Now Reading
Keracunan ‘cyanide’ – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Keracunan ‘cyanide’ – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Keracunan cyanide

Keracunan ‘cyanide’ adalah keadaan yang berkembang ketika anda menyedut, menyentuh atau menelan ‘cyanide’. ‘Cyanide’ adalah gas kimia beracun yang menghalang tubuh anda daripada menyerap oksigen. Kekurangan oksigen boleh merosakkan organ dan mengancam nyawa anda.

Selain itu, bahan ini boleh merujuk kepada bahan kimia yang mengandungi ikatan karbon-nitrogen (CN), dan boleh didapati di beberapa tempat yang mengejutkan seperti:

  • Kilang yang membuat plastik, kertas, barang-barang kemas, atau tekstil
  • Dalam tanah, baik secara semula jadi atau daripada proses industri
  • Asap daripada api atau rokok, atau ekzos dari kereta
  • Digunakan sebagai tindakan keganasan walaupun ia jarang berlaku

Bentuk ‘cyanide’ yang boleh mematikan termasuk:

  • natrium ‘cyanide’  (NaCN)
  • potasium ‘cyanide’ (KCN)
  • hidrogen ‘cyanide’  (HCN)
  • cyanogen chloride (CNCl)

Simptom Keracunan ‘cyanide’

Gejala bagi pendedahan ‘cyanide’ yang toksik mungkin muncul dalam beberapa saat hingga beberapa minit selepas individu terdedah kepadanya.

Anda mungkin mengalami:

Seberapa parah anda boleh mendapatkan keracunan ‘cyanide’ bergantung kepada:

  • dos
  • jenis ‘cyanide’
  • berapa lama anda terdedah kepadanya

Terdapat dua cara berbeza untuk anda alami pendedahan kepada ‘cyanide’ seperti di bawah.

Keracunan ‘cyanide’ akut

Keracunan ‘cyanide’ akut agak jarang berlaku, dan kebanyakan kes terjadi kerana pendedahan yang tidak disengajakan. Ia boleh mempunyai serangan yang dramatik dan cepat, segera mempengaruhi jantung dan menyebabkan kejatuhan secara tiba-tiba, sawan atau koma.

Keracunan ‘cyanide’ kronik

Keracunan ‘cyanide’ kronik boleh berlaku jika anda terdedah kepada 20 hingga 40 bahagian per juta (ppm) gas hidrogen ‘cyanide’ dalam jangka masa yang lama. Sekiranya keadaan itu tidak didiagnosis dan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan degupan jantung yang perlahan dan tidak teratur yang akhirnya mendorong kepada kematian.

Punca Keracunan ‘cyanide’

Keracunan ‘cyanide’ adalah keadaan yang jarang berlaku. Apabila ia berlaku, ini biasanya terjadi disebabkan penyedutan asap atau keracunan secara tidak sengaja semasa bekerja dengannya atau berada di persekitaran ‘cyanide’.

Sumber keracunan ‘cyanide’ yang biasa termasuk:

  • Kebakaran: Menyedut asap semasa pembakaran yang mengandungi bahan biasa seperti getah, plastik dan sutera boleh menyebabkan asap ‘cyanide’ yang mendorong kepada keracunan ‘cyanide’.

  • Fotografi, penyelidikan kimia, plastik dan serat sintetik, pemprosesan logam, pengasapan dan racun perosak, perlombongan dan industri penyaduran menggunakan hidrogen ‘cyanide’. Potasium ‘cyanide’ digunakan dalam pengekstrakan emas dan perak, analisis kimia, untuk membuat bahan kimia lain dan sebagai racun serangga.

  • Tumbuhan: Sebahagian besarnya adalah daripada kumpulan Rosaceae, biji dan lubang dari tanaman seperti aprikot, badam pahit, ceri laurel, plum, pic, pir, dan epal yang mengandungi cyanogenic glycosides . Sejenis kentang iaitu cassava juga boleh menyebabkan keracunan ‘cyanide’.

  • Laetrile, sebatian yang mengandungi amigdalin (bahan kimia yang terdapat di dalam buah-buahan mentah, kacang dan tumbuhan) telah digunakan sebagai rawatan kanser di seluruh dunia.

  • Bahan kimia tertentu, selepas ditelan dapat diubah oleh tubuh menjadi ‘cyanide’ dan menyebabkan keracunan ‘cyanide’. Sebilangan besar bahan kimia ini telah dikeluarkan dari pasaran, tetapi beberapa alat penghapus, pelarut, dan larutan pembuatan cat kuku buatan lama boleh mengandungi bahan ini.

  • Asap rokok adalah sumber pendedahan ‘cyanide’ yang paling biasa bagi kebanyakan orang. Ia secara semula jadi terdapat dalam tembakau, dan perokok memiliki lebih dari 2.5 kali ganda bagi tahap ‘cyanide’ dalam darah berbanding bukan perokok, walaupun ini umumnya tidak mencukupi untuk menyebabkan keracunan.

Diagnosis Keracunan ‘cyanide’

Sekiranya anda mengalami gejala keracunan ‘cyanide’ akut, segera dapatkan bantuan perubatan kecemasan begitu juga jika anda mengalami gejala keracunan ‘cyanide’ kronik. Setelah membincangkan gejala anda, doktor anda akan melakukan pemeriksaan fizikal.

Mereka juga akan melakukan ujian darah untuk menilai:

  • Tahap methemoglobin. Methemoglobin diukur apabila terdapat kebimbangan terhadap kecederaan penyedutan asap.

  • Kepekatan karbon monoksida darah (tahap carboxyhemoglobin). Kepekatan karbon monoksida dalam darah anda dapat menunjukkan seberapa banyak penyedutan asap telah berlaku.

  • Tahap laktat plasma atau darah. Kepekatan darah ‘cyanide’ biasanya tidak tersedia dalam masa yang tepat untuk membantu mendiagnosis dan merawat keracunan ‘cyanide’ akut, tetapi ia dapat memberi pengesahan keracunan kemudian.

Faktor risiko Keracunan ‘cyanide’

Anda mungkin berisiko untuk terdedah secara tidak sengaja sekiranya anda bekerja dalam bidang tertentu. Banyak garam ‘cyanide’ bukan organik digunakan dalam industri berikut:

  • ‘Metallurgy’
  • Pembuatan plastik
  • Pengasapan
  • Fotografi

Ahli kimia juga berisiko, kerana potasium dan sodium ‘cyanide’ adalah bahan yang biasa digunakan di makmal.

Anda mungkin juga berisiko mengalami keracunan ‘cyanide’ jika anda:

  • menggunakan pembersih cat kuku dalam jumlah berlebihan yang mengandungi sebatian ‘cyanide’ organik seperti acetonitrile (metyl cyanide)
  • mengambil makanan tertentu berasaskan tumbuhan secara berlebihan, seperti biji aprikot, biji ceri dan ‘peach pits’

Rawatan Keracunan ‘cyanide’

Langkah pertama untuk menangani kes keracunan ‘cyanide’ yang disyaki adalah mengenal pasti sumber pendedahan. Ini akan membantu doktor atau penyedia perkhidmatan kesihatan lain menentukan kaedah rawatan yang sesuai.

Sekiranya berlaku kebakaran atau kejadian kecemasan lain, anggota penyelamat akan menggunakan alat pelindung seperti topeng muka, pelindung mata dan sarung tangan berganda untuk memasuki kawasan tersebut dan membawa anda ke lokasi yang selamat.

Selain itu, jika telah menelan ‘cyanide’, anda mungkin akan diberikan arang aktif untuk membantu menyerap toksin dan mengeluarkannya dengan selamat dari badan anda.

Dalam kes yang serius, doktor anda boleh memberikan salah satu daripada dua penawar seperti:

  • kit penawar ‘cyanide’
  • hydroxocobalamin (Cyanokit)

Kit penawar ‘cyanide’ terdiri daripada tiga ubat yang diberikan bersama iaitu amyl nitrite, sodium nitrite dan sodium tiosulphate. Amyl nitrite diberikan secara sedutan selama 15 hingga 30 saat, sementara sodium nitrite diberikan secara intravena selama tiga hingga lima minit. Sebaliknya, sodium thiosulfate pula diberikan selama kira-kira 30 minit.

Seterusnya, hydroxocobalamin akan menyahtoksin ‘cyanide’ dengan mengikatnya untuk menghasilkan vitamin B-12 yang tidak beracun. Ubat ini meneutralkan ‘cyanide’ pada kadar yang cukup lambat untuk membolehkan enzim rhodanese mendetoksifikasi ‘cyanide’ di dalam hati.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://www.alibaba.com/countrysearch/CN/c%2526a-cyanide.html

SUMBER

https://www.drugs.com/cg/cyanide-poisoning.html

https://www.healthline.com/health/cyanide-poisoning#symptoms

https://www.emedicinehealth.com/cyanide_poisoning/article_em.htm

error: Content is protected !!