Kemurungan Pascanatal Dan Kepentingan Penjagaan Selepas Kelahiran
Kemurungan pascanatal merupakan salah satu keadaan yang sangat dibimbangi bagi ibu bapa baru kerana ia boleh mematahkan kegembiraan selepas kehadiran bayi dalam hidup mereka.

Kemurungan pascanatal merupakan salah satu keadaan yang sangat dibimbangi bagi ibu bapa baru kerana ia boleh mematahkan kegembiraan selepas kehadiran bayi dalam hidup mereka. Ianya adalah penting untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut serta mengambil tindakan yang berpatutan bagi mengatasinya seperti mendapatkan penjagaan pascanatal daripada pakar perubatan yang bertauliah.

Kemurungan Pascanatal Tidak Boleh Diambil Mudah

Kemurungan Pascanatal terdapat tiga peringkat, iaitu kesedihan pascanatal, kemurungan pascanatal dan psikosis pascanatal.

Seorang wanita yang baru melahirkan bayi mungkin mula mengalami kesedihan pascanatal. Kesedihan pascanatal termasuklah perubahan mood, tangisan, kebimbangan dan kesukaran tidur. Ia merupakan perkara yang biasa dialami oleh seorang ibu. Biasanya, ia bermula dalam 2 hingga 3 hari pertama selepas kelahiran dan boleh berlangsung selama 2 minggu.

Kemurungan pascanatal pula, adalah lebih serius dan pesakit perlu mendapatkan bantuan perubatan. Dengan kemurungan pascanatal, perassaan sedih dan kebimbangan boleh menjadi sangat ekstrem sehingga menjejaskan keupayaan seorang wanita untuk menjaga diri dan keluarganya.

Manakala, Psikosis pascanatal merupakan satu kecemasan psikiatri. Ini kerana terdapat risiko tinggi si ibu akan menyakiti bayinya dan diri sendiri. Ia adalah episode penyakit mental yang bermula secara tiba-tiba dalam beberapa hari atau minggu setelah melahirkan bayi. Simptomnya mungkin berbeza dan boleh berubah secara singkat. Ia termasuklah mood tinggi (mania), kemurungan, kekeliruan, halusinasi dan delusi.

Kemurungan pascanatal selalunya bertahan selama 6 bulan atau lebih

Secara purata, serama 10% hingga 15% ibu muda akan mengalami kemurungan pascanatal. Namun, bukan sahaja wanita boleh mengalaminya, lelaki juga berisiko untuk mengalami kemurungan pascanatal juga.

Para penyelidik telah menjumpai bahawa anda lebih cenderung untuk menghidap kemurungan pascanatal sebanyak 2.5 kali ganda sekiranya pasangan anda mengalaminya. Ini mungkin boleh menjelaskan mengapa seramai 4% hingga 25% ayah baru menghidap kemurungan pascanatal dalam 2 bulan pertama selepas kelahiran bayi mereka.

Kemurungan pascanatal juga boleh menjejaskan ibu bapa bukan biologi. Dalam satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2011, dilaporkan sebanyak 8% ibu angkat mengalami simptom kemurungan berbanding 16.5% ibu bilogikal. Ibu angkat tersebut juga melaporkan pengurangan kebimbangan dan tahap kesejahteraan keseluruhan yang lebih baik.

Simptom kemurungan pascanatal termasuklah:

  • Mood yang suram
  • Mudah terasa
  • Rendah keyakinan diri
  • Rasa bersalah
  • Masalah tidur
  • Pemikiran bunuh diri
  • Keletihan
  • Tidak berminat dengan rancangan atau aktiviti yang pernah disukai

Simptom lain adalah:

  • Rasa tidak bermaya, sedih atau kosong
  • Menarik diri daripada bersosial bersama keluarga dan rakan-rakan
  • Kurang hubungan emosi bersama bayi

Bagaimana untuk merawat kemurungan pascanatal?

Sekiranya anda bimbang anda mempunyai kemurungan pascanatal, langkah pertama dan penting adalah anda perlu menghubungi pakar obstetrik atau bidan anda segera. Beliau boleh memeriksa anda dan menentukan langkah rawatan seterusnya.

Penjagaan Pascanatal Bagi Memastikan Kesejahteraan Ibu dan Bayi

Tempoh pascanatal merupakan masa yang berlaku selepas kelahiran sehinggalah saluran genitalia dan rahim kembali pulih seperti biasa. Ia bermula setelah pengeluaran uri sehinggalah 42 hari akhir, yang turut dikenali sebagai tempoh penahanan/pengurungan.

Sesetengah perubuahan hormone sewaktu tempoh pascanatal boleh memberi kesan terhadap tahap emosi dan fizikal seorang ibu. Oleh itu, penjagaan pascanatal ada;ah penting untuk memastikan ibu dan bayi dalam kesihatan yang baik.

Penjagaan pascanatal di rumah disediakan kepada ibu bebas daripada risiko pada hari 1, 2, 3, 4, 6, 8, 10, 15, dan 20 selepas kelahiran. Bagi ibu yang menghidap tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan keadaan kesihatan lain, penjagaan pasca-natal perlu dilakukan secara kerap bagi mengesan keadaan abnormal awal atau komplikasi yang perlu melibatkan lawatan ke klinik atau hospital.

– Bagaimanakah jururawat menyediakan penjagaan prenatal di rumah?

Suami atau ahli keluarga lain perlu memberitahu jururawat di klinik kesihatan atau klinik komuniti berdekatan dalam masa 24 jam pengeluaran dari hospital. Jururawat akan melawat rumah ibu berdasarkan jadual yang ditetapkan bagi lawatan penjagaan pascanatal. Bagi ibu yang tidak mempunyai sebarang risiko, penjagaan pascanatal di rumah akan dijalankan di hari 1, 2, 3, 4, 6, 8, 10, 15 dan 20. Manakala, bagi ibu yang mempunyai risiko tinggi, penjagaan pascanatal adalah lebih kerap bergantung pada keadaan si ibu. Pada hari ke 30, ibu tersebut mesti pergi ke klinik kesihatan bagi menjalani pemeriksaan pascanatal dan kaunseling perancangan keluarga.

– Apakah prosedur yang dilakukan sewaktu lawatan rumah?

Sewaktu lawatan rumah, jururawat akan memeriksa kedaan ibu dan bayi mengikut ketetapan prosedur perlaksanaan tertentu. Sekiranya jururawat mengesan sebarang keadaan abnormal ibu dan bayi, beliau akan menguruskannya dengan cara yang sepatutnya atau merujuk kes tersebut ke klinik atau hospital.

SUMBER

https://www.thestar.com.my/lifestyle/family/2017/05/26/recognising-postpartum-depression

https://www.businessinsider.my/how-long-does-postpartum-depression-last

Summary
Kemurungan Pascanatal Dan Kepentingan Penjagaan Selepas Kelahiran
Article Name
Kemurungan Pascanatal Dan Kepentingan Penjagaan Selepas Kelahiran
Description
Ianya adalah penting untuk mengetahui tentang kemurungan pascanatal dengan lebih lanjut serta mengambil tindakan yang berpatutan bagi mengatasinya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: