Now Reading
Kenaikan Berat Mendadak (Sudden Weight Fluctuation) – Punca-punca yang berkemungkinan

Kenaikan Berat Mendadak (Sudden Weight Fluctuation) – Punca-punca yang berkemungkinan

kenaikan berat mendadak

Pengenalan

Kenaikan berat badan yang mendadak berlaku apabila berat anda naik secara tiba-tiba walaupun anda tidak meningkatkan penggunaan makanan atau cecair dan masih melakukan senaman seperti biasa.

Keadaan ini berlaku apabila anda tidak mencuba untuk menaikkan berat badan anda. Bagaimanapun, ia kemungkinan besar berpunca dari pengekalan air, pertumbuhan yang tidak normal, sembelit, atau kehamilan.

Kenaikan berat yang mendadak ini boleh berlaku secara berkala, berterusan atau dengan drastik.

Seterusnya, kenaikan berat yang mendadak secara berkala melibatkan penurunan dan kenaikan berat badan yang kerap. Salah satu contoh kenaikan yang mendadak adalah semasa kitaran haid wanita. Peningkatan berat badan mendadak yang berterusan dalam jangka masa panjang sering kali terjadi disebabkan kehamilan yang berlangsung selama sembilan bulan.

Ia juga mungkin berlaku disebabkan kesan sampingan daripada sesuatu ubat. Walau bagaimanapun, kebanyakan kes kenaikan berat badan mendadak adalah tidak berbahaya. Tetapi sesetengah simptom yang dialami berkaitan dengan kenaikan berat badan mendadak mungkin memberi petanda bagi kecemasan perubatan.

Penerangan

Bergantung pada puncanya, simptom berat badan mendadak mungkin berbeza dari seorang individu ke individu yang lain. Simptom-simptom yang dikaitkan dengan kenaikan berat badan ini termasuklah ketidakselesaan perut atau sakit dan kembung perut.

Anda juga boleh mengalami bengkak di bahagian perut dan bahagian badan yang lain, termasuklah kaki atau tangan.

Anda perlu berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami simptom berikut:

Apabila simptom ini menyusuli kenaikan berat badan mendadak, kadangkala, ia boleh menunjukkan keadaan yang serius.

Penyebab yang berkemungkinan

Kenaikan berat badan boleh berlaku secara semulajadi. Ia mungkin disebabkan oleh proses hormon, seperti kitaran haid atau kehamilan. Walau bagaimanapun, kebanyakan kes kenaikan mendadak atau yang tidak diingini disebabkan oleh pengambilan kalori yang lebih banyak daripada yang boleh digunakan oleh tubuh. Malah, ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan kenaikan mendadak yang tidak diingini. Simptom ini juga boleh menjadi simptom kepada beberapa keadaan atau gangguan perubatan lain. Kenaikan berat mendadak boleh menjadi tanda tahap pengekalan air yang boleh membahayakan badan anda.

Berikut adalah penyebab yang berkemungkinan bagi kenaikan berat mendadak:

 Gangguan pencernaan

Kenaikan berat badan mendadak mungkin berpunca dari gangguan pencernaan termasuk:

  • Penyakit hati atau kegagalan fungsi hati
  • Sel tumor Pancreatik islet

Sistem endokrin atau hormon

Kenaikan berat mendadak juga mungkin disebabkan oleh endokrin atau hormon termasuk:

  • Acromegali (hormon pertumbuhan yang berlebihan dalam kalangan individu dewasa)
  • Amenorea, sindrom pra-menstruasi, akibat kitaran haid
  • Sindrom Cushing (pengeluaran kortisol yang berlebihan dalam badan)
  • Kencing manis
  • Kekurangan hormon pertumbuhan
  • Thyroiditis Hashimoto (penyakit tiroid autoimun)
  • Hipopituitarisme (kelenjar pituitari yang tidak aktif)
  • Hypothyroidisme (kelenjar tiroid yang tidak aktif)
  • Tumor hipofisis
  • Sindrom ovarium polikistik (keadaan yang disifatkan dengan ketidakseimbangan hormon pada wanita)
  • Kehamilan

Ubat-ubatan

Sesetengah ubat boleh menyebabkan kenaikan berat badan mendadak termasuk:

  • Ubat anti-sawan
  • Pil kawalan kehamilan
  • Antidepresan tertentu
  • Kortikosteroid
  • Ejen hipoglikemik untuk kencing manis jenis 2
  • Litium
  • Ubat Penenang

– Gangguan air kencing

Kenaikan berat badan mendadak juga boleh disebabkan oleh gangguan air kencing termasuk:

– Gangguan psikologi

Kenaikan berat badan juga boleh disebabkan oleh gangguan psikologi termasuk:

  • Kebimbangan atau tekanan psikologi yang melampau
  • Gangguan makan (hyperphagia atau polyphagia)
  • Makan secara Berlebihan
  • Berhenti merokok

Penyebab kenaikan berat yang serius atau mengancam nyawa

Dalam sesetengah kes, kenaikan mendadak mungkin merupakan simptom bagi keadaan yang serius atau mengancam nyawa yang harus segera dinilai sebagai keadaan kecemasan. Ini termasuk:

Bila perlu menghubungi doktor

Jika anda mengalami kenaikan berat badan yang mendadak dan tidak disengajakan tanpa sebab yang jelas, anda harus berjumpa doktor.

Doktor akan bertanya mengenai sejarah perubatan anda dan sebarang simptom tambahan. Beliau mungkin menjalankan ujian fizikal dan ujian darah atau merujuk anda kepada pakar.

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Doktor akan bertanya beberapa soalan mengenai simptom, gaya hidup, dan sejarah perubatan anda. Beliau juga boleh mengambil sampel darah untuk memeriksa tahap hormon, fungsi buah pinggang, fungsi hati, dan penanda kesihatan lain yang boleh menunjukkan masalah perubatan.

Ujian pengimejan seperti ultrabunyi, sinar X-ray, imbasan MRI atau imbasan CT juga mungkin diperlukan.

Rawatan

Terdapat beberapa cara untuk merawat kenaikan berat badan mendadak. Kaedah rawatan terbaik bergantung pada penyebab kenaikan berat badan anda, seperti kencing manis dan sebagainya.

Jika ketidakseimbangan hormon adalah penyebabnya, doktor mungkin memberi ubat untuk mengimbangi tahap hormon anda. Ubat ini bergantung pada apa yang dipengaruhi oleh hormon. Ubat-ubatan ini sering digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Jika ubat-ubatan yang anda ambil adalah punca masalah ini secara kenaikan berat badan mendadak, doktor anda akan mengesyorkan rawatan alternatif lain.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/weight-gain-unintentional

https://www.healthgrades.com/right-care/symptoms-and-conditions/weight-gain

https://www.medicalnewstoday.com/articles/324872#when-to-see-a-doctor

error: Content is protected !!