Putrajaya akan memutuskan perlu atau tidak tempoh PKP dilanjutkan lagi selepas 10 April
Kerajaan akan memutuskan PKP dilanjutkan sehingga 14 April jika belum cukup selamat untuk menamatkan.

Kerajaan akan memutuskan PKP dilanjutkan sehingga 14 April jika belum cukup selamat untuk menamatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu sidang akhbar COVID-19 harian bahawa pada masa ini, ianya masih terlalu awal untuk memberitahu sama ada kadar jangkitan di negara ini semakin pulih atau tidak.

Menurutnya lagi, pihak KKM menjangkakan fasa kedua ini akan berakhir tidak lama lagi tetapi pada 10 April, beberapa hari sebelum tempoh perintah tersebut berakhir, pihak mereka akan melihat dan meneliti prestasi keadaan di Malaysia sekali lagi sama ada PKP dilanjutkan atau tidak.

Walaupun beliau ada mengatakan bahawa Malaysia mempunyai tanda-tanda awal bahawa lengkungan penyebaran COVID-19 di negara ini adalah semakin membaik, namun ia masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan. Apa yang penting adalah dalam tempoh dua minggu akan datang, kita perlu meratakan lengkungan itu dengan lebih lagi.

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa Putrajaya masih belum membuat keputusan mengenai sebarang lanjutan berkenaan tempoh MCO yang sedang berlangsung memandangkan mereka juga masih menunggu input daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa alasan di sebalik fokus kerajaan terhadap “meratakan lengkungan” ini bukanlah untuk mendapatkan kadar jangkitan COVID-19 yang sifar, tetapi untuk memberi pihak perubatan ruang bernafas yang cukup untuk merawat dan menguruskan segala kes-kes di hospital. Beliau menjelaskan bahawa jika ada kenaikan eksponen dalam kes-kes, kemudahan dan institusi perubatan

“Jika ini berlaku, ICU sedia ada tidak akan dapat menangani keadaan ini”, katanya lagi.

MCO atau perintah kawalan pergerakan pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam 16 Mac 2020, dan mula berkuatkuasa pada 18 Mac 2020.

Pada 25 Mac yang lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa MCO akan dilanjutkan selama dua minggu lagi, dan dijangka tamat pada 14 April ini.

Setakat ini, tiga kawasan ini telah diletakkan di bawah MCO yang lebih ketat iaitu Menara One City di Kuala Lumpur, dan beberapa kampung di Simpang Renggam di Kluang, Sungai Lui di Hulu Langat.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/04/02/health-ministry-putrajaya-to-decide-whether-mco-needs-further-extending-on/1852876

SUMBER

https://www.nst.com.my/news/nation/2020/04/582731/putrajaya-urged-extend-mco-beyond-april-14

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/04/08/govt-to-announce-decision-whether-to-extend-mco-on-friday-april-10

Summary
Kementerian Kesihatan: Putrajaya akan memutuskan sama ada MCO perlu dilanjutkan lagi selepas 10 April
Article Name
Kementerian Kesihatan: Putrajaya akan memutuskan sama ada MCO perlu dilanjutkan lagi selepas 10 April
Description
Kerajaan akan memutuskan PKP dilanjutkan sehingga 14 April jika belum cukup selamat untuk menamatkan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: