Kemerosotan Kognitif
Kemoterapi bertujuan untuk membantu anda merawat kanser, namun ia turut mempunyai kesan sampingan yang tidak dapat dielakkan.

Kemerosotan kognitif yang juga dipanggil “otak kemoterapi” atau ‘chemo brain’ semasa dan selepas rawatan kemoterapi dijalankan. Kemoterapi bertujuan untuk membantu anda merawat kanser, namun ia turut mempunyai kesan sampingan yang tidak dapat dielakkan.Dalam keadaan ini, anda mungkin mengalami kesukaran untuk mengingati nama-nama atau tidak boleh melakukan banyak perkara dalam satu masa seperti kebiasaannya.

Sebanyak 3 daripada 4 individu yang menghidap kanser mengatakan bahawa mereka tidak begitu bijak dari segi mental. Keadaan ini mungkin berpunca daripada penggunaan ubat kemoterapi anda, tetapi ia juga boleh berlaku akibat kanser tersebut atau masalah lain seperti jangkitan, tekanan darah rendah, keletihan, masalah tidur atau tekanan.

Simptom Kemerosotan Kognitif Selepas Kemoterapi

Satu keadaan yang digelar ‘Otak kemoterapi’ boleh menyebabkan masalah berfikir dan ingatan. Simptom kemerosotan kognitif tersebut termasuklah:

• Masalah memberi perhatian

• Kesukaran mengingati nama, tarikh dan perkara yang berlaku setiap hari

• Kesukaran untuk mencari perkataan yang tepat atau menyelesaikan matematik mudah (seperti mengimbangi buku cek anda)

• Ketidakupayaan untuk melakukan lebih daripada satu perkara pada satu masa

• Perubahan emosi

Punca Kemerosotan Kognitif Selepas Kemoterapi

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada tanda-tanda dan simptom masalah ingatan pada individu yang terselamat dari kanser.

Punca kemerosotan kognitif lain yang berkaitan dengan kanser termasuklah:

Kanser

• Diagnosis kanser boleh menyebabkan tekanan dan ia mungkin membawa kepada kebimbangan dan kemurungan serta boleh menyumbang kepada masalah berfikir dan ingatan

• Kanser tertentu boleh menghasilkan bahan kimia yang mempengaruhi memori

• Kanser yang bermula di otak atau tersebar ke otak mungkin menyebabkan perubahan dalam pemikiran

Rawatan kanser

• Pemindahan sumsum tulang

• Kemoterapi

• Terapi hormon

• Imunoterapi

• Terapi radiasi

• Pembedahan

• Terapi ubat yang disasarkan

Komplikasi rawatan kanser

• Anemia

• Keletihan

• Jangkitan

• Menopaus atau perubahan hormon lain (disebabkan oleh rawatan kanser)

• Masalah tidur

• Kesakitan akibat rawatan kanser

Punca-punca lain

• Kecenderungan mengalami ‘otak kemoterapi’

• Ubat untuk merawat tanda-tanda dan simptom yang berkaitan dengan kanser seperti ubat tahan sakit

• Keadaan perubatan lain seperti kencing manis, masalah tiroid, kemurungan, kecemasan dan kekurangan makanan.

Diagnosis Kemerosotan Kognitif Selepas Kemoterapi

Sekiranya anda merasa kusut, berbincanglah dengan doktor anda. Beliau akan bertanya tentang simptom kemerosotan kognitif anda. Beliau juga ingin mengetahui bila masalah anda bermula dan bagaimana ia mempengaruhi kehidupan seharian anda.

Doktor anda mungkin bertanya apa yang mengakibatkan keadaan anda sama ada menjadi lebih teruk atau lebih baik. Sebagai contoh, adakah anda merasa lebih baik pada waktu pagi daripada pada waktu malam? Apakah yang anda rasa sewaktu anda aktif, semasa anda makan atau selepas anda berehat?

Faktor Risiko Kemerosotan Kognitif Selepas Kemoterapi

Faktor-faktor kemerosotan kognitif yang boleh meningkatkan risiko masalah ingatan di kalangan pesakit kanser termasuklah:

• Kanser otak

• Kanser yang disebarkan (metastasizes) ke otak

• Dos  kemoterapi atau radiasi yang tinggi

• Terapi radiasi pada otak

• Umur yang lebih muda semasa diagnosis dan rawatan kanser

• Peningkatan  umur

Rawatan Kemerosotan Kognitif Selepas Kemoterapi

Jika keadaan ‘otak kemoterapi’ mengganggu kehidupan harian anda, doktor mungkin mencadangkan agar anda berjumpa dengan kaunselor atau ahli psikologi. Selain itu, terdapat beberapa rawatan kemerosotan kognitif yang boleh membantu seperti:

• Sesetengah ubat perangsang dan anti tekanan

• Latihan – 5 minit sehari

• Tidur dan rehat yang banyak

• Melatih otak anda dengan teka-teki, bermain alatan muzik atau belajar hobi baru

SUMBER

https://www.cancer.org/treatment/treatments-and-side-effects/physical-side-effects/changes-in-mood-or-thinking/chemo-brain.html

https://lymphoma-action.org.uk/about-lymphoma-side-effects-treatment/chemo-brain-cancer-related-cognitive-impairment

https://www.apa.org/monitor/2020/03/cognition-cancer

Summary
Kemerosotan Kognitif Selepas Kemoterapi (Post-Chemotherapy Cognitive Impairment) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Kemerosotan Kognitif Selepas Kemoterapi (Post-Chemotherapy Cognitive Impairment) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Kemerosotan kognitif yang juga dipanggil "otak kemoterapi” atau ‘chemo brain’ semasa dan selepas rawatan kemoterapi dijalankan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: