kembung
Ramai individu mengatakan bahawa perut mereka kembung hanya kerana perut mereka seperti terkeluar sedikit dan menjejaskan penampilan mereka.

Pengenalan

Kembung adalah keadaan di mana perut anda terasa penuh dan ketat yang biasanya terjadi disebabkan oleh gas.

Ramai individu mengatakan bahawa perut mereka kembung hanya kerana perut mereka seperti terkeluar sedikit dan menjejaskan penampilan mereka. Apabila usus anda penuh disebabkan makanan atau najis, ia akan lebih kelihatan berbanding jika anda mempunyai abdomen yang bertona.

Perbezaan antara keadaan ini dan perut berangin yang sebenar adalah penting bagi menentukan rawatan yang sesuai.

Penerangan

Tanda-tanda biasa bagi keadaan kembung termasuklah sakit perut, ketidakselesaan dan rasa berangin. Anda juga boleh sendawa dengan kerap atau mempunyai perut yang rasa seperti menggelembung.

Perut kembung yang teruk boleh berlaku bersama-sama dengan gejala serius yang lain, seperti:

  • Darah dalam najis.
  • Kehilangan berat badan yang ketara (tanpa melakukan apa-apa).
  • Pendarahan vagina (antara haid anda atau jika anda telah menopause).
  • Loya.
  • Muntah.
  • Cirit-birit.
  • Pedih ulu hati yang menjadi semakin teruk.
  • Demam (disebabkan oleh jangkitan).

Jika terdapat gejala-gejala ini bersama-sama dengan kembung, sila hubungi doktor anda dengan segera.

Penyebab yang berkemungkinan

Keadaan kembung berlaku apabila saluran GI menjadi penuh dengan udara atau gas. Ini boleh terjadi disebabkan sesuatu yang mudah seperti makanan yang anda makan. Sesetengah makanan menghasilkan lebih banyak gas berbanding yang lain. Namun, ini juga boleh berlaku kerana masalah intoleransi laktosa (masalah dengan tenusu). Sebab-sebab mudah untuk kembung termasuklah:

  • Menelan udara (ini boleh berlaku apabila anda mengunyah gula-gula getah, merokok atau makan terlalu cepat).
  • Sembelit.
  • Makan berlebihan.
  • Refluks (GERD).
  • Berat badan.
  • Haid (bagi sesetengah wanita).

Punca lain boleh melibatkan keadaan perubatan, seperti:

  • Jangkitan.
  • Keradangan (seperti keadaan yang disebut divertikulitis).
  • Sindrom keradangan usus.
  • Penyakit keradangan pelvik (PID).
  • Penyakit hati (pembentukan cecair tidak normal dalam perut atau pelvis anda).
  • Penyakit Crohn.
  • Penyumbatan dalam usus atau pundi kencing anda.
  • Kanser (ovari, rahim, kolon, pankreas, atau perut).
  • Faktor kesihatan mental seperti kebimbangan atau kemurungan.
  • Beberapa ubat.

Bila perlu menghubungi doktor

Walaupun keadaan ini bukanlah satu perkara, perut yang kembung dan bengkak boleh menandakan keadaan perubatan yang teruk. Penyakit hati, penyakit keradangan usus, kegagalan jantung, masalah buah pinggang dan beberapa jenis kanser boleh menyebabkan kembung.

Di samping itu, keadaan kembung yang berterusan selama beberapa hari atau minggu mungkin menunjukkan masalah kesihatan yang memerlukan perhatian perubatan. Jadi, anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor tentang keadaan kembung yang berterusan dan tidak sembuh dari masa ke masa.

Individu yang mengalami kembung bersama dengan gejala ini harus mendapatkan nasihat perubatan dengan segera:

  • Perubahan selera makan atau masalah pemakanan.
  • Cirit-birit.
  • Muntah.
  • Pengurangan berat badan.
  • Demam.
  • Sakit abdomen yang teruk
  • Darah merah terang di dalam najis.
  • Najis berwarna kuning gelap atau hitam.

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Doktor anda secara amnya boleh mendiagnosis penyebab keadaan kembung anda melalui ujian fizikal di klinik. Dia akan bertanyakan soalan tentang gejala anda serta jika masalah ini sering berlaku atau hanya kadangkala. Masalah kembung yang terjadi buat sementara waktu biasanya tidak serius. Walau bagaimanapun, jika ia berlaku sepanjang masa, doktor boleh menjalankan ujian lain. Ini termasuklah ujian pengimejan seperti imbasan sinar-X atau CT untuk melihat di dalam perut anda.

Rawatan

Bagi keadaan kembung yang sementara, bertanyakan kepada doktor tentang pengambilan ubat-ubatan tanpa preskripsi untuk mengurangkan masalah gas dan kembung ini. Ia termasuklah simethicone atau charcoal caps. Probiotik seperti beberapa jenis yogurt dan ramuan herba tertentu juga boleh meredakan ketidakselesaan anda. Ramuan herba termasuklah pudina dan teh chamomile, anise, caraway, ketumbar, adas dan kunyit.

Sekiranya keadaan kembung anda disebabkan oleh sesuatu yang lebih serius, doktor anda akan merawat puncanya.

SUMBER

https://familydoctor.org/condition/bloating/

https://www.medicalnewstoday.com/articles/322525.php#seeing-a-doctor

https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/bloating-causes-and-prevention-tips

Summary
Kembung (Bloating)
Article Name
Kembung (Bloating)
Description
Kembung adalah keadaan di mana perut anda terasa penuh dan ketat yang biasanya terjadi disebabkan oleh gas.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: