Kencing Berbau: Punca dan Tanda-Tanda

Masalah kesihatan kencing yang berbau selalunya muncul ketika sedang membuang hadas yang kecil, dan semasa berada dalam situasi tersebut, individu itu akan mula perasan sejenis bau yang tidak enak yang berpunca daripada hadas kecil sebentar tadi.

Masalah ini boleh mendatangkan panik dalam orang biasa kerana ianya sesuatu yang boleh menjadi simptom-simptom masalah-masalah kesihatan yang lebih teruk. Ini kerana kencing yang berbau tidak normal kerana ia tidak memiliki sifat berbau yang pelik atau kuat. Perkara ini hanya akan terjadi jarang-jarang sebab sesetengah individu mungkin perasan yang bahawa air kencing mereka mempunyai sifat berbau yang pelik atau kuat berbanding dengan air kencing yang normal.

Punca-Punca Kenapa Kencing Boleh Mengeluarkan Bau Yang Tidak Enak

Untuk air kencing yang normal, ia selalunya akan mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai warna kuning yang pucat ataupun ia jernih, serta mempunyai bau yang tidak kuat.

Air kencing boleh mula mempunyai bau yang kuat jika seseorang individu itu mula mempunyai simptom-simptom kekurangan air ataupun dehidrasai, mengambil suplemen-suplemen seperti vitamin B6, mengambil makanan-makanan atau minuman-minuman yang boleh menyebabkan bau kencing yang kuat seperti petai, bawang putih dan sebagainya, serta mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan air kencing untuk mempunyai bau yang kuat.

Bertitik-tolak daripada itu, air kencing boleh dipulihkan untuk mempunyai bau yang tidak kuat ataupun menjadi normal semula dengan pelbagai cara-cara seperti mengurangkan makanan-makanan jenis yang mempunyai bau yang kuat seperti petai, bawang putih dan sebagainya.

Boleh juga cuba untuk mengelakkan dari minuman seperti alkohol serta kopi. Ini kerana bahan-bahan ini mempunyai kandungan kimia yang akan keluar melalui air kencing seseorang individu sekaligus mencetuskan bau kencing yang kuat.

Masalah Kencing Yang Berbau Lebih Kuat Daripada Biasa Boleh Terjadi Apabila:

  1. Seseorang individu dalam keadaan hamil

Semasa seseorang individu itu berada di dalam keadaan mengandung, kadar ‘hormon chorionic gonadotrophin’ atau lebih dikenali sebagai ‘HCG’ akan mula naik mendadak di dalam kandungan darah seseorang individu yang sedang mengandung.

Bahan ini akan dibuang menggunakan saluran air kencing menunjukkan yang ia mencetuskan reaksi masalah kencing yang berbau lebih kuat dari biasa.

2. Penyakit-penyakit serta keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan kencing menjadi lebih berbau

Berbagai penyakit serta keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan kencing menjadi lebih berbau, antaranya ialah:

  • Seseorang individu yang mempunyai penyakit ataupun menghidap diabetes akan mempunyai masalah kencing yang lebih berbau dari biasa serta mereka akan ada simptom untuk kekerapan mengeluarkan air kencing serta kekerapan untuk sentiasa berasa dehidrasi
  • Seseorang individu yang mempunyai penyakit yang berkaitan rapat dengan organ hati
  • Seseorang individu yang mempunyai jangkitan ataupun penyakit di saluran air kencing mereka akan ada peluang untuk rasa perit semasa mengeluarkan air kencing serta air kencing yang dikeluarkan mempunyai ciri-ciri warna yang keruh.
  • Seseorang individu yang mempunyai penyakit ‘maple syrup urine’.
  • Seseorang individu yang mempunyai penyakit fistula yang bertempat di pundi kencing mereka ataupun dikenali sebagai ‘Bladder fistula’. Penyakit ini akan menyebabkan bahan buangan serta toksik daripada usus mula untuk mengambil tempat di dalam pundi kencing.
  • Jenis-jenis minuman yang diambil oleh seseorang individu seperti kopi, atau yang berunsurkan alkohol

3. Apabila seseorang individu itu mula mengalami dehidrasi

Apabila seseorang individu itu mula mengalami dehidrasi, mereka akan mula mempunyai simptom air kencing yang berbau lebih kuat dari biasa kerana simptom tersebut merupakan petunjuk untuk badan seseorang individu mempunyai air yang kurang ataupun dehidrasi.

4. Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berbau

Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan yang boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berbau seperti vitamin-vitamin serta antibiotik.

5. Penjagaan pemakanan ataupun diet dalam gaya hidup seseorang individu

Penjagaan pemakanan ataupun diet dalam gaya hidup seseorang individu boleh menjadi punca seseorang individu mempunyai masalah kencing yang berbau kuat. Ini kerana jenis-jenis makanan seperti petai, bawang putih dan sebagainya boleh menjadi punca untuk seseorang individu itu mempunyai masalah kencing yang berbau kuat.

Kandungan nutrisi-nutrisi serta mineral-mineral yang bertempat di makanan yang diambil juga boleh memainkan peranan simptom tersebut berlaku.

Seseorang individu yang mula mengalami simptom masalah kencing berbau yang lebih kuat dari biasa disyorkan agar melawat doktor yang berdekatan jika masalah ini melarat sehingga 2 hari ke atas. Simptom-simptom berikut juga boleh dialami individu yang mempunyai masalah ini:

  • Apabila mula kerap muntah
  • Apabila mula kerap merasa loya
  • Apabila air kecil mula mempunyai bau yang mempunyai ciri-ciri yang manis
  • Apabila mula mengalami perut berangin

Simptom-simptom di bawah pula merupakan simptom-simptom untuk dehidrasi ataupun kurang air dengan mendadak, penyakit-penyakit ataupun masalah-masalah yang berkaitan dengan hati serta kencing manis.

Anda disyorkan untuk melawat doktor dengan secepat mungkin jika mengalami simptom-simptom tersebut sebab masalah kesihatan kencing yang berbau bukanlah datang daripada sebab-sebab biasa yang ditulis tadi.

  • Jika seseorang individu itu mula merasa letih dengan lebih kerap ataupun kurang merasa sihat daripada biasa
  • Jika seseorang individu itu mula mengalami air kencing yang berdarah
  • Jika seseorang individu itu mula merasai pengalaman seperti melecur ataupun sakit yang pedih ketika membuang hadas kecil
  • Jika seseorang individu itu mula merasa terganggu dengan lebih kerap ataupu lebih keliru daripada biasa
  • Jika seseorang individu itu mula mengalami kekerapan yang luar biasa dalam aktiviti membuang hadas kecil
  • Jika seseorang individu itu mula mengalami kesakitan di bahagian yang bertempat di bawah perut

Sumber

https://www.healthline.com/health/urine-odor

https://www.webmd.com/urinary-incontinence-oab/qa/what-does-it-mean-if-my-pee-smells-strong

Summary
Kencing Berbau: Punca dan Tanda-Tanda
Article Name
Kencing Berbau: Punca dan Tanda-Tanda
Description
Masalah kesihatan kencing yang berbau selalunya muncul ketika sedang membuang hadas yang kecil, dan semasa berada dalam situasi tersebut, individu itu akan mula perasan sejenis bau yang tidak enak yang berpunca daripada hadas kecil sebentar tadi.
Author
Publisher Name
CeriaSihat
Tagged: