kepala paip

Suatu hari nanti, kita akan jadi dewasa. Mula bayar cukai pendapatan, mula pam minyak RON95, dan mula kena jaga rumah sendiri serta beli kepala paip sendiri.

Waktu zaman menyewa dulu, bolehlah call tuan tanah bila ada apa-apa masalah. Tapi bila ada rumah sendiri, takkan bila singki tersumbat pun nak upah orang, kan? Lebih mudah buat sendiri je!

Malah bila bercakap tentang hal-hal penjagaan rumah, ada banyak perkara-perkara kecil yang kita mudah terlepas pandang, tapi kalau dibiarkan boleh jadi hal besar yang banyak menghabiskan duit.

Jadi dalam artikel ini, kami akan senaraikan penyelenggaraan rumah yang anda boleh buat sendiri.

7 Masalah Penyelenggaraan Rumah Yang Anda Boleh Baiki Sendiri

1) Kepala paip bocor

Kepala paip bocor bukan je membazirkan air, tapi bunyi air menitik tak henti kat tengah-tengah malam boleh buat jiwa kacau.

Sebelum anda mula tanggalkan kepala paip, pastikan air dah ditutup terlebih dahulu. Biasanya ada injap kat bawah singki tu yang anda boleh pulas, tak pun tutup sumber air bagi satu rumah terus.

Pastikan juga anda tutup lubang singki tu, untuk elakkan sebarang skru jatuh ke dalam.

Kemudian, mula tanggalkan komponen dalam kepala paip satu-persatu. Biasanya anda perlukan spanar dan pemulas skru mata rata untuk kerja-kerja ni.

Ambil gambar dengan smartphone anda dulu supaya anda ingat macam mana nak pasang balik nanti. Anda juga boleh kenal pasti kepala paip anda jenis apa (ada jenis bebola, katrij, seramik, atau compression) untuk rujuk gambar di Internet.

Anda mungkin perasan komponen-komponen yang bermalah, sama ada getah dia dah longgar, skru longgar, penutup pecah dan sebagainya.

Anda boleh bersihkan dulu komponen-komponen ni dengan cuka. Kalau dah bersih tapi masih bocor, anda boleh bawa komponen-komponen tersebut ke kedai hardware untuk ganti dengan yang baru.

2) Sinki bocor

Kalau tadi kita bercakap tentang kepala paip, sekarang kita bercakap paip di bawah sinki dapur atau bilik air.

Macam biasa, tutup sumber air dulu, sama ada dengan injap bawah sinki ataupun sumber air utama.

Lepas tu letak baldi bawah sinki dan pulas bahagian mana yang boleh ditanggalkan, biasanya guna tangan je boleh.

Bersihkan dan bilas bahagian tersebut supaya kotoran-kotoran yang tersekat tadi dapat dibuang.

Pasang kembali dan perhatikan kalau masih ada kebocoran. Kalau selepas dibersihkan pun masih bocor lagi, mungkin ia ada kaitan dengan komponen yang dah lama, contohnya gelang getah yang dah longgar. Anda boleh bawah komponen ini ke kedai hardware untuk cari ganti.

3) Tandas tersumbat

Ada sebabnya kenapa tandas awam tak bagi anda buang tisu muka ke dalam mangkuk tandas. Ini kerana tisu muka agak tebal, berbanding tisu tandas yang memang dibina supaya ia mudah hancur bila anda flush toilet.

Tapi tak kiralah sama ada kat tandas awam ataupun tandas kat rumah, ada je jenis orang yang buang benda-benda yang tak sepatutnya.

Puntung rokok, lampin, tuala wanita, dan macam-macam benda yang boleh menjadikan tandas tersumbat. Pasir kucing pun ada.

Kalau tandas kat rumah anda tersumbat, besar kemungkinan ia tersekat dengan benda-benda di atas.

Cara paling mudah untuk selesaikan masalah ini adalah guna pelocok. Pelocok bagi tandas lain sikit daripada pelocok untuk singki ye, jangan tersilap beli pulak. (Boleh je guna pelocok biasa, tapi susah sikit nak tarik kotoran tu.)

Paling penting sekali, buanglah sampah sarap di dalam bakul sampah. Kasihanilah pekerja-pekerja Indah Water.

4) Ganti alas mangkuk tandas

Tak taulah apa yang anda buat sampai alas mangkuk tandas tu rosak. Yang penting, jangan biarkan macam tu je tau!

Mungkin ada sesetengah orang sanggup bercangkung atas tandas tanpa alas, tapi ia adalah sangattt merbahaya. Pendek kata, gantilah alas mangkuk tandas anda jika perlu.

Nak gantikan senang je. Cari alas dan penutup yang sama saiz dan jenis, dan pasang pada tandas anda.

Kalau penutup dan alas tu jenis guna skru, ada kemungkinan skru berkarat. Letak sedikit minyak untuk melancarkan permukaan yang berkarat tu dan cuba lagi.

Ada juga tandas yang menggunakan pengikat jenis plastik, biasanya anda boleh tanggalkan mengguna pemutar skru mata rata atau playar muncung tirus.

5) Pemegang flush patah

Ini satu lagi hal yang berlaku kalau anda housemate dengan Incredible Hulk, tandas kat rumah ialah jenis cangkung, dan dia tiba-tiba bad mood.

Selalunya, anda boleh buka penutup tangki dan sambungkan balik besi dan rantai tersebut kepada flush.

Tapi kalau mana-mana komponen tersebut pecah atau berkarat, anda boleh gantikan dengan yang baru. Macam biasa, bawa komponen tadi ke kedai hardware untuk cari pengganti.

6) Perhatikan kalau ada perubahan dalam bil

Satu cara untuk kenal pasti kalau ada sebarang masalah dengan rumah anda adalah dengan memerhatikan bil dari bulan ke bulan.

Kalau bil air anda tiba-tiba meningkat secara mendadak walaupun jumlah orang dalam rumah sama je, mungkin ada kebocoran pada paip ataupun tangki air. Dapatkan khidmat tukang paip untuk periksa kalau ada sebarang masalah.

Kalau perkara yang sama berlaku pada bil elektrik, mungkin ada di antara barang-barang elektrik anda perlu hantar servis sebab kalau ada sebarang kerosakan, mereka akan menggunakan lebih banyak tenaga daripada biasa. Contohnya air-cond, mesin basuh, atau peti sejuk.

7. Periksa bahagian luar rumah bagi sebarang kerosakan

Sekali-sekala, pergilah ronda-ronda sikit di sekeliling rumah, perhatikan kalau ada sebarang kerosakan.

Periksa kalau ada cat yang terhakis atau kalau longkang penuh dengan daun. Perkara-perkara kecil ni kalau dijaga, boleh mengelakkan masalah lebih besar yang akan menghabiskan banyak duit.

Anda juga mungkin nak periksa kalau bumbung anda masih elok. Biasanya, bumbung rumah boleh tahan sekitar 10 tahun, jadi kalau dah dekat tempoh tu anda boleh upah kontraktor untuk buat pemeriksaan.

Nak lagi bila musim hujan lebat sekarang, anda nak elakkan situasi di mana tiba-tiba siling bocor dan buat rumah banjir!

Akhir sekali, kami nak pesan supaya anda selalu utamakan keselamatan anda sewaktu buat kerja-kerja repair ini.

Kalau anda guna sebarang cecair pencuci untuk tandas atau singki contohnya, pastikan anda pakai sarung tangan dan topeng muka, dan berhati-hati dalam menggunakan bahan kimia.

Untuk kerja-kerja dalam bilik air pula, pastikan lantai kering supaya anda tak tergelincir. Selamat ber-DIY!

Akhir sekali, kami nak pesan supaya anda selalu utamakan keselamatan anda sewaktu buat kerja-kerja repair ini.

Kalau anda guna sebarang cecair pencuci untuk tandas atau singki contohnya, pastikan anda pakai sarung tangan dan topeng muka, dan berhati-hati dalam menggunakan bahan kimia.

Untuk kerja-kerja dalam bilik air pula, pastikan lantai kering supaya anda tak tergelincir. Selamat ber-DIY!

Sumber:

1) https://www.propertyguru.com.my/property-guides/9-masalah-penyelenggaraan-rumah-baiki-sendiri-37668

2) https://inspirasialang.wordpress.com/2018/02/27/teknik-mudah-memasang-kepala-paip-pada-mesin-basuh/ 3) https://myrujukan.com/tukar-kepala-paip-bilik-air-loose/

Tagged: