Now Reading
Kenali Majlis Perbandaran Padawan

Kenali Majlis Perbandaran Padawan

PERBANDARAN

Umum mengetahui bahawa majlis perbandaran diwujudkan di sesuatu kawasan adalah bagi tujuan pengurusan dan perancangan pembangunan di kawasan tersebut. Tanpa majlis perbandaran, perancangan Bandar menjadi sulit untuk diuruskan kerajaan pusat semata-mata.

Salah satu majlis perbandaran yang agak unik untuk dikongsikan di sini adalah Majlis Perbandaran Padawan yang terletak di Kuching Sarawak. Ianya mempunyai sejarah yang agak panjang ‘usianya’ iaitu selama lebih kurang 64 tahun. Jom kita kenali sejarah penubuhan Majlis Perbandaran Padawan!

ASAL-USUL NAMA ‘PADAWAN’

Pada 900 ratus tahun dahulu, seorang ketua yang amat dihormati bernama Kinyau dari kawasan yang dikenali sebagai SIBANYAI telah menjumpai manik-manik putih di kawasan tersebut. Manik-manik tersebut dikenali sebagai BIRAWAN oleh kaum Bidayuh.

Manik-manik tersebut mempunyai kuasa ajaib untuk menyembuhkan sebarang jenis penyakit dan untuk membawa keamanan, kemakmuran, kesihatan dan kesejahteraan kepada penduduk di kawasan ini.

Ketua penduduk di kampung ini mempunyai seorang anak lelaki sulung bernama PADJA. Sebagai memperingati anak lelakinya dan manik-manik itu, beliau telah menamakan kawasan ini sebagai PADAWAN – gabungan daripada nama anak lelakinya, PADJA dan BIRAWAN, manik-manik sakti. Semenjak itu kawasan ini dipanggil PADAWAN.

SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS PERBANDARAN PADAWAN

Majlis Perbandaran Padawan dahulunya dikenali sebagai Majlis Daerah Luar Bandar Kuching. Ianya telah dibentuk pada penghujung tahun 1956. Kini, Pejabat Majlis Perbandaran Padawan (MPP) terletak di Kota Padawan, Batu 10, Jalan Penrissen, Kuching. Kawasan Pentadbiran Majlis iaitu seluas 984.338 kilometer persegi  yang meliputi kawasan-kawasan yang utama di luar bandaraya Kuching dan kawasan populasi terdiri daripada kaum Bidayuh , Cina , Melayu dan Iban.

Berikut merupakan kronologi tampuk pimpinan Majlis Perbandaran Padawan sepanjang[1]

  • 1957-1961: Pengerusi Majlis ialah Pegawai Daerah (Era Penjajah)
  • 1962-31.10.1981: Pengerusi yang dipilih (Zaman Pilihanraya Kerajaan Tempatan)
  • 1.11.1981 ke atas: Pengerusi telah dilantik
  • 1.8.1996: 40 tahun kemudian, MDLBK telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Padawan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak.

Sumber utama Majlis Perbandaran Padawan adalah daripada  kutipan cukai taksiran. Pada tahun 2019, kutipan tersebut mencecah sebanyak RM 22.9 juta. Jadi tidak hairanlah, dengan jumlah tersebut, majlis mampu mengendalikan kawasan populasi sebanyak 350,000 orang tersebut.

POLISI DAN PENGURUSAN

majlis perbandaran

                Membawa Visi : “Perbandaran Padawan Yang Cekap dan Mampan”, pengurusan majlis ini didokong dengan sistem Ahli Majlis yang mana peranan ahli majlis ini sangat penting dalam menentukan hala tuju majlis dengan menggubal polisi majlis. Penggubal polisi Majlis terdiri daripada Pengerusi Majlis, Timbalan Pengerusi dan 28 ahli Majlis yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Ianya mempunyai enam (6) Jawatankuasa Tetap iaitu:

  1. Jawatankuasa Hal Umum dan Pembangunan Komuniti
  2. Jawatankuasa Kawalan Bangunan dan Lanskap
  3. Jawatankuasa Pasar, Perlesenan dan Penguatkuasaan
  4. Jawatankausa Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perkhidmatan Majlis
  5. Jawatankuasa Kerjaraya dan Trafik
  6. Jawatankuasa Kewangan dan Penjawatan

Pelaksanaan kepada polisi atau bahagian pentadbiran pula diketuai oleh Setiausaha Perbandaran. Di bawah Setiausaha Perbandaran terdapat seorang (1) Pegawai Perundangan dan tiga (3) Timbalan Setiausaha pada tiga pengkhususan iaitu pada bahagian a) Penilaian dan Kewangan, b) Pengurusan dan Pembangunan Komuniti dan c) Perancangan dan Pembangunan.

PERKHIDMATAN

Antara perkhidmatan yang diselia dibawah majlis perbandaran tersebut adalah :

See Also
Jeram

  1. Pelaksanaan cukai taksiran
  2. Pelaksanaan cukai-cukai lain (selain cukai Taksiran)
  3. Permohonan lesen seperti lesen kedai runcit kampung, lesen gerai makanan, gerai teh dan kopi, lesen kedai minuman keras dan lain-lain (yang tertakluk di bawah kuasa majlis)  
  4. Perkhidmatan pungutan/ pelupusan sampah sarap
  5. Menguruskan permohonan permit seperti permit menggantung kain rentang dan permit jalan untuk menggunakan jalan-jalan larangan
  6. Mengendalikan aduan lampu jalan yang rosak
  7. Mengendalikan perkhidmatan yang diuruskan oleh Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Awam seperti pemotongan rumput, pembersihan parit, pembersihan Bandar, pengawalan vektor, kebersihan makanan, penyelenggaraan tandas awam dan operasi penangkapan anjing liar
  8. Mengendalikan perkhidmatan yang ditangani oleh Bahagian Kejuruteraan seperti kelulusan pelan kejuruteraan, kelulusan pelan bangunan, permohonan permit kedudukan, penyelenggaraan jalan, penyelenggaraan kemudahan awam, pemasangan lampu jalan dan menguruskan pembinaan jalan, jambatan, jeti, saliran parit, perhentian bas dan lain-lain yang berkaitan.

Mungkin nama ‘Padawan’ itu sendiri agak asing bagi sesetengah rakyat Malaysia di semenanjung, apatah lagi untuk mengetahui satu sistem atau majlis bandaran yang menguruskan sesuatu tempat tersebut. Meskipun begitu, Majlis Perbandaran Padawan terus mengungguli anugerah kecemerlangan samada dari segi kualiti pengurusan ataupun anugerah inovasi yang lain sejak 1994 – 2020[6] berkat daripada polisi dan pengurusan yang baik yang mana boleh dijadikan contoh oleh majlis bandaran yang lain di serata Malaysia.


https://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Perbandaran_Padawan

https://mpp.sarawak.gov.my/page-0-93-55-Profil-Majlis.html

https://mpp.sarawak.gov.my/page-0-93-55-Profil-Majlis.html

https://mpp.sarawak.gov.my/page-0-94-66-Sistem-Ahli-Majlis.html

https://mpp.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?mod=faq#5

https://mpp.sarawak.gov.my/page-0-92-62-Anugerah-dan-Pengiktirafan.html

error: Content is protected !!