kelebihan puasa selang-seli
Kelebihan puasa selang-seli adalah banyak kerana corak pemakanan yang anda tetapkan untuk tempoh untuk makan dan tempoh puasa selang-seli.

Kelebihan puasa selang-seli adalah banyak kerana corak pemakanan yang anda tetapkan untuk tempoh untuk makan dan tempoh puasa selang-seli.

Banyak kajian telah mendapati bahawa kaedah berpuasa sebegini boleh memberikan manfaat yang banyak pada badan dan otak anda.

Berikut merupakan 10 kelebihan puasa selang-seli.

1. Mengubah fungsi sel, gen dan hormon

Apabila anda tidak mengambil sebarang makanan buat seketika, sebenarnya beberapa perkara sedang berlaku dalam badan anda.

Sebagai contoh, badan akan memulakan proses penting seperti pembaikan sel dan mengubah tahap hormon anda bagi memudahkan penyimpanan lemak badan.

Berikut adalah beberapa perubahan yang berlaku dalam badan ketika anda berpuasa:

  • Tahap insulin – Tahap darah dalam insulin menurun secara mendadak dan memudahkan pembakaran lemak.

  • Hormon pertumbuhan manusia – Tahap darah dalam hormon pertumbuhan mungkin meningkat sebanyak 5 kali ganda. Kandungan hormon ini yang lebih tinggi juga memudahkan pembakaran lemak dan perolehan otot.

  • Pembaikan selular – Badan anda akan membangkitkan proses pembaikan sel seperti membuang bahan buangan tertentu daripada sel.

  • Ekspresi gen – Terdapat perubahan positif pada sesetengah gen dan molekul yang berkaitan dengan tempoh hayat yang lebih panjang dan perlindungan terhadap penyakit.

2. Membantu anda mengurangkan berat badan dan lemak pada perut

Kelebihan puasa selang-seli ini kerana ramai yang mengamalkan puasa sebegini dengan harapan untuk mengurangkan berat badan mereka. Secara amnya, puasa secara selang-seli memang akan membuatkan anda mengambil makanan dengan jumlah yang kurang.

Namun, itu mungkin tidak berlaku sekiranya anda makan secara berlebihan pada tempoh yang dibolehkan untuk makan.

Selain itu, puasa dengan cara ini juga akan meningkatkan fungsi hormon yang membantu anda dalam proses penurunan berat badan. Ini disebabkan pengurangan kadar insulin, peningkatan kadar hormon pertumbuhan serta peningkatan jumlah norepinephrine (noradrenaline) yang mana semuanya akan meningkatkan proses pecahan lemak. Jadi, badan anda akan mendapatkan tenaga yang lebih melalui proses itu.

Dalam erti kata yang lain, puasa secara selang-seli membantu anda meningkatkan kadar metabolik dan pada masa yang sama mengurangkan jumlah pengambilan makanan.

Satu kajian yang dilakukan juga menunjukkan bahawa kaedah ini menyebabkan pengurangan kehilangan otot berbanding kaedah yang mementingkan sekatan kalori secara berterusan.

3. Mengurangkan rintangan insulin serta menurunkan risiko mendapat kencing manis jenis 2

Kencing manis jenis 2 merupakan sejenis penyakit yang sering terjadi dalam beberapa dekad belakangan ini. Ciri utamanya adalah kadar gula dalam darah yang tinggi berserta konteks rintangan insulin.

Apa-apa yang boleh mengurangkan rintangan insulin seharusnya membantu mengurangkan kadar gula dalam darah serta melindungi individu daripada kencing manis jenis 2 dan ini telah terbukti dengan penemuan daripada kajian yang telah dilakukan.

Dalam satu kajian terhadap kelebihan puasa selang-seli, para penyelidik telah melihat kadar gula dalam darah mengalami penurunan sebanyak 3 hingga 6%, manakala ia juga berjaya mengurangkan insulin sebanyak 20 hingga 31%.

Di samping itu, satu kajian pada tikus yang mempunyai masalah kencing manis mendapati bahawa kaedah berpuasa ini boleh melindungi tikus tersebut daripada masalah buah pinggang yang menjadi salah satu kesan serius akibat penyakit kencing manis.

4. Mengurangkan tekanan oksidatif dan keradangan dalam badan

Tekanan oksidatif adalah salah satu langkah yang mendorong pada penuaan dan pelbagai penyakit kronik yang lain.

Ia melibatkan molekul yang tidak stabil dipanggil sebagai radikal bebas yang bertindak balas dengan molekul penting lain seperti protein dan DNA seseorang. Radikal bebas ini kemudiannya akan merosakkan molekul-molekul lain dalam badan anda.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kelebihan puasa selang-seli ini boleh meningkatkan ketahanan badan daripada tekanan oksidatif terbabit. Selain itu, ada juga kajian menunjukkan bahawa kaedah ini membantu mengatasi masalah keradangan yang juga menjadi faktor utama menyebabkan penyakit biasa yang lain.

5. Berpotensi memberi manfaat pada kesihatan jantung

Penyakit jantung kini merupakan pembunuh terbesar di dunia.

Ianya telah diketahui bahawa terdapat pelbagai penanda kesihatan (yang disebut sebagai faktor risiko) dikaitkan dengan sama ada peningkatan atau penurunan risiko seseorang individu mendapat penyakit jantung.

Kelebihan puasa selang-seli telah terbukti mampu mengurangkan beberapa faktor risiko penyakit jantung seperti tekanan darah, kadar kolesterol LDL, trigliserida darah, tanda keradangan dan juga kadar gula dalam darah.

Walau bagaimanapun, kesemua keputusan ini hanya didapati berasaskan kajian pada haiwan sahaja. Kesan daripada kaedah berpuasa pada kesihatan jantung perlu dipelajari dengan lebih lanjut pada manusia sebelum sebarang cadangan atau kenyataan boleh dibuat.

6. Merangsang proses pembaikan kebanyakan sel

Apabila anda berpuasa, sel dalam badan akan memulakan proses pembuangan sisa sel yang dikenali sebagai ‘autophagy’.

Bahan buangan ini melibatkan pecahan sel dan kerosakan metabolisme serta protein-protein tidak berfungsi yang terbina dalam sel.

Selain itu, peningkatan proses ‘autophagy’ boleh memberikan perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit termasuklah kanser dan Alzheimer.

7. Mungkin boleh mencegah kanser

Kanser adalah sejenis penyakit berbahaya yang berlaku disebabkan pertumbuhan sel yang tidak terkawal.

Kelebihan puasa selang-seli telah terbukti mempunyai beberapa kebaikan pada metabolisme yang mungkin boleh mengurangkan risiko penyakit kanser.

Walaupun kajian manusia masih diperlukan, bukti yang dijanjikan daripada kajian haiwan menunjukkan bahawa puasa secara selang-seli dapat membantu mencegah penyakit kanser.

Selain itu, kaedah berpuasa ini telah terbukti boleh mengurangkan pelbagai kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi.

8. Baik untuk otak

Apa-apa yang bagus buat badan adalah baik buat otak anda juga.

Puasa secara selang-seli dikatakan boleh meningkatkan pelbagai fungsi metabolik yang penting buat kesihatan otak. Ini termasuklah pengurangan tekanan oksidatif, keradangan dan kadar gula dalam darah serta rintangan insulin.

Kelebihan puasa selang-seli adalah meningkatkan hormon otak yang dipanggil sebagai faktor ‘brain-derived neurotrophic’ yang berkurangan apabila terlibat dalam kemurungan dan pelbagai masalah otak yang lain.

Pada masa yang sama, kajian haiwan juga menunjukkan bahawa puasa secara selang-seli membantu melindungi kerosakan otak yang boleh berlaku kerana strok.

9. Mungkin dapat mencegah penyakit Alzheimer

Penyakit Alzheimer merupakan penyakit neurodegeneratif paling biasa di dunia.

Tiada ubat yang ada untuk merawat penyakit ini, jadi mencegahnya daripada berlaku adalah suatu perkara yang penting.

Satu kajian yang dijalankan pada tikus mendapati bahawa kaedah berpuasa ini boleh melambatkan perkembangan atau mengurangkan kesan serius akibat penyakit Alzheimer.

Dalam satu siri laporan kes, kelebihan puasa selang-seli pada jangka masa pendek dapat mengurangkan simptom Alzheimer dalam 9 daripada 10 orang pesakit Alzheimer.

Sementara itu, kajian terhadap haiwan pula mencadangkan bahawa berpuasa boleh melindungi individu daripada penyakit neurodegeneratif yang lain seperti penyakit Parkison dan Huntington.

Namun begitu, masih banyak kajian manusia perlu dilakukan.

10. Meningkatkan jangka hayat

Salah satu kelebihan yang mengujakan daripada kaedah berpuasa selang-seli ialah ia membantu anda untuk hidup dengan lebih lama.

Kajian pada tikus mendapati bahawa berpuasa secara selang-seli meningkatkan jangka hayatnya sama seperti kaedah menyekat pengambilan kalori secara berterusan.

Seterusnya, dalam sesetengah kes, kesan berpuasa adalah lebih dramatik kerana salah satunya menunjukkan bahawa tikus yang berpuasa mampu hidup 83% lebih lama berbanding tikus yang tidak berpuasa.

Walaupun aspek ini masih tidak dapat dibuktikan dalam kajian manusia, kaedah berpuasa ini telah menjadi sangat terkenal dalam kalangan mereka yang ingin mengatasi masalah penuaan. Oleh itu, dengan segala kelebihan puasa selang-seli ini, ianya adalah masuk akal sekiranya kaedah ini membantu anda untuk hidup lebih lama dan mendapat kehidupan lebih sihat.

Summary
Kelebihan puasa selang-seli
Article Name
Kelebihan puasa selang-seli
Description
Kelebihan puasa selang-seli adalah banyak kerana corak pemakanan yang anda tetapkan untuk tempoh untuk makan dan tempoh puasa selang-seli.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: