dove intense repair condtioner

Dove Intense Repair Conditioner buat rambut lembut, kuat dan tak mudah patah. Lama-lama, rambut yang paling rosak pun nampak lebih sihat.

Penjagaan rambut rosak boleh pergi jauh lagi, bukan sekadar lihat tanda-tanda kerosakan saja, sebab itulah perapi Dove diformulaiskan untuk memulih dan menyihatkan kembali rambut daripada dalam. Produk ini diformulasikan dengan Keratin Repair Actives.

Ia memulihkan permukaan rambut rosak dan dengan penggunaan yang kerap, ia akan masuk ke helaian untuk menyihatkan secara progresif, membuat rambut semakin kuat, cantik dan tampak lebih cantik di setiap cucian.

Tentang Dove Intense Repair Conditioner

dove intense repair conditioner

Intense Repair boleh mengubah rambut anda secara menyeluruh tidak sama seperti produk lain boleh lakukan. Kena lah usaha sikit kan kalau nak rambut lembut, bersih dan mudah diurus!

Produk dari Dove tidak mempunyai bahan yang tidak diperlukan. Macam contoh, mereka tidak memasukkan pewangi tambahan atau pewarna yang kuat. Rambut anda patut rasa lembut bila disentuh dan senang disikat untuk kekal terletak sepanjang hari.

Tanpa kusutan dan kerosakan, anak rambut pun seronok je nak tumbuh. Ia juga mempunyai bauan yang menenangkan, buat rambut anda bau bersih. Nak uraikan rambut panjang pun senang dengan perapi ini. Mengurus rambut tidak lagi menjadi tekanan, siap boleh simpan rambut sampai lebat.

Rambut anda takkan rasa berat dengan Intense Repair. Hanya lembut bak sutera dan rasa sensasi. Bauan macam pewangi pun takde, dia macam bau baru lepas mandi lah kiranya.

LACTIC ACID DI DALAM PERAPI

Lactic acid terkenal untuk merendahkan nilai pH pada rambut dan kulit kepala, menuju ke rambut yang lebih berkilau dan melantun. Ketahui mengapa asid bermanfaat dalam menjaga rambut dan bagaimana untuk mengimbang pH semulajadi rambut anda.

Jom tengok apa lactic acid boleh buat pada rambut anda:

  • Lactic acid mempunyai pelbagai manfaat, salah satu darinya ialah bantu mengimbangi nilai pH pada rambut.
  • Ia juga melembapkan dan merapikan kulit, di mana ia bantu anda mengurus rambut dengan lebih mudah.
  • Mengunci kutikel rambut anda dan tujuannya adalah untuk melindungi kutikel tersebut.
  • Lactic acid juga bantu menguatkan kekuatan tegangan rambut, mengelakkan ia dari rosak.
  • Rambut menjadi semakin lembut dan bebas kusut dengan pertingkatkan keanjalannya.
  • Bertindak sebagai pelindung dari benda merbahaya akibat daripada terlalu banyak menggunakan alatan menggayakan rambut.

Bagaimana Acid Lactic Berfungsi?

Rawatan lactic acid pada rambut lebih kurang saja dengan terapi minyak rambut, Keduanya memberi kesan yang sama terhadap kulit kepala dan juga rambut. Tapi, lactic acid lebih bagus untuk rambut berbanding minyak kerana penggunaan minyak tidak akan tambah helaian rambut.

Lactic acid tidak akan buat rambut anda rasa berat, lagi-lagi Intense Repair. Ia bekerja pada kulit kepala dan rambut dengan bantu menutupi kutikel rambut di mana ia kunci kelembapan dan memberi rambut lebih kilauan.

Molekul pada lactic acid juga lebih kecil, jadi lebih senang untuk ia masuk ke lapisan dalam helaian rambut, membuatkan ia lembut, halus. Lagi senang nak uruskan rambut lepas ini.

Ia juga membentuk lapisan pelindung kepada rambut, mengelakkan kerosakan akibat dari cahaya UV yang merbahaya bukan sahaja kepada kulit muka, malah rambut.

Dove Intense Repair Conditioner sesuai untuk

Menyihatkan rambut rosak

Intense Repair memulihkan permukaan rambut dengan segera. Jadi, tak kisah lah anda gunakan alatan panas atau mewarnakan rambut sekalipun, ia akan tampil kuat, sihat dan cantik.

Khasiat yang berterusan

Bila digunakan bersama syampu dari rangkaian yang sama, Intense Repair juga memperbaiki keadaan rambut dari semasa ke semasa, jadi pada setiap cucian, anda akan tingkatkan kekuatan dalaman rambut, membiarkan ia tampak dan rasa sihat dan lebih menarik.

Kurang kerosakan

Perkara akhir yang kita mahukan pada rambut rosak ialah ia jadi semakin teruk, maka dengan adanya perapi ini boleh lah bantu kuatkan rambut terhadap kerosakan harian yang mungkin berlaku akibat aktiviti harian anda.

Tips Penggunaan

dove intense repair conditioner

Penggaya rambut yang bagus

Masa mandi tu kan, Intense Repair sangat membantu rambut anda. Tuangkan sedikit perapi pada rambut lembap, sikat dan simpulkan untuk dapatkan rambut ikal dengan segera. Sekejap saja dah boleh dapat rambut ikal yang tebal.

Perapi > syampu

Merapikan rambut anda dengan menggunakan syampu boleh menambahkan jumlah anak rambut, dan mungkin nampak sedikit aneh. Menurut pakar, perapi tidak terbilas dengan sepenuhnya selepas anda selesai mandi.

Rambut pun akan rasa lebih berat maka hasilnya kuranglah isipadu. Tukar cara pakai adalah jalan termudah untuk mendapatkan kembali isipadu rambut.

Jangan kacau kulit kepala

Sangat penting ya untuk tidak menggunakan perapi pada kulit kepala anda. Teknik terbaik untuk memberi lembapan pada helaian rambut ialah gunakan Intense Repair dari hujung ke pertengahan rambut anda.

Tak pakai syampu takpe, jangan tinggal perapi

Syampu rambut setiap hari boleh menyebabkan kekeringan, rambut bercabang tapi itu tidak bermaksud anda boleh tinggalkan perapi juga. Tanpanya, rambut anda akan kering, kusut dan mudah patah atau rosak.

Itulah semua maklumat yang perlu anda tahu tentang Dove Intense Repair Conditioner. Jangan kasar-kasar okay dengan rambut tu, pakai perapi tak perlu gopoh-gapah pun. Walaupun produk ini tiada pemicit, ia didatangi dengan saiz yang anda boleh pegang hanya sebelah tangan.

Bila-bila anda nak keluar mandi sungai sejak dah boleh merentas ini, Intense Repair inilah yang akan selamatkan anda dari rambut kering hodoh lepas keluar dari sungai. Tunggu apa lagi tu? Pergi beli sekarang!

Sumber:

https://www.dove.com/my/hair-care/conditioner/intense-repair-conditioner.html

https://www.anveya.com/blogs/top-tips/know-how-lactic-acid-is-beneficial-for-your-hair-and-scalp

Tagged: