneumonia boleh menghalang paru-paru anda daripada menghantar oksigen yang mencukupi ke dalam aliran darah anda.
  • Ujian sputum. Ujian ini mengambil sampel cecair daripada paru-paru anda (kahak) selepas batuk yang mendalam dan dianalisis bagi membantu menentukan punca jangkitan.

Seterusnya, doktor mungkin meminta anda melakukan ujian tambahan jika anda berusia lebih daripada 65 tahun, sedang menerima rawatan di hospital atau mempunyai gejala atau keadaan kesihatan serius. Ini termasuk:

  • Imbasan tomografi berkomputer (CT scan). Sekiranya keradangan paru-paru anda tidak dikosongkan secepat yang mungkin, doktor boleh mengesyorkan imbasan CT dada untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci mengenai paru-paru anda.   
  • Kultur cecair pleura. Sampel cecair diambil dengan meletakkan jarum di antara tulang rusuk anda daripada kawasan pleura. Ia kemudian dianalisis untuk membantu menentukan jenis jangkitan yang berlaku.

Faktor Risiko Keradangan Paru-paru

Keradangan paru-paru boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Namun, kedua-dua kumpulan umur yang lebih berisiko tinggi adalah:

  • Kanak-kanak berumur 2 tahun atau lebih muda dari usia tersebut.
  • Individu berumur 65 tahun ke atas.

Faktor risiko lain termasuk:

  • Ditahan di wad. Anda mempunyai risiko mendapat penyakit pneumonia yang lebih tinggi jika anda berada di unit penjagaan rapi hospital terutamanya jika anda menggunakan mesin untuk membantu anda bernafas (ventilator).
  • Penyakit kronik. Anda lebih cenderung untuk mendapatkan keradangan paru-paru jika anda mempunyai asma, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) atau penyakit jantung.
  • Merokok. Merokok boleh merosakkan pertahanan semula jadi badan anda terhadap bakteria dan virus yang boleh menyebabkan keradangan paru-paru.
  • Sistem imun yang lemah atau terkawal. Individu yang mempunyai penyakit HIV/ AIDS mahupun individu yang telah menjalani pemindahan organ atau individu yang menerima kemoterapi atau steroid jangka panjang lebih berisiko menghidap penyakit ini. 

Rawatan Keradangan Paru-paru

  • Pengambilan ubat antibiotik. Jika anda mempunyai keradangan paru-paru bakteria, anda akan mendapat preskripsi ubat antibiotik. Pastikan anda mengambil kesemua ubat yang diberikan oleh doktor, walaupun setelah anda mula berasa lebih baik.
  • Rehat, minum banyak air dan makan ubat preskripsi. Seterusnya, sekiranya anda mengalami keradangan paru-paru virus, antibiotik tidak akan membantu. Anda perlu berehat, minum banyak cecair dan mengambil ubat untuk merawat gejala demam anda.

Anda mungkin perlu pergi ke hospital jika gejala anda bertambah serius atau jika anda mempunyai keadaan lain yang membuatkan anda lebih cenderung mendapat sebarang komplikasi.

Mana-mana jenis pnemonia memerlukan kadar rehat yang banyak. Anda mungkin memerlukan tempoh seminggu untuk berehat daripada melakukan rutin biasa anda, tetapi tanda letih itu mungkin masih dirasai selama sebulan.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/pneumonia#:~:text=Pneumonia%20is%20an%20infection%20in,making%20it%20difficult%20to%20breathe.

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pneumonia/symptoms-causes/syc-20354204

https://www.webmd.com/lung/understanding-pneumonia-basics

https://www.medicalnewstoday.com/articles/151632

Summary
Keradangan Paru-paru (Pneumonia) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Keradangan Paru-paru (Pneumonia) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Keradangan paru-paru (pneumonia) adalah jangkitan paru-paru yang dikategorikan sebagai masalah ringan atau serius sehingga memerlukan kemasukan ke hospital.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: