Now Reading
Kemalangan – Jenis – Jenis Kemalangan dan Cara Mencegahnya

Kemalangan – Jenis – Jenis Kemalangan dan Cara Mencegahnya

kemalangan

Apakah itu kemalangan?

Kemalangan, sesuatu yang tidak dijangka, selalunya berlaku dalam keadaan mengejut dan menyebabkan kecederaan, kematian dan bahaya.

Kemalangan adalah keadaan yang dialami dan dirasai manusia dan akibatnya berlaku kecederaan atau kecacatan kekal pada kebanyakan individu di seluruh dunia setiap tahun.

Banyak kemalangan juga melibatkan kerosakan atau kemusnahan harta benda. Kemalangan boleh berlaku di mana – mana, termasuklah di rumah, ketika dalam pengangkutan, di hospital, di padang permainan atau di tempat kerja.

Dengan adanya langkah berjaga – jaga yang betul dan kesedaran tentang tindakan seseorang dan persekitaran, banyak kemalangan sebenarnya boleh dielakkan atau dicegah.

Jenis kemalangan

Jika anda mengalami atau terlibat dengan kemalangan, tidak kira walau apa jua jenis kemalangan, anda memerlukan nasihat pakar undang – undang dengan melantik peguam. Pasukan pakar undang – undang anda akan membantu anda menguruskan kecederaan disebabkan kemalangan.

– Kemalangan di tempat kerja

Anda mungkin terlibat dengan kemalangan ketika sedang bekerja. Kemalangan ini mungkin disebabkan oleh masalah mesin dan peralatan, kurang latihan atau pantauan, kurang peralatan keselamatan yang boleh melindungi atau premis yang tidak selamat.

Majikan mestilah menyediakan persekitaran untuk bekerja yang selamat dan kegagalan melakukannya akan menyebabkan majikan disabitkan kesalahan dan perlu membayar ganti rugi pada pekerja yang mengalami kecederaan di tempat kerja.

– Pampasan tergelincir atau tersadung (liabiliti awam)

Anda mungkin mengalami kecederaan disebabkan oleh laluan pejalan kaki awam atau jalan raya yang mempunyai keadaan yang tidak selamat. Anda mungkin tergelincir atau tersadung di kedai, restoran atau tempat awam lain.

– Penyakit industri

Bagi keadaan ini ia selalunya berlaku disebabkan oleh keadaan persekitaran tempat kerja anda seperti habuk atau asap dan perlu bekerja dengan bahan berbahaya.

Terdapat pakar undang – undang dalam penyakit berkaitan asbestos, pekak industri, dan masalah pernafasan. Anda boleh dapatkan pampasan daripada majikan ketika pekerja terdedah kepada keadaan yang menyebabkan kesihatan mereka bermasalah.

– Kemalangan lalu lintas

Anda mungkin mengalami kecederaan disebabkan kemalangan jalan raya sebagai pemandu, penumpang, pejalan kaki atau penunggang motorsikal / basikal.

Kemalangan ini menyebabkan kerosakan atau kemusnahan kenderaan, selain kecederaan atau kematian. Malah, ia juga mungkin menyebabkan anda kehilangan pendapatan atau pekerjaan.

– Kemalangan di luar negara

Anda mungkin mengalami kecederaan ketika bercuti atau ketika berada di luar negara. Anda mungkin tercedera di dalam kapal layar atau kapal terbang. Anda juga mungkin tergelincir atau tersadung di hotel, restoran atau tempat awam lain.

– Kemalangan disebabkan haiwan

Kemalangan melibatkan haiwan juga mungkin berlaku di mana anda tercedera disebabkan terjatuh dari kuda, digigit oleh anjing atau sebagainya.

– Kecederaan disebabkan permainan sukan

Kemalangan yang berlaku disebabkan oleh permainan sukan tidak kira sama ada anda ahli sukan yang profesional atau amatur atau anak anda mengalami kemalangan di sekolah ketika sesi Pendidikan Jasmani.

Bagaimana untuk mencegah kemalangan?

Jika anda mengikuti langkah berjaga – jaga atau keselamatan, anda telah melakukan langkah yang paling penting untuk memastikan anda terhindar daripada kemalangan.

  • Mempunyai tingkah laku yang betul ketika memandu. Kebanyakan kemalangan kereta melibatkan remaja disebabkan oleh tingkah laku dan kematangan mereka, bukannya kemahiran atau pengetahuan mereka. Beri komitmen pada diri sendiri untuk mengamalkan sikap bertanggungjawab ketika memandu.
  • Dapatkan pantauan latihan memandu sebanyak mungkin. Ibu bapa anda memainkan peranan penting dalam latihan memandu anda. Buat jadual yang ketat dan amalkan latihan berdasarkan jadual. Terus lakukannya sehingga anda mengambil ujian lesen.
  • Ketahui tentang undang – undang jalan raya agar anda maklum apa yang anda boleh lakukan dan apa yang anda tidak boleh lakukan ketika di atas jalan raya.
  • SENTIASA memakai tali pinggang keselamatan. Amalkan tabiat memakai tali pinggang keselamatan ketika anda berada di dalam kereta, sama ada anda sebagai pemandu atau penumpang, tiada pengecualian.
  • Minum arak atau penggunaan dadah ketika memandu adalah SALAH. Apabila anda mabuk atau berada di bawah pengaruh dadah, tindak balas kimia pada otak yang boleh menyebabkan anda tidak dapat memberikan tumpuan, penilaian dan masa reaksi yang baik. Memandu dalam keadaan demikian boleh membahayakan nyawa dan orang di sekeliling anda.
  • Hadkan jumlah penumpang anda. Risiko kemalangan maut meningkat berkait dengan seberapa banyak penumpang di dalamnya. Jika anda pertama kali memandu, adalah lebih baik mengehadkan jumlah penumpang anda.
  • Hadkan pemanduan pada waktu malam. Risiko rempuh yang menyebabkan kematian tiga kali lebih tinggi pada waktu malam berbanding pada waktu siang (untuk setiap batu pemanduan). Lebih baik anda elakkan daripada memandu pada waktu malam sehinggalah anda selesakan diri memandu pada waktu siang.
  • Bagi mereka yang baru menerima lesen adalah lebih baik untuk mulakan pemanduan yang selamat dan perlahan. Memandu laju dengan trafik yang pesat boleh membuatkan anda rasa tidak selesa, jadi elakkannya sehingga anda cukup berpengalaman dalam memandu. Kemudian anda boleh mula perlahan – lahan mencuba keadaan memandu yang lebih sukar seperti memandu di lebuhraya, lalu lintas mencantum dan memandu di bandar.
  • Berlatih memandu dalam keadaan cuaca yang buruk. Meskipun ketika anda mula berasa yakin memandu di laluan jalan yang kering, adalah lebih baik untuk elakkan memandu di dalam keadaan cuaca yang buruk tanpa pantauan. Dapatkan pantauan memandu ketika cuaca buruk supaya anda dapat biasakan diri sebelum mencubanya dengan sendiri.
  • Telefon bimbit hanya boleh digunakan ketika kecemasan sahaja ketika di atas jalan raya. Salah satu tabiat buruk seseorang adalah bercakap atau berbual melalui telefon bimbit ketika memandu. Hanya gunakan telefon bimbit anda di dalam kereta ketika dalam keadaan kecemasan sahaja. Jika anda perlu menggunakan telefon bimbit, berhenti di sisi jalan dengan selamat dahulu.
  • Memandu kenderaan yang selamat. Jika anda terfikir untuk membeli atau mendapatkan kereta sendiri, carilah kereta yang mempunyai penarafan keselamatan yang tinggi. Elakkan kereta yang kecil, trak atau kenderaan utiliti sukan. Anda boleh membuat pemeriksaan di PUSPAKOM untuk mengetahui sama ada kenderaan atau trak tersebut selamat atau tidak.

Banyak cara dan langkah untuk memastikan kemalangan dapat dielakkan jadi setiap individu perlulah memainkan peranan penting bagi mengelakkan kemalangan jiwa daripada berlaku.

SUMBER

https://www.britannica.com/topic/accident-safety

https://www.aegislegal.co.uk/accident-types

https://www.geico.com/information/safety/auto/teendriving/top-ten-tips

error: Content is protected !!