Kepentingan Pokok Rhu dan Fakta Menariknya

pokok rhu

Pokok Rhu atau juga dikenali sebagai Casuarina equisetifiloa adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Casuarinaceae yang banyak terdapat di kawasan pantai di negara kita. Pokok Rhu juga dipanggil sebagai Rhu Laut, dan pokok Aru di Malaysia. Pokok Rhu ini merupakan pokok dikotilidon dari jenis Pokok Malar Hijau yang tumbuh subur di kawasan tropika. Pokok ini daripada banyak rujukan dipercayai adalah sumber natif di Asia Selatan terutama Malaysia dan kawasan Oceania.

Ramai di antara kita yang kenal akan pokok ini kerana ia ditanam di kawasan pantai, tepi jalan dan juga didalam kawasan taman bunga sebagai pokok hiasan dan penghadang angin. Terdapat dua jenis spesis pokok Rhu jenis tropika ini iaitu Casuarina equisetifolia subspecies equisetifolia dan satu lagi adalah Casuarina equisetifolia subspecies incana. Jenis pertama adalah yang banyak di negara kita adalah pokok rhu bersaiz besar (sehingga mencecah ketinggian 35 meter) sementara jenis kedua adalah bersaiz kecil sedikit dengan ketinggian sekitar 12 meter sahaja. Pokok Rhu mungkin ramai kurang pasti akan kepentingannya dalam sistem ekologi kita.

Mari kita pelajari lagi ciri-ciri menarik pokok rhu dan kegunaannya dalam hidupan harian kita.

Spesies Casuarina adalah sumber makanan larva rama-rama hepialid; anggota genus Aenetus, termasuk A. lewinii dan A. splendens, menggali lubang secara mendatar ke batang kemudian menegak ke bawah. Endoclita malabaricus juga memakan Casuarina. Ngengat lobak noctuid juga dicatatkan memberi makan Casuarina. Pedunculagin, casuarictin, tightinin, casuarinin dan casuariin adalah ellagitannin yang terdapat dalam spesies dalam genus.

Casuarina - Wikipedia

Ciri-ciri pokok rhu senang kita fahami dimana kita akan dapat melihat batangnya yang besar, keras dan mempunyai warna kelabu coklat dengan kulit yang tebal. Kayu pokok rhu merupakan jenis kayu yang keras dan sesuai untuk digunakan untuk pelbagai tujuan yang berasaskan kayu keras. Pokok Rhu ini mempunyai daun yang keras seperti jarum yang tajam. Daun pokok rhu adalah berwarna hijau dan amat tahan dalam kebanyakan keadaan sama ada air masin, hujan lebat dan tiupan angin serta musim kemarau. Paling unik mengenai pokok rhu ini adalah buahnya yang berbentuk kon seperti jenis pokok conifers. Pokok ini mempunyai banyak dahan yang kukuh dan tidak mudah patah walau pun berlaku tiupan angin kencang di tepi pantai. Akar tunjang yang jauh masuk ke dalam tanah juga mampu menahan pokok daripada tumbang dan kehebatannya dalam mengawal hakisan pantai.

Himpunan Pokok Rhu di Pantai Senok, Kelantan. | Himpunan pok… | Flickr

Selain itu, pokok Rhu mudah ditanam daripada biji benihnya yang disemai di dalam tapak semaian atau di dalam bentuk polibeg. Malah, biji Rhu yang jatuh ke dalam air laut masin juga mempunyai ketahanan sehingga 5 tahun terapong dan apabila sampai di pantai lain ianya boleh tumbuh sendiri. Jarak penanaman pokok Rhu yang dilaporkan di Malaysia adalah dalam 3 m x 3m (Padat) atau 4m x 4 m (Sesuai). Kadar pertumbuhan pokok Rhu adalah cepat dimana ia mencecah ketinggian 3 meter (10 kaki) dalam masa setahun dan setinggi 7 – 8 meter (25 kaki) selepas 4 tahun dengan garis pusat batangan sebesar 13 – 17 cm (5 – 7 inchi). Pokok Rhu ini memang cepat matang dimana ia akan berbunga sepanjang tahun dimana kos buah akan matang selepas 18 – 20 minggu selepas proses ‘Anthesis’. Dalam beberapa percubaan penanaman pokok Rhu secara komersil, hasil kajian mendapati pokok Rhu sesuai ditebang untuk dijadikan produk kayu (timber) dalam masa 7 – 15 tahun selepas ditanam.

Pokok Rhu, Potensi Tanaman Kayu Ini Sebagai Bisnes Lumayan - SENTIASA PANAS

Daun dari pokok Rhu secara umum dan spesies Casuarina lain dikurangkan menjadi sisik seperti cakar kecil, dan ranting hijau menggantikan fungsi fotosintesis. Ia berkembang pesat, tumbuh sekitar 3 juta setahun dalam keadaan yang sesuai (Corner, 1997). Bunga jantan dilahirkan di hujung ranting hijau, sementara bunga betina memanjang dari dahan coklat.

Kebaikan kayu dari pokok Rhu adalah jenis yang amat keras dan sesuai digunakan untuk pelbagai tujuan. Kayu ini sesuai untuk dijadikan tiang rumah, perabut, batang cangkul, kerusi meja, papan, almari, meja dan banyak lagi. Bagaimana pun ia kurang sesuai untuk tujuan kraftangan berasaskan ukiran kerana kualiti kayunya yang keras bagaimana pun sangat baik untuk banyak alat yang perlukan kayu keras. Selain dari itu kayu dari pokok ru merupakan bahan bakar yang baik kerana kurang mengeluarkan asap dan amat tahan lama dibakar selain dari panas bahang yang tinggi. Perusahaan membuat arang dari kayu ru sangat baik permintaannya terutama untuk dijadikan bahan bakar dimusim sejuk.

Дачная мебель из дерева своими руками (48 фото): чертежи и схемы сборки,  садовые деревянные изделия для дачи

Dari segi perubatan belum banyak dilaporkan kegunaannya. Semoga perkongsian dapat memberi manfaat pada kalian yang berminat untuk mengetahui alam tumbuhan.

See Also
mikroorganisma alga

Sumber : 

http://animhosnan.blogspot.com/2012/12/pokok-rhu.html

https://en.wikipedia.org/wiki/Casuarina

https://www.uforest.org/Species/C/Casuarina_equisetifolia.php

error: Content is protected !!