personal trainer

Ramai  yang bertanya bagaimana untuk mendapatkan pelatih peribadi maya atau online private trainer kerana mereka ingin memulakan  rancangan kecergasan mereka setelah menyedari (akhirnya!) bahawa aktiviti senaman yang teratur dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan bantu melawan jangkitan.

Senaman membolehkan sel-sel imun berfungsi dengan berkesan dengan meningkatkan aliran darah, mengurangkan tekanan dan keradangan, dan menguatkan antibodi.

Sekiranya anda masih tidak yakin, berikut adalah sebab mengapa mempunyai personal trainer bermanfaat bagi anda:

Ia  berunsur pendidikan

Salah satu sebab utama seseorang patut mempunyai personal trainer adalah kerana mereka dilatih untuk mengajar orang lain bagaimana untuk bersenam secara sihat. Walaupun dikatakan senaman itu sendiri sebahagian daripada kecergasan, pemakanan dan gaya hidup juga memainkan peranan penting dalam gambaran keseluruhan.

Jika anda tidak melakukan senaman dengan betul maka anda tidak akan dapat mencapai matlamat kesihatan anda.

Kepentingan  maklumat kesihatan ketika bersenam adalah penting kerana dua sebab utama:

1) Sekiranya anda tidak tahu latihan mana yang paling berkesan untuk tujuan yang anda, anda mungkin tidak akan dapat mencapai matlamat tersebut. Sebagai contohnya, jika matlamat anda adalah untuk membina kekuatan teras tetapi anda menghabiskan semua masa anda untuk melakukan latihan kardio, maka anda tidak mungkin akan dapat mencapai matlamat anda.

2) Pengetahuan ketika melakukan senaman adalah mustahak dalam mengurangkan risiko kecederaan. Setiap tahun, ramai orang cedera parah ketika melakukan latihan yang sebelum ini mereka belum mencuba , dan ini boleh memberi kesan kepada kesihatan dan kecergasan mereka bagi jangka masa yang lama. Mempunyai seseorang yang terlatih dalam menunjukkan bagaimana untuk melakukan senaman-senaman tertentu akan sangatlah mengurangkan risiko dan meningkatkan keberkesanan rutin kecergasan anda.

Mereka Membantu Dalam Mengekalkan Bentuk Postur Senaman yang Sempurna

Mempunyai private trainer di sisi anda untuk menunjukkan postur dan teknik yang betul adalah penting. Jurulatih peribadi akan memastikan klien mereka melakukan latihan senaman dengan betul dan cekap, untuk memaksimumkan hasil aktiviti.

Sekiranya bentuk badan atau postur anda ketika bersenam tidak betul, maka anda berisiko tinggi untuk mengalami kecederaan dan juga tidak mencapai matlamat anda.

Mereka Boleh Membantu Dengan Setiap Keperluan Unik Anda

Semua orang berbeza, dan itu juga bermaksud kemampuan dan keperluan setiap orang berbeza ketika bersenam. Ini mungkin disebabkan cedera lama yang memerlukan latihan khas atau fobia yang boleh memberi kesan pada tempat atau bagaimana anda bersenam.

Sebagai contoh, jika anda pernah mengalami kecederaan lutut yang memerlukan pembedahan tetapi semenjak itu tidak melakukan apa-apa aktiviti, anda akan memerlukan latihan yang berbeza daripada atlet yang sedang berlatih untuk menjalankan maraton.

Sebaliknya, terlebih dahulu, anda mungkin perlu membina semula otot atau meningkatkan mobiliti disebabkan pembedahan atau sakit lutut tersebut. Di sinilah pengalaman personal trainer memberi sumbangan.

Mereka dapat memberikan perbezaan yang besar terhadap program latihan anda berbanding daripada latihan senaman yang ditetapkan sendiri. 

Mereka Membantu Anda Menetapkan Matlamat Realistik

Semua orang ingin mencapai matlamat mereka dengan secepat mungkin, sama ada dari segi penurunan berat badan, abs perut atau kekuatan seperti Hulk. Tetapi ia tidak selalu dapat dicapai. Bahkan jika anda tidak berusaha dengan cara yang betul, anda mungkin akan putus asa.

Jurulatih peribadi atau personal trainer bukan sahaja dapat membantu anda menetapkan matlamat yang realistik yang dapat dicapai jika anda berusaha sedaya upaya. Tetapi mereka juga akan dapat memastikan anda sentiasa terus berada di landasan untuk mencapai matlamat tersebut.

Sebagai contohnya, jika matlamat anda adalah untuk mencapai badan yang sesuai untuk memakai pakaian renang bikini, ia bukan hanya dengan melakukan 100 senaman crunches setiap hari selama sebulan untuk menyasarkan perut anda.

Ia juga mengenai perubahan diet anda dengan pemakanan yang betul, mencampurkan senaman kardio dan berat badan untuk mengerjakan otot yang betul, dan menetapkan jangka masa tertentu di mana ia mampu  dicapai.

Personal Trainer Dapat Membantu Dengan Matlamat Tertentu, Seperti Latihan Untuk Sesebuah Acara

Selain membantu pelanggan mereka menetapkan matlamat yang realistik, private trainer adalah pembantu yang sempurna untuk menolong anda mencapai matlamat tertentu. Ini sangat sesuai bagi mereka yang berlatih untuk sesebuah acara tertentu, atau perlu mencapai tahap kecergasan tertentu sebelum melakukan sesuatu.

Sebagai contohnya, jika anda mempunyai impian untuk ‘Skydiving’ tetapi melebihi berat badan yang ditetapkan, maka mengambil personal trainer untuk membantu anda khususnya dalam mengurangkan berat badan adalah permulaan yang baik untuk mencapai matlamat ini.

Personal trainer akan menolong anda menetapkan rancangan senaman yang paling sesuai untuk aktiviti ‘skydiving’ tersebut. Atau jika anda bertujuan untuk menjalankan larian maraton dalam jangka masa enam bulan, maka mempunyai private trainer untuk membawa anda ke landasan yang betul amat diperlukan untuk menyelesaikan maraton itu.

Personal Trainer Juga Membantu Anda Untuk Bertanggungjawab Atas Diri Sendiri

Sudah berapa kali anda tidur dan berkata pada diri sendiri, “Besok selepas saya bangun, saya akan pergi ke gim, dan melakukan senaman selama sejam sebelum saya bersiap untuk bergerak ke kerja”, dan sebaliknya bangun dan memutuskan untuk tidur tambahan satu jam lagi daripada menghabiskan masa sejam itu untuk bersenam?

Di sinilah pelatih peribadi sangat penting untuk memastikan bahawa anda komited dan berpegang teguh pada matlamat kecergasan anda. Sekiranya anda telah membuat janji temu untuk berjumpa dengan pelatih anda untuk satu sesi, maka kemungkinan besarnya anda akan masih pergi berbanding anda hanya memberitahu diri sendiri sahaja.

Tidak Membazirkan Masa = Hasil Yang Maksimum

Terdapat dua jenis orang yang pergi ke gim:

1) Mereka yang mengembara: menghabiskan 10 minit di satu mesin senaman, kemudian bergerak ke mesin yang lain, dan terus ke mesin yang seterusnya dengan hanya separuh hati melakukan aktiviti tersebut.

2) Mereka yang mempunyai rancangan, dan mengguna mesin dengan tujuan tertentu:

Secara amnya mereka mempunyai jumlahan pengulangan tertentu yang mereka lakukan mengikut set antara dua atau tiga. Dengan ini, mereka akan ketahui dengan khususnya apa yang mereka lakukan pada setiap mesin.

Amat jelas perbezaan dua kumpulan ini. Kumpulan pertama tidak akan mencapai matlamat kecergasan mereka melainkan mereka mendapat pertolongan dan meminta seseorang untuk mengetuainya. Jika anda sedar bahawa anda adalah salah seorang daripada kumpulan pertama, maka anda seharusnya meminta bantuan personal trainer secepat mungkin.

Personal Trainer Bukan Hanya Memberi Sokongan Fizikal Tetapi Juga Mental

Salah satu kelebihan yang mungkin kurang diketahui apabila mengambil private trainer adalah ia berfungsi lebih daripada sekadar kecergasan fizikal. Malah, pelatih peribadi bertindak sebagai ahli terapi yang tidak rasmi dan dapat menyediakan sumber hubungan yang kukuh.

Mereka akan membantu anda mencapai matlamat kecergasan anda tetapi mereka juga mementingkan kesejahteraan anda dan akan membantu meningkatkan bukan sahaja kesihatan fizikal anda, tetapi mental anda.

Telah lama diketahui bahawa senaman fizikal dapat membantu membaiki masalah kesihatan mental seperti kemurungan, dan bahawa ia adalah sebahagian rawatan yang disarankan oleh banyak profesional kesihatan perubatan.

Sejujurnya, semasa bersenam dengan private trainer anda, anda akan memberitahu mereka tentang kisah mingguan anda, tentang pekerjaan, dan apa yang berlaku dengan kehidupan anda ketika itu. Ini adalah perkara biasa!

Seorang private trainer wujud untuk membantu mencapai matlamat kecergasan anda, ya, tetapi mereka juga membantu meningkatkan kesejahteraan anda secara keseluruhan. Mereka mengambil berat tentang bagaimana anda tertekan, kerana ini akan mempengaruhi motivasi anda dalam sesi anda. Mereka memberi perhatian jika anda tidak berpuas hati dalam hubungan, kerana ini boleh menyebabkan pemakanan anda terganggu dan tidak sihat.

Personal Trainer Mampu Menyesuaikan Diri Mengikut Jadual Anda

Jika satu-satunya masa yang anda lapang untuk berlatih adalah pada waktu awal pagi, atau pada waktu rehat makan tengah hari anda, atau tengah hari sebelum anak-anak pulang daripada sekolah – private trainer adalah salah satu pekerjaan yang paling serba boleh dari segi jam. Mereka memahami bahawa orang yang berlainan mempunyai waktu yang berbeza, dan oleh itu mereka akan menyesuaikan diri mengikut waktu temu janji sesuai bagi anda.

Mereka Mencabar Anda

Adakah anda bosan dengan rutin latihan kecergasan anda? Adakah anda telah melampaui latihan yang anda sering lakukan dan telah mencapai tahap kecergasan tinggi dalam latihan tersebut? Private trainer adalah apa yang anda perlukan untuk membawa anda ke tahap seterusnya, dan terus mencabar kemampuan anda.

Tidak menyangka anda mampu mengangkat berat bola itu?

Yakin anda tidak akan tampak sesuai dengan pakaian kegemaran anda?

Ragu sama ada anda akan dapat bertanding dalam acara larian amal tahun depan?

Private trainer adalah jurulatih hidup anda, panduan pemakanan dan pendorong semua dalam satu, dan tanpa mereka matlamat kecergasan anda jauh lebih sukar untuk dicapa. Jadi tunggu apa lagi? Cari seorang private trainer profesional hari ini untuk membantu mencapai matlamat kecergasan anda.

SUMBER:

www.polar.com/blog/benefits-of-personal-training/

itness.edu.au/15-benefits-personal-trainer/

www.thestar.com.my/lifestyle/health/2020/07/17/here039s-how-to-choose-a-personal-trainer

KREDIT GAMBAR:

www.123rf.com/photo_88030786_young-asian-adult-working-out-on-treadmill.html?downloaded=1

www.verywellfit.com/reasons-to-hire-a-personal-trainer-123137

slimandfit.my/8-tips-bagaimana-untuk-memilih-personal-fitness-trainer-yang-terbaik-untuk-diri-anda/

Summary
Kenapa Anda Patut Mendapatkan Personal Trainer Sekarang!
Article Name
Kenapa Anda Patut Mendapatkan Personal Trainer Sekarang!
Description
Gim dan pusat kecergasan sudah dibuka semula sejak bulan Jun lalu setelah hampir tiga bulan ditutup semasa perintah kawalan pergerakan (MCO). Ramai masyarakat gembira akan berita itu, tetapi setelah sebulan bereksperimen dengan cara alternatif yang baru, ada yang memutuskan untuk terus bekerja dalam talian (WFH).
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: