Kenali Idola-Idola Terkenal Malaysia
Jom kenali idola-idola terkenal 'Made in Malaysia' yang telah mengharumkan nama tanah air di persada dunia

Jom kenali idola-idola terkenal ‘Made in Malaysia’ yang telah mengharumkan nama tanah air di persada dunia dan tidak lupa juga idola-idola yang berbakat dan berjaya dalam kerjaya yang diceburi masing-masing.

Dina Zaman

Dina zaman merupakan seorang penulis Malaysia yang terkenal. Sejak kecil, beliau telah membesar di beberapa buah negara luar seperti Jepun, Rusia dan negara-negara lain. Beliau menyambung pendidikan dalam bidang komunikasi media dan penulisan kreatif di Westen Michigan University dan Lancaster University. Pada tahun 2007, beliau telah mengarang artikel di laman kahbar terkenal, Malaysiakini.com. Artikel-artikel tersebut, kini, telah digarap menjadi sebuah buku berjudul I am Muslim.

Belakangan ini, beliau telah menerbitkan buku kumpulan cerita-cerita pendek berjudul ‘King of The Sea’. Beliau juga merupakan seorang penulis berjaya karya bukan-fiksyen, fiksyen dan sajak yang menempah nama dalam dunia penulisan sejak tahun 1994 lagi. Baru-baru ini, beliau telah berjaya menerbitkan satu lagi karya bukan-fiksyen yang berjudul ‘’Holy Men, Holy Women’’.

Prof Datuk Jimmy Choo

Prof Datuk Jimmy Choo Yeang Keat adalah seorang pereka fesyen terkenal di Malaysia yang menempah nama di United Kingdom. Beliau dikenali ramai melalui syarikat fesyen tersendiri beliau, Jimmy Choo Ltd. yang khusus dengan produk kasut wanita buatan tangan.

Beliau dilahirkan di Penang, daripada sebuah keluarga pembuat kasut. Beliau mempelajari seni membuat kasut daripada ayahnya, yang membuat semua kasut ahli keluarga mereka menggunakan tangan. Pada umur 11 tahun, beliau berjaya menghasilkan kasut sendiri.

Selepas belajar di kolej, beliau bekerja di dua buah syarikat pereka selama 9 tahun sebelum membuka bisnesnya sendiri. Ibu bapa beliau berpindah ke Britain untuk membantunya memulakan bisnes. Beliau berjaya mengembangkan bisnesnya di sana dengan membuka kedainya sendiri pada tahun 1986, dengan menyewa bangunan hospital lama.

Hasil tangannya telah diiktiraf oleh London Fashion Week pada tahun 1988 dan beliau pernah mereka kasut Puteri Diana pada tahun 1990. Sejak itu, nama Jimmy Choo semakin dikenali ramai dan syarikatnya tersohor sehingga kini.

Takahara Suiko

View this post on Instagram

Non-stop makan macam beruang #TVStoEURO2019 📷 : @farhansyaza

A post shared by uwu (@takaharasuiko) on

Takahara Suiko merupakan seorang selebriti media sosial yang terkenal. Nama sebenar beliau masih tidak diketahui, dan tidak akan didedahkan olehnya kerana ingin menjaga privasi kehidupan peribadi beliau. Beliau lebih selesa dikenali sebagai Takahara, kerana tidak mahu mencampurkan kehidupan peribadi bersama karier seninya.

Beliau mula menulis lagu sejak berumur 10 tahun. Kini, beliau dikenali ramai kerana keunikan dan keistimewaannya dalam membawakan lagu-lagu yang bergenre alternatif bersama kumpulannya yang bergelar The Venopian Solitude.

Khairul Amin

Khairul Amin atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming di media sosial, adalah seorang chef yang sangat dramatik yang telah berjaya mencuit dan menghiburkan hati penonton video memasaknya. Video tutorial masakannya berjaya menarik minat netizen kerana keunikan elemen drama yang diselitkan pada setiap ‘episod’ masakan yang ditayangkan.

Minat beliau yang mendalam terhadap bidang masakan telah menjadikan seorang pemuda yang berasal dari Kota Bharu Kelantan ini untuk memperluaskan lagi bakat memasak dan lakonannya melalui video masakan yang menghiburkan. Kini, ramai netizen telah menjadikan Khairul Amin sebagai chef idola oleh kerana setiap ilmu masakan yang dikongsinya adalah ringkas dan mudah difahami.

Summary
Kenali Idola-Idola Terkenal Malaysia
Article Name
Kenali Idola-Idola Terkenal Malaysia
Description
Jom kenali idola-idola terkenal Malaysia yang berbakat dan berjaya dalam kerjaya yang diceburi masing-masing.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: