jenis pisang

Jenis pisang tentunya banyak. Kita patut bersyukur kerana dikurniakan variati dalam jenis pisang kerana setiap mereka adalah unik tetapi yang pastinya sedap dimakan di waktu santai bersama keluarga. Sebagai info tambahan, pisang adalah buah yang tumbuh subur di tropika Malaysia.

Mari lihat 9 jenis pisang dan bentuknya, serta cara memakannya yang biasa dibuat oleh orang Malaysia.

Pisang Berangan

Pisang yang paling popular di Malaysia ialah Pisang Berangan. Satu tandan boleh mencapai berat hingga 12 ke 20kg. Satu tandan selalunya ada 8 ke 12 sisir, dengan setiap sisir mempunyai 12 ke 20 pisang.

Setiap pisang boleh tumbuh dengan tebal kulit sehingga 2.5 ke 3.5cm dan panjang pisang sehingga 12 ke 18cm. Isinya boleh dimakan mentah bila masak. Jika masak, isinya berwarna oren dan wangi, manis dan tidak melekit.

Pisang ini boleh terus dimakan dan dijadikan roti pisang atau pisang goreng.

Pisang Emas

Satu tandan pisang emas mempunyai 5 ke 9 sisir pisang dengan jumlah berat tandan sehingga 8 ke 12kg. setiap sisir pula ada 14 ke 18 pisang.

Pisang emas boleh tumbuh sehingga 8 ke 12cm panjang. Jika masak, ia bewarna kuning keemasan dan semestinya manis.

Selain sedap dimakan mentah, pisang emas juga sesuai dibuat brownies pisang atau kuih baulu.

Pisang Cavendish

Pisang yang paling sedap sekali ialah pisang cavendish. Satu tandan pisang emas mempunyai 15 ke 25 sisir pisang dengan jumlah berat tandan sehingga 20kg.

Pisang emas boleh tumbuh sehingga 15 ke 22cm panjang. Isinya berwarna putih, manis dan lembut.

Pisang ini boleh dimakan mentah, digoreng ataupun dikukus.

Pisang Rastali

Pisang ini mumpunyai 5 ke 9 sisir pisang dalam satu tandan seberat 10 ke 15kg. setiap sisir pula ada 12 ke 16 pisang.

Pisang rastali mempunyai panjang sehingga 10 ke 15cm panjang. Selalunya pisang ini dimakan mentah sahaja dan isinya berwarna putih, rasa masam manis dan lembut.

Pisang rastali sedap dimakan mentah apabila masak ranum sebagai pencuci mulut.

Pisang Tanduk

Pisang ini mumpunyai 2 sisir pisang dalam satu tandan seberat 7 ke 10kg. setiap sisir pula ada 7 ke 10 pisang. Kebiasannya, pisang jenis ini digoreng ataupun boleh juga dimakan mentah. Warna isinya ialah oren dan rasanya manis.

Pisang ini dijadikan pisang goreng, kuih baulu pisang, kuih gelang mahupun puding dan tidak dimakan terus kerana isinya agak keras.

Pisang Raja

Pisang ini mempuyai 6 ke 9 sisir pisang dengan jumlah berat 10 ke 15kg satu tandan. Satu sisir boleh ada sehingga 12 ke 16 pisang. Panjangnya pula mencapai 15cm.

Pisang ini boleh digoreng atau dimakan mentah. Isi pisang ini berwarna oren. Pisang ini sesuai dijadikan kuih Baulu Raja dan kuih Tradisional Nagasari.

Pisang Nipah

Satu tandan pisang nipah mempunyai 12 ke 18 sisir pisang dengan jumlah berat tandan sehingga 15 ke 28kg. Pisang nipah boleh tumbuh sehingga 10 ke 15cm panjang. Satu sisir pisang nipah boleh ada 12 ke 20 pisang.

Isinya berwarna putih, manis dan lembut. Pisang nipah biasanya dibuat pisang goreng ataupun kerepek.

Pisang Nangka

Satu tandan pisang nangka ada 6 ke 8 sisir pisang dimana satu sisir boleh ada 14 ke 24 pisang. Satu tandan boleh mencapai berat 12 ke 14 kg.

Biasanya pisang Nangka dibuat pisang goreng. Isi pisang Nangka berwarna putih dengan rasa sedikit masam.

Pisang ini tidak sesuai dimakan mentah kerana akan berasa kenyal, oleh itu, anda boleh menjadikannya kerepek pisang.

Pisang Awak

Kebanyakan pisang awak digoreng selepas diliputi oleh tepung goreng khas. Namun, boleh juga dimakan mentah. Isinya melekit dan berwarna putih. Terkadang, di dalam isi pisang ini ada biji hitam kecil.

Satu tandan pisang ini mempunyai berat 18 ke 22 kg dengan jumlah sisir 8 ke 12 sisir. Setiap sisir pula ada 10 ke 16 pisang.

Selalunya pisang ini jarang dimakan mentah walaupun telah masak ranum. Selalunya akan digoreng tepung, dibuat cucur kodok, mertabak pisang, lempeng, lepat dan serawa.

Akhir kata, setiap jenis pisang ada keunikannya sendiri. Pisang bukan sahaja boleh dibuat santapan santai bersama keluarga, tetapi boleh juga dijadikan sebagai salah satu cara menjana pendapatan melalui penjualan hasil pisang yang mentah mahupun telah diproses seperti kerepek pisang.

SUMBER:

http://animagro.blogspot.com/2017/02/banana-fruits-in-malaysia.html

https://www.wikiwand.com/ms/Pisang_awak

https://www.blibli.com/p/fresh-tani-pisang-cavendish-sunpride-3-4-pcs/pc–MTA-7150658

https://belanja.liputan6.com/kategori-lainnya/6737/pisang-nangka

Summary
Kenali 9 jenis-jenis pisang
Article Name
Kenali 9 jenis-jenis pisang
Description
Jenis pisang tentunya banyak. Kita patut bersyukur kerana dikurniakan variati dalam jenis pisang kerana setiap mereka adalah unik tetapi yang pastinya sedap dimakan di waktu santai bersama keluarga. Sebagai info tambahan, pisang adalah buah yang tumbuh subur di tropika Malaysia.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: